Tuesday, December 28, 2010

Kenapa pendam? Luahkan semuanya.

Kenapa pendam?   Luahkan semuanya.

Apabila kecewa, sedih dan tidak puas hati, ramai antara kita yang pendamkan saja rasa dalam hati. Mendiamkan diri menjadi pilihan dengan pelbagai alasan dengan yang paling popular; tidak mahu menambah masalah. Tetapi, benarkah tidak menambahkan masalah?

Memendam perasaan tidak selamanya menyelesaikan masalah. Kesan pendam perasaan antaranya:
a)      mengubah tabiat pemakanan =>memburukkan masalah kesihatan
b)      jadi pemurung
c)      perasaan terpendam yang berat, boleh menjadi dendam


Perasaan yang terpendam ada baiknya luahkan saja. Mungkin saja ramai yang terfikir, kenapa mesti luahkan? Bagaimana, di mana dan kepada siapa mahu luah?

Kenapa mesti luahkan perasaan?
a)melegakan ketegangan minda.
b)berkongsi perasaan boleh menjadi ruang berkongsi pengalaman
c)ruang menyelesaikan masalah lebih luas dan lebih senang mencari jalan terbaik.

Bagaimana mahu luahkan perasaan?
a) kenalpasti masalah dan perasaan kita.
b) kenalpasti bagaimana anda selama in memendam perasaan
c) cari ruang untuk luahkan perasaan. Sekurang kurangnya luahkan atas kertas (lukisan atau catatan)
d) bersosial. Cari teman yang boleh dipercayai untuk luahkan perasaan, sambil keluar makan atau ke panggung.


Kepada siapa mahu luahkan perasaan?
a)      pertama sekali, jangan luahkan perasaan kepada makanan. Ini tidak membantu.
b)      Haiwan peliharaan. Kajian sudah menunjukkan pemilik haiwan kesayangan kurang mengalami depress melampau dan risiko mendapat serangan jantung yang rendah. Jadi, berbaiklah dengan kucing atau pet sekarang.
c)      Teman yang dipercayai. Memang diakui susah percayai orang,tapi tak mungkin semua orang khianat terhadap kita. Pasti ada, seorang yang boleh membantu kita.
d)      Kaunselor. Pilihan ada untuk kita bersemuka dengan kaunselor, atau melalui talian (telefon, internet dsb)





Sunday, October 31, 2010

Temuduga: Kenapa gagal?



Bakal pekerja,terutamanya lepasan institut pengajian tinggi perlu lalui proses temuduga sebelum diterima bekerja. Saya pernah menulis dalam entri sebelum ini, bagaimana menghadapi temuduga. Kali ini biar kita lihat kenapa gagal temuduga.

  • kelemahan bahasa
kelemahan bahasa yang utama dinilai dalam temuduga ialah kebolehan berinteraksi dalam bahasa formal. Banyak calon yang gagal kerana berbual dengan penemuduga dalam bahasa daerah atau mencampur adukkan bahasa melayu dan bahasa inggeris. Ini kelemahan paling asas perlu diambil perhatian.
Kemahiran lain berkaitan bahasa ialah keupayaan bahasa ketiga. Bagi calon yang mempunyai latarbelakang bahasa ketiga, peluang agak cerah.

  • kelemahan penampilan
ya, penampilan. Memang benar, pepatah inggeris menyebut, jangan menilai buku dari kulitnya. Tetapi, kita harus faham ada sesetengah tempat kita perlu pakai seperti sepatutnya. Adalah logik jika bakal majikan menolak bakal pekerja yang berkuku panjang atau rambut tidak terurus. Walau apa pun trend yang ingin anda ikuti, kekemasan nombor satu.

  • kelemahan kreativiti
kemahiran dalam bidang kreativiti dan pemikiran analitikal penting dalam dunia pekerjaan. Soalan seperti ‘bagaimana tindakan anda ketika tertekan?’ sering diajukan kepada calon. Ramai calon yang ditemuduga melepasi syarat kelayakan akademik; dengan gred yang bagus tetapi kandas kepada soalan seperti ini.

  • tuntutan melampau
satu lagi masalah kepada calon pekerja ialah tuntutan tidak munasabah terutamanya hal gaji. Bagi calon yang tiada pengalaman, lebih baik bermula dengan gaji minimum. Selepas mendapat sedikit pengalaman, kenaikan gaji akan dipertimbangkan. Tuntutan melampau lain termasuklah elaun perjalanan dan tempat tinggal.

Friday, October 15, 2010

What’s wrong with my cloth?

Did anybody care about what I wear? Sometimes, it is yes! The clothes we wear actually show what we’re thinking and our position in societies. As we know a doctor or a police according to their uniform; that is the point how others look at us.

Attire, is one of important thing that will affect our self-confidence, especially when we’re working. There’s some organisation that fix a criteria of attire as one of requirement that will be calculated to increase the staffs’ salary.

