Wednesday, June 20, 2012

Buat yang terbaik, walau dimana anda berada.


Buat yang terbaik, walau dimana anda berada.

Aku sempat bekerja selepas SPM sebelum menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam tempoh pengajian, aku sempat bekerja sambil belajar dan melalui fasa latihan industri macam orang lain. Sekarang, aku bekerja sendiri.

Apa kaitan dengan tajuk ni?

Percaya atau tak, ramai sebenarnya antara kita, buat kerja sambil lewa bila melalui fasa fasa perubahan. Bekerja sementara menunggu tawaran sambil belajar, ramai antara kawan kawan aku, bekerja cuma untuk dapat gaji. Tidak salah tetapi mereka sebenarnya berehat sambil dapat gaji. Kerja yang diamanahkan tidak dibuat pun. Kalau buat, seperti dipaksa walau tahu, mereka dibayar untuk buat kerja.

 Latihan industri juga sama, ramai yang main main, dengan alasan mereka mahukan markah sahaja tanpa membuat apa apa kerja. Tahu, markah diberi berdasarkan prestasi kerja tetapi masih mahu markah dengan tidak mahu menonjolkan prestasi kerja seperti sepatutnya.

Kenapa perlu begini??
Mahu gaji RM10000++ dengan kerja macam gaji RM100++?
Atau mahu markah A++ dengan prestasi E--?

Walau di mana tahap anda, kerja lah seperti yang sepatutnya. Siapkan, jangan tinggal selagi tidak siap. Jika anda patut dibayar atau diberi imbuhan  dengan jumlah itu, buat kerja seperti yang diberi. Jika hanya membantu, jangan buat jika cuma ingin curi tulang (berhenti sajalah). Aku percaya hukum karma walau kita perlu faham takdir. Bagai kata orang, “What you give, you get back” Kau bagi khidmat ala RM1000, itu yang kau patut dapat. Kalau bukan cash, akan ada dalam bentuk lain. Pelajar, kau buat kerja kursus atau amali ala ala A++, itu lah kau akan dapat. Takdir mungkin menguji kita, tapi jangan jadikan alasan untuk tidak mahu buat seperti sepatutnya.