Tuesday, July 31, 2012

Alahai tudung

Bila cerita tudung, cerita biasa untuk muslimah. Kadang kadang orang yang tak berkenaan, sama ada lelaki atau yang bukan Islam pun ada nak komen. Tak ada masalah, sebab benda boleh komen.

Lagi, bila sebut muslimah, masih perempuan; suka berfesyen dan dilihat cantik. Pun, tak ada masalah. Cuma, aku sendiri seketika terasa hati bila ia berkaitan tudung, selendang atau seangkatan dengannya. Muslimah, wajib menutup aurat dan salah satu daripadanya ialah dengan memakai tudung. Bertudung dengan cantik, memang baik cuma masalahnya cantik tu kadang kadang melampau sampai hilang erti tutup auratnya.




 Bertudung tapi seksi, bagi aku hilang seri tudung sebab bila keluar berjumpa dengan orang ramai buat orang terlupa kita bertudung. Hala pandangan mata mengarah ke tempat yang tidak sepatutnya dengan 'kecantikan' yang muslimah secara tidak sengaja tunjukkan.

Bertudung atau berselendang, tutuplah apa yang perlu. Kemudian baru kemaskan letak tudung di kepala biar cantik. Macam Diana Amir di bawah ni. Ya, selendangnya tidak selabuh mana tetapi sekurang kurang nya tutup, dan masih cantik.



Friday, July 27, 2012

cerita buka puasa

Sembang santai kali ini berkenaan berbuka puasa. Masing masing ada makanan kegemaran waktu berbuka puasa. Makanan 'wajib' ada, atau kalau tak ada pun tak apa..

Sejak sekolah sampai sekarang, banyak jenis