There’s some common mistake that we might do when we attend to work, or maybe attending an interview:
·        wearing slippers
·        wearing sunglasses
·        wearing jeans ( working at construction site, jeans may became a necessity, but not in office)
·        round neck shirts
·        too colorful attire
·        too crowded with accessories
·        skirt too short
·        a short, long pants

During daily life, even not going to workplace, there is still having a rules and regulation on our cloth. If we’re not following it, don’t grumble that you become an attention to others. As example
·        When enter a praying area such as mosque or church, don’t wear a sexy cloth.
·        When we’re in a place that other people wearing a plain color cloth, try to wear a minimum color cloth.

Saturday, September 18, 2010

Bagaimana meningkatkan keyakinan diri?

Bagaimana meningkatkan keyakinan diri?

langkah 1: bersedia untuk perjalanan anda
langkah awal perlukan anda bersedia menjadi yakin. Anda perlu tahu
·        di mana anda,
·        ke mana  tujuan anda
·        keperluan anda ke arah tujuan anda
dalam persediaan anda, lakukan 5 perkara:
Lihat apa yang telah anda capai:
Pencapaian anda selama ini, senaraikan dalam satu buku log seperti juara pidato peringkat sekolah. Susun pencapaian ini dengan baik, mungkin sekali beserta sijin dan piala yang berkenaan. 
Fikirkan kekuatan dan kelemahan diri:
Gunakan analisis SWOT( Strength, Weakness, Opportunity, Threat) untuk menilai sapa dan di mana anda.Melalui buku log kejayaan anda, ia membantu senarai baik buruk, peluang dan cabaran yang anda lalui.
Fikirkan apa yang anda fikir penting, dan ke mana anda mahu pergi:
Letakkan tujuan yang jelas apabila membuat analisis SWOT.Sasaran biar sesuai dengan keupayaan, kekurangan, peluang yang ada dan halangan.
Mula uruskan fikiran anda :
Pada tahap ini,cuba tapis dan kawal perasaan dan suara hati yang buruk. Latih minda dengan ayat ayat membuna seperti”aku boleh”
Dan seterusnya, cipta kejayaan anda.

Langkah 2: mula bertindak
Pemulaan tindakan kita sebenarnya di sini. Walaupun perlahan, teruskan ke sasaran yang kita tetapkan. Dengan melakukan perkara yang betul,bermula dengan kecil dan senang, kita sudah letakkan diri ke laluan yang betul- dan mula meyakini diri.
Mantapkan ilmu untuk berjaya :
Lihat kepada sasaran, kenalpasti kemahiran yang diperlukan.Lihat juga bagaimana kita dapat capai kemahiran itu dengan baik. Jangan sekadar terima solusi yang samar – lihat keseluruhan.
Tumpu perkara asas :
Apabila sudah bermula,mantapkan perkara asas yang wajib ada sebelum melompat ke perkara yang menyokong ‘wajib-ada’ ini.
Tetapkan sasaran sasaran kecil dan gapai semuanya:
Kadangkala sasaran kita nampak seakan SATU, tetapi sasaran yang satu ini boleh dipecahkan kepada beberapa sasaran kecil.Sasaran yang dikecilkan lebih senang dibuat dan menaikkan keyakinan berbanding sasaran yang satutetapi terlalu besar.
Terus kawal fikiran :
Kekalkan fikiran positif. Kali ini, setiap kali berjaya, raikannya untuk mengukuhkan semangat dan keyakinan.
Dalam satu sisi lain, belajar mengawal kegagalan.Terima kesilapan setiap kali kita cuba membuat sesuatu yang baru. Kegagalan adalah peluang untuk kita belajar meneroka jalanyang lebih baik.Rekodkan ia sebagai panduan.

Langkah 3: terus ke arah kejayaan
Tahap ini menjadi pengukuh keyakinan diri. Selesaikan langkah kedua,dan raikan kejayaan yang dicapai.
Pada masa ini, sasaran boleh menjadi lebih besar dan lebih mencabar dari sebelumnya, Di tahap ini,komitmen juga bertambah.

Yakin diri

Keyakinan bererti kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu.Yakin diri, umum mengetahui ia sebagai rasa percaya diri yang kuat dalam menjalankan sesuatu. Rasa yakin diri perlu ada dalam diri setiap orang untuk menjayakan misinya sendiri. Induvidu yang tidak yakin diri akan berdepan masalah untuk menyuarakan rasa hatinya dan takut untuk bertindak. Rasa yaki diri penting untuk mencapai kejayaan, dan bagi pencari kerja, ia salah satu kriteria yang dapat membantu.Akan tetapi,terlalu yakin juga ada bahayanya. Induvidu yang terlampau yakin terhadap dirinya cenderung menjadi bongkak dan sombong, dan selalunya tidak membuat pertimbangan apabila membuat keputusan muktamad.
Tahap keyakinan seseorang dapat dilihat dari banyak cara seperti: tingkahlaku, bahasa tubuh,cara percakapan dan topik yang dipertuturkan.
Yakin diri tinggi
Yakin diri rendah
Bertindak atas apa yang difikirkan betul,walaupun ada yang mengkritik.
Mengatur tingkah laku mengikut apa yang orang lain fikirkan
Sanggup mengambil risiko dan pergi lebih jauh untuk mencapai tahap yang lebih bagus.
Berada di tahap selesa, takut gagal dan tak mahu mengambil risiko.
Mengakui kesalahan, dan pelajari sesuatu darinya.
Bekerja keras untuk tidak membuat kesalahan, dan tidak mahu orang lain tahu kekurangan.
Menunggu orang lain puji atas pencapaian.
Memberitahu keupayaan diri sekerap mungkin di hadapan sebanyak orang yang mungkin.
Menerima pujian dengan penuh keindahan.
Membiarkan saja pujian yang diterima.

Thursday, August 19, 2010

tenang

Jiwa yang tenang terpancar di wajah seseorang dan mata yang bersinar.Siapa yidak suka melihat wajah yang tenang? Semua suka. Orang yang berjiwa tenang tidak susah selesaikan masalah yang datang dan boleh berfikiran waras apabila diminta pendapat.

Agak susah untuk tenang ,tetapi cuba lakukan:
  1. biasakan diri memilih yang benar walaupun susah.
  2. nikmati dengan puas apa yang dimiliki.
  3. biasakan berkongsi; menerima dan memberi.
  4. biasakan diri berfikir dan berzikir.
  5. biasakan diri berkerjasama dan bertolak ansur.
  6. belajar melihat hikmah di sebalik dugaan.
  7. belajar positifkan diri.
  8. biasakan diri menyayangi.
  9. kawal kemarahan
  10. bersihkan hati dari perkara negatif.

Perkara yang buat jiwa sakit;
    1. kerap memilih sesuatu yang salah demi kepuasan diri sendiri
    2. selalu inginkan sesuatu yang di luar kemampuan
    3. kedekut
    4. tidak suka berfikir
    5. kebiasaan ‘one-man-show’ atau kerap buat kerja bersendirian
    6. sekat aktiviti spiritual
    7. membalas aksi negatif dengan aksi negatif juga
    8. pentingkan diri sendiri
    9. pergaulan tidak sihat
    10. panas baran dan tidak tahan sabar

11 tips extra untuk capai kesihatan minda dan jiwa.
·        Jangan banding diri dengan orang lain.
·        Jangan pilih matlamat berdasarkan pandangan orang lain.
·        Jangan ambil mudah dengan orang yang disayangi, cuba sentiasa dekat dengan mereka.
·        Jangan biarkan kenagan lalu mengganggu hidup anda hari ini.
·        Jangan mudah putus asa.
·        Jangan takut; anda manusia biasa.
·        cabaran bukan untuk ditakuti.
·        Usah putus asa menyayangi seseorang.
·        Bina impian sebagai sasaran hidup.
·        Jangan cepat ingin kejar matlamat.
·        Setiap kali tertekan, tarik nafas dalam-dalam.

takut



Perasaan takut ialah respon kepada keadaan terancam. Peasaan ini muncul secara semulajadi rangsangan stimulus ,sama seperti marah dan sakit. Perasaan takut walaupun agak remeh bagi seseorang, ia masih perlu untuk menhgingatkan kita supaya berhati hati.

Tindak balas biasa semasa diserang rasa takut:
• Degup jantung cepar
• Bentuk bebola mata berubah sedikit
• berpeluh


Rasa takut boleh terbahagi 2:
• Ketakutan dalaman
Ketakutan yang bersumberkan masalah dalaman seperti takut berhadapan orang ramai.

• Ketakutan luaran
Sumber ketakutan dari luar diri, seperti takutkan labah-labah.


Ketakutan boleh dilabel dengan pelbagai istilah bergantung kepada darjah ketakutan itu seperti fobia dan paranoid.Rasa takut ini juga melibatkan perasaan lain seperti panik dan risau. Pengalaman perasaan takut boleh membekas di ingatan dalam temph yang lama di minda bawah sedar yang membuatkan kita berjaga-jaga dan mungkin, mengalami mimpi ngeri.
Ketakutan yang paling umum seperti berikut;
• Hantu
• Serangga
• Binatang merayap
• Terowong
• Gelap
• Tempat tertutup
• Kegagalan
• Tempat tinggi
• Berucap
• Diperhatikan
• Tidak diterima
• Bersendirian



Apa punca takut?

Perasaan takut boleh berpunca dari
• pengalaman diri yang tidak pernah melakukan sesuatu
• pengalaman yang sering ditekan untuk tidak melakukan sesuatu.
• Apabila melakukan sesuatu yang diketahui salah (seperti berbohong atau mencuri)
• Apabila tidak mengetahui kesan sesuatu yang tidak pasti(seperti, mati)

Friday, August 6, 2010

9 way to smile

9 tips untuk senyum
1. tukar wallpaper desktop anda
o pekerjaan yang memerlukan anda menghadap omputer terlalu lama membuatkan anda bosan. Sesekali menukar wallpaper boleh menceriakan hidup anda.
2. Ketawa sekuatnya
3. Manjakan diri sendiri
o Masa untuk manjakan diri sendiri harus ada dalam senarai seminggu.Dalam cuti satu hari ambillah waktu untuk hobi seperti melukis dan membaca novel
4. cari kawan lama atau baru
5. sentiasa berterima kasih
6. berjalan jalan
7. matikan televisyen atau radio
8. sejam sehari untuk diri sendiri
9. cuba sesuatu yang baru

sumber: Rapi 15 Febuari 2010


8 ideas to smile
• change your wallpaper desktop
• laugh loudly
• find a new or old friend
• always be thankful
• have a time to walk
• switch off the television and radio
• an hour rest as “me” time
• try to do something new

senyum

Senyum

Senyuman adalah asas perhubungan kita sebagai manusia. Senyuman menjadi benda yang pertama dibuat oleh ibubapa apabila melihat perkembangan anak.Bagi bayi,mula tersenyum sebelum mereka mula berbual dan memberi respon lain.
Terfikirkah kita kenapa kita tersenyum bila inginmemulakan persahabatan dan memberi ekspresi mesra?

Tersenyum adalah lambang kesanggupan kita menerima orang lain.

Alasan kita perlu senyum
1. Senyum membuatkan kita menarik
2. Senyum mampu menukar mood kita
3. Senyum mampu mempengarui orang lain
4. Senyum dapat mengurangkan tekanan
5. Senyum dapat meningkatkan ketahanan badan
6. Senyum mengurangkan paras tekanan darah tinggi
7. Senyum melepaskan Endorfin, penenang semulajadi
8. Senyum meremajakan wajah
9. Senyum menampakkan kejayaan
10. Senyum memperlihatkan minda yang positif



Sumber:
Mark Stibich, Ph.D., About.com Guide
http://longevity.about.com/od/lifelongbeauty/tp/smiling.htm

Thursday, July 29, 2010

Menghadapi masalah dengan tenang.

Kita selalu berdepan dengan masalah untuk diselesaikan. Masalah menjadikan hidup kita menarik dengan pelbagai pilihan.Bagi masalah kecil dan biasa,kita dapat selesaikan dengan mudah; seperti memutuskan mahu makan di mana. Masalah yang berat selalu menimbulkan pening kepala dan mengganggu fikiran. Jadi, kemahiran menyelesaikan masalah adalah penting. Menyelesaikan masalah ialah satu proses mental dalam mencari punca dan bentuk masalah.
Bagaimana menghadapi masalah?


Langkah 1: Orientasi masalah

Langkah ini melibatkan mengenalpasti masalah dan tanda aras kesulitan masalah. Adalah penting untuk kita membuat keputusan dengan positif dan melihat keadaan sebagai peluang atau cabaran. Kita perlu cuba dengan yakin dan berusaha untuk mencari penyelesaian yang terbaik.
Langkah 2: Ketentuan masalah

Sebelum anda menyelesaikan masalah sekarang, penting untuk anda fahami masalahnya dan kenapa anda tidak gembira dengannya. Mungkin kelihatan melampau tetapi penting untuk fahaminya dan cukup maklumat untuk pastikan ia benar benar satu masalah. Fasa ini memerlukan anda fikirkan tahap kesusahan yang dialami, memahami masalah dan renungi kenapa masalah ini muncul. Sesetengah orang fikir masalah sebagai hal yang terjadi tidak seperti apa yang mereka inginkan.

Langkah 3: Senaraikan pilihan yang ada dan cadangan

Peringkat ini,tanyakan diri anda “ Apa yang telah aku lakukan dulu pada keadaan begini, adakah ia berhasil?” Jika langkah yang dulu tidak berjaya, maka kali ini mulakan pilihan yang lain yang mungkin lebih baik.

Langkah 4: Membuat pilihan

Sekarang,bersedia untuk menapis setiap pilihan yang ada. Penting untuk anda mengkagi setiap pilihan, fikirkan adakah ia realisrik, bagaimana untuk laksanakan dan hasil yang bakal anda dapat.

Langkah 5: Laksanakan pilihan

Sudah meneliti semua pilihan, pilih yang terbaik dan laksanakannya.
Source: Adapted from Positive Coping Skills Toolbox
VA Mental Illness Research, Education, and Clinical Centers (MIRECC)

Memberi ucapan yang baik

Dari segi bahasa, ucapan adalah satu bentuk komunikasi. Di sini, saya fokuskan kepada ucapan umum (public speech). Ucapan kita boleh mendapat perhatian jika kena pada gayanya. Tips yang saya ingin kongsikan antaranya seperti di bawah:
1-cuba-uji ucapan sendiri sehingga anda yakin bunyinya tepat. Jika boleh, rakamdan dengari sendiri intonasinya.
2-cuba guna ayat penerang untuk memberi gambaran kepada pendengar, supaya senang mereka fahami.
3-Jangan gunakan statistik terlalu banyak, yang anda tidak pasti sumber tepatnya.
4-Jenaka boleh menarik perhatian pendengar,jadi selitkan dalam ucapan.
5- Ucapkan dengan kuat dan jelas. Cuma pastikan ia bukan jeritan.
6- Alat bantu seperti edaran boleh membantu pendengar fahami serba sedikt topik yang ingin kita ucapkan.
7-Isi ucapan yang dipilih, perlu sesuai dengan majlis dan keadaan.
8- Ketika dipanggil memberi ucapan, jangan gelojoh untuk terus berucap. Bertenang dulu, ambil masa sebentar untuk mengambil masa.
9-Kontak mata, perlu diambil kira. Sesekali pandang pendengar di kiri dan kanan, selain pendengar di hadapan.
10- Jangan sesekali mulakan ucapan dengan ucapan merepek seperti “pertama kali saya mendapat tajuk ini, saya sendiri tidak pasti apakah ia...”
11-Jangan terus minta maaf jika anda gugup.
12-Biarkan ucapan anda seringkas mungkin. Tidak perlu penjang, tetapi jangan pula terlalu pendek.
13-Habiskan dengan satu penyataan yang jelas dan kukuh.
14- Paling penting, sampai awal ke majlis



sumber;
http://www.essortment.com/all/howtogiveas_rdmo.htm
ROGER DARLINGTON
MindTools.com -

Thursday, July 22, 2010

Tekanan

Semua orang biasa mendengar tekanan perasaan. Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan.Kita mengalaminya dalam bentuk yang pelbagai, setiap hari. Dalam keadaan normal,tekanan memberi kebaikan dalam hidup, tetapi tekanan yang berlebihan memberi kesan kepada mental dan fizikal kita.
• Tekanan biasa memberi kita tanda untuk bersedia dan waspada.
• Bila tahap tekanan meningkat dan melebihi had keupayaan kita,kita akan terbeban. Pada peringkat ini,penting untuk kita mencari cara yang baik untuk mengurangkan tekanan, dan mencari punca tekanan.
• Tiap-tiap orang bertindakbalas terhadap tekanan dengan cara berbeza. Seiap kita mepunyai keupayaan yang berlainan dan kes yang berbeza.Cara paling baik ialah mengelak dari mendekati punca tekanan sedari awal,jika boleh.
• Bila stres rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada kerja.
• Bila stres berada di peringkat tinggi , seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan
• tanda-tanda stres
• Stres di peringkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu.


Bagaimana saya tahu, saya mengalami stres?
Fizikal
• Gementar
• Berpeluh
• Rasa seram sejuk
• Tangan dan kaki rasa sejuk
• Sakit kepala atau rasa mual/nak muntah
• Bernafas laju
• Kering mulut
• Kerap buang air kecil
• Kerap buang air besar
• Cirit birit
• Kurang selera makan
• Mudah dapat serangan penyakit:
• Asma
• Sakit belakang badan
• Masalah penghadaman
• Sakit kepala
• Gatal-gatal
• Masalah hubungan kelamin contoh kurang minat melakukan hubungan seksual
• Sakit-sakit badan
• Cepat letih
Psikologikal
• Kebimbangan
• Keliru dan kurang daya tumpuan
• Sukar kawalan diri
Perubahan emosi:
• Tekanan perasaan
• Kekecewaan
• Mewujudkan permusuhan
• Rasa tak berdaya
• Kurang sabar dan cepat marah
• Lemah Semangat
• Susah nak tidur
• Mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak
• Gangguan Fikiran
• Sukar membuat keputusan
• Kurang minat terhadap aktiviti harian
• Tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar
• Pemikiran positif terganggu disebabkan
• Sering berfikiran negatif
• Kurang memberi perhatian
• Hilang keyakinan diri
• Hilang tumpuan
• Penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut, kecewa dan cepat marah
• Tingkah laku
• Bercakap dengan cepat dan kuat
• Menguap
• Suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih
• Perasaan yang negatif:
• Mudah tersinggung
• Terlalu bergantung kepada orang lain
• Suka memberi komen dan kritik orang lain
• Boleh bertindak ganas
• Bertindak secara tidak logik
• Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi
Kurang Kecekapan diri:
• Mudah lupa
• Selalu membuat kesilapan
• Sering terlibat kemalangan
• Kurang produktiviti kerja
• Menindakkan keupayaan diri sendiri


Punca tekanan
Stres Ancaman (survival) :
Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi.
Stres dalam diri sendiri:
Di mana anda adalah seorang yang mempunyai personaliti Jenis A iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. .

Apabila anda terlalu mengharapkan kesempurnaan yang sukar dicapai. Lima harapan kesempurnaan yang tidak realistik oleh seseorang itu adalah:
• Anda mengharapkan orang lain mengagumi dan menyayangi anda
• Anda menggagap diri anda kompeten setiap masa
• Anda mempercayai orang lain yang menyebabkan segala kegagalan anda
• Anda mengharapkan setiap kerja yang di hasilkan adalah sempurna yang dikehendaki oleh anda dan orang
lain perlu mengikut kata-kata anda
• Anda mempercayai pengalaman buruk yang lepas akan mempengaruhi masa depan anda
• Stres persekitaran tempat kerja anda
o Stres disebabkan persekitaran
• Ruang tempat kerja yang sempit
o Ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai
• Bising
o Kawasan yang kotor dan tidak selesa
• Pencemaran
o Pengurusan persekitaran yang tidak cekap

Stres disebabkan bahan kimia dan pemakanan
• "Caffeine" boleh menyebabkan hormon stres dalam badan anda meningkat, sukar hendak tidur dan menyebabkananda tidak selesa
• Peningkatan kandungan gula dalam darah dari pengambilan makanan yang manis dan coklat boleh memberi
tenaga berlebihan kepada diri anda dalam masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi kandungan gula itu . Ia boleh memberi kesan ke atas penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan kadar gula yang tinggi
• Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meletakkan
badan anda mengalami stres disebabkan berlebihan bahan kimia.

Tekanan disebabkan Cara Hidup dan Pekerjaan

Faktor yang menyumbang kepada stres jenis ini ialah:
• Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang
• Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman anda
• Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan oleh anda
• Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan
• Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
• Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja
• Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang bersesuaian
• Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai
• Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
• Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan dan peralatan
• Tekanan perkembangan kerjaya seperti:
• Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap pekerjaan sekarang
• Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri
• Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang
• Tiada peluang kenaikan pangkat
• Tiada jaminan pekerjaan
• Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti
• Tekanan dari pihak atasan
• Campur tangan terhadap bidang tugas
• Tuntutan berlebihan daripada pelanggan
• Gangguan terhadap perancangan kerja
• Gangguan telefon
• Tekanan atas diri sendiri dan keluarga seperti:
• Masalah kewangan
• Masalah hubungan dengan keluarga
• Penyakit yang dialami
• Perubahan hidup seperti kelahiran, kematian, perkahwinan dan penceraian

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak ambil berat
masalah tekanan yang dihadapi?
Dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan yang teruk kepada diri anda. Anda perlu
mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini, sekiranya tidak, ia akan memberi kesan kepada diri anda
seperti berikut:
• Mudah keletihan dan cepat penat
• Kekecewaan
• Hilang semangat ( "burn out" )

Mengawal tekanan
Jika tertekan,lakukan sesuatu- tertekan tidak pergi begitu saja. Berikut adalah cadangan yang boleh membuatkan tekanan kurang.
 Senaman. Ambil 15 ke 30 minit senaman ringan setiap hari- berjalan,berbasikal atau menari. Orang yang mudah tertekan mungkin tidak bersemangat untuk bergerak cergas. Lakuan senaman, dan anda akan rasai perbezaan pada semangat anda.
 Jaga makanan anda. Tekanan perasaan boleh membuatkan anda makan dengan lebih atau langsung tidak makan.
 Kenalpasti punca tekanan.
 Luahkan. Tekanan yang terpendam boleh membunuh,jadi luahkan melalu muzik, lukisan atau tulisan.

Mengelakkan tekanan
• Letakkan sasaran yang mampu anda gapai.
• Ambil sesuatu dalam perspektif dan jangan mudah kecewa denga benda yang tidak begitu penting.
• Ambil kelas pengursan tekanan,masa dan marah.
• Cari aktiviti yang anda minat dan tetapkan satu masa untuk libatkan diri.
• Libatkan diri dengan senaman yang tetap.
• Lihat sesuatu dengan positif.
• Hargai diri anda dengan sesuatu setiap hari, atau setiap kali anda menyempurnakan setiap tugasan.
• Elakkan dari melakukan banyak kerja sekaligus dalam satu masa.

Thursday, July 15, 2010

Politik pejabat

Politik pejabat juga dikenal sebagai politik organisasi. Terdapat pelbagai bentuk politik pejabat diamalkan dalam satu satu organisasi dan secara tak sedar, menjadi budaya dalam dunia pekerjaan.
Sesetengah pekerja menggunakan kelebihan mereka dalma politik pejabat untuk kepentingan diri sendiri.Perkara ini lazim berlaku dan orang yang terlalu lurus sering menjadi mangsa buli dan di’kambing hitam’.
Cara menangani politik pejabat
• tingkat kemahiran interpersonal
• persaingan yang sihat
• elakkan bangga diri
• terapkan keadaan ‘menang-menang’

Politik pejabat boleh ditangani dengan sikap kita yang akan membentuk budaya kerja yang cemerlang.

Pekerja menggunakan pelbagai cara dalam menangani politik pejabat seperti berikut:
• pekerja yang membodek
• pekerja yang memerhati
• pekerja yang menonjolkan diri


.
7 kebiasaan untuk menang dalam politik pejabat
Tidak perlu takut dengan poitik pejabat. Personaliti pejaya adalah orang yang dapat menguasai skil memenangi politik pejabat. 7 kebiasaan berikut membantu anda di tempat kerja.
#1 sedar dengan peluang yang ada.
Reaksi biasa politik di tempat kerja adalah lawan atau lari.Melawan ikuthati cuma akan membuatkan anda susah mencapai cita-cita anda,melarikan diri tanpa sebab pula membuatkan anda dianggappenurut dan tidak berdaya.
Untuk menang memerlukan anda menyedari bilakan waktu terbaik untuk menyembunyikan diri atau melawan.
#2 tahu apa yang anda mahu capai
Peluang sebenarnya anda menarik lebih banyak rintangan dengan fokus kepada perbezaan pendapat dan kedudukan orang lain.Cara untuk mengurangi masalah ini tanpa anda dilihat berpernang untuk menang ialah fokus kepada objektif.Pilih apa yang terbaik, dan kenal pasti baikburuk pilihan yang ada.
#3 tumpu kepada keluasan pengaruh anda
Daripada kita mengeluh dengan kuasa yang tidak kita miliki, baik tumpukan kepad kuasa yang kita ada.
#4 jangan berat sebelah
Dalam politik pejabat,ada waktu kita tersepit dengan dua kuasa yang berlawanan. Kita tak mungkin bersetuju dengan kedua duanya, tetapi seboleh mungkin jangan pilih mana mana.Selagi kita dapat pastikan kerja dapat dihabiskan dengan baik,biarkan saja.
#5 jangan ambil sesuatu secara peribadi
Orang akan ingat saat di mana mereka dimalukan. Walau anda menang ketika ini,anda akan dibalas kemudian.
Mingkin kita dapat bekerja dengan cemerlang,ketua akan menilai keseluruhan ,adakah kita bermasalah dengan rakan sejawat, yang mungkin buatkan kita lambat dinaikkan pangkat atau gaji.
#6 Cuba untuk memahami, sebelum difahami
#7 cuba untuk “menang-menang”

Temuduga

Temuduga, bertemu dan menduga. Betul? Temuduga ialah sesi perbualan di mana kita mencari calon pekerja dan jawatan yang sesuai. Sesi ini sangat penting bagi peneuduga untuk menilai kesesuaian orang yang ditemuduga bagi jawatan berkenan. Ia sudah menjadi satu bahagian yang penting dalam dunia mencari pekerjaan dan menjadi semakin biasa dalam mencari calon pelajar tajaan biasiswa. Asasnya proses temuduga adalah sama.Perbezaan mungkin terletak kepada tujuan temuduga dijalankan. Dalam konteks ini, saya menjurus kepada temuduga pekerjaan.
Umumnya, apabila pemohon memberi maklumbalas kepada notis atau iklan, majikan akan menyenarai pendek calon calon yang melepasi kelayakan asas. Dalam kes tertentu,temuduga berlangsung ringkas melalui telefon sebelum temuduga sebenar.
Bergantung kepada saiz organisasi, pemohon mungkin melalui satu sahaja proses temuduga. Proses ini berlangsung terus antara majikan dengan calon sama ada seorang-dan-seorang atau seorang-dan-ramai.Bagi organisasi yang besar, ia boleh terjadi temuduga berperingkat dan berkali kali.
Terdapat banyak cara temuduga dijalankan; bertulis, menyoal atau berbentuk perbincangan. Cara paling popular adalah penemuduga menyoal calon. Soalan yang disoal boleh jadi dalam bentuk ‘biasa’ seperti pengalaman sebenar, kemungkinan dan situasi tempat kerja.

Bagaimana untuk menghadapi temuduga dengan baik
• Pasti, dugaan pertama adalah untuk dipanggil ke temuduga. Ini bermakna anda perlu menyediakan borang permohonan dengan baik dan kemas.
o Jangan tulis, taipkan.
o Pastikan tiada kesalahan ejaan, minta seseorang semak.
o Jika anda banyak menghantar resume dan CV (curriculum vitae), jangan hantar semuanya sama. Ubah suai dan kemaskini resume itu.
o Jawatan kosong yan diiklankan pasti ada kriteria tersediri yang dipinta.Jika tidak dinyatakan, tanyakan kriteria itu dan pastikan anda penuhi kriteria itu.
• Kunci kepada temuduga yang baik ialah persediaan yang baik:
o Kaji sebaiknya sektor industri,organisasi dan tugas jawatan;
o Sedia satu pembuka dan penutup tak formal yang menegaskan kenapa anda mahu jawatan berkenaan dan kenapa anda layak menerimanya.
• Sehari sebelum temuduga, baca borang permohonan anda sekali lagi.
• Pagi sebelum temuduga, semak akhbar atau internet jika terdapat perubahan saat akhir di organisasi terbabit.
• Berpakaia sempurna.
• Hadir pada masanya. Cuba kenalpasti kafe berdekatan, maka anda boleh minum sebentar dan melihat kembali dokumen buat kali terakhir.
• Ini mungkin ketara,tetapi matikan atau set kepada mod senyap telefon bimbit anda.
• Jika nada gemuruh, sebelum masuk ke bilik temuduga, mulakan dengan langkah kanan dan ambil nafas yang dalam sebelum hembuskanya dengan perlahan.
• Sebaik anda diperkenalkan kepada penemuduga, salam dengan lembut,pastikan kontak mata ada dan beri salam dengan baik. Saat pertama ini amat penting untuk menunjukkan pandangan pertama yang baik. Ingat: kita tidak padat pandangan pertama kali kedua.
• Jawab soalan dituju dengan yakin dan sempurna..jangan pula bercakap terlalu cepat atau dengan suara terlalu perlahan.
• Jawapan jangan terlalu ringkas tetapi jangan pula terlalu panjang.
• Jangan sesekali menipu.
• Banyak soalan yang ditanya berdasarkan dari apa yang ditulis dalam dokumen anda, jadi pastikan anda betul betul tahu apa yang ada dalam dokumen berkenaan.
• Fikirkan juga soalan luar jangkaan.
• Fikirkan juga pengalaman sebenar yang memggambarkan kualiti yang akan anda bawa ke dalam organisasi dipohon.

Sumber:
ROGER DARLINGTON

Thursday, July 8, 2010

Marah??


Perasaan marah dan geram adalah normal dan setiap orang mengalaminya. Perasaan marah boleh terbit daripada respon “lawan atau lari” apabila kita berasa terganggu. Perasaan marah terjadi apabilaseseorang rasa perlu mengambil tindakanuntuk menghentikan gangguan dan tekanan luar. Rasa marah tertunjuk dari luar pada mimik muka,bahasa tubuh dan tingkah laku yang kasar dan garang. Kemaarahan berupaya mengerah sumber psikologi dan meledakkan tekad ke arah tingkahlaku positif atau negatif dan memberi kesan sosial. Perasaan marah yang melampau had dapat memberi kesan kepada kesihatan mental seperti tekanan perasaan, rasa paranoia (terlalu takut dan berhati hati) dan prejudis selain simptom darah tinggi.
Tindakbalas rasa marah terbahagi kepada 2 iaitu tindakbalas pasif (lari) atau tindakbalas agresif (lawan).

-->
Menguruskan rasa marah
Tumpuan utama pengurusan rasa marah adalah untuk mengurangkan emosi dan masalah psikologi yang timbul akibat rasa marah.
 Strategi untuk mengurangkan rasa marah
Cubalah untuk bertenang
a)     Ambil nafas dengan dalam,fikirkan ketenangan dan lepaskan nafas.
b)    Ulangi tarik nafas dan ucapkan “ bertenang”
c)     Bergerak ke tempat lain buat sementara.

en.wikipedia.com/anger
www.apa.org › Psychology Topics  Anger 

Kritik = membina hubungan atau membina permusuhan?

-->
Mengkritik, ada waktunya memang perlu. Tetapi kerapkali berakhir dengan pergaduhan.Untuk mengkritik tanpa berakhir dengan pergaduhan mungkin agak susah, tetapi boleh jika kena pada gayanya. Jadi di sini, kita lihat apa pengkritik perlu buat.

·         Bezakan kritik dan ejek. Mengkritik terarah kepada keterbukaan dan penambahbaikan. Ejekan pula menjurus kepada sesuatu yang tertutup, melemahkan dan berat sebelah. Dua keadaan ini tidak sama.
·         Niat kritik perlu ikhlas dan jujur

·         Lihat dengan jelas ; mengkritik sesuatu atau mengkritik seseorang.

·         Pertimbangkan untuk kritik membina dan jawabbalas negatif.

·         Kritik pada masa yang sesuai. Tidak semua keadaan kita boleh kritik,walau mungkin ia benar

·         Jangan rasa berjasa. Mungkin benar,kita mengkritik untuk membaiki tema ke arah yang lebih baik, tetapi jangan pula kita rasakan terlalu berjasa kerana menegurnya.




Bagi penerima kritik pula, cuba kita fahami
·         Kritik itu penting sebagai laluan kita mengenali diri sendiri
·         Peluang membaiki diri  ada apabila dikritik






ikhwahgaul.multiply.com/journal/item/33

-->
Mengkritik, ada waktunya memang perlu. Tetapi kerapkali berakhir dengan pergaduhan.Untuk mengkritik tanpa berakhir dengan pergaduhan mungkin agak susah, tetapi boleh jika kena pada gayanya. Jadi di sini, kita lihat apa pengkritik perlu buat.

·         Bezakan kritik dan ejek. Mengkritik terarah kepada keterbukaan dan penambahbaikan. Ejekan pula menjurus kepada sesuatu yang tertutup, melemahkan dan berat sebelah. Dua keadaan ini tidak sama.
·         Niat kritik perlu ikhlas dan jujur

·         Lihat dengan jelas ; mengkritik sesuatu atau mengkritik seseorang.

·         Pertimbangkan untuk kritik membina dan jawabbalas negatif.

·         Kritik pada masa yang sesuai. Tidak semua keadaan kita boleh kritik,walau mungkin ia benar

·         Jangan rasa berjasa. Mungkin benar,kita mengkritik untuk membaiki tema ke arah yang lebih baik, tetapi jangan pula kita rasakan terlalu berjasa kerana menegurnya.




Bagi penerima kritik pula, cuba kita fahami
·         Kritik itu penting sebagai laluan kita mengenali diri sendiri
·         Peluang membaiki diri  ada apabila dikritik






ikhwahgaul.multiply.com/journal/item/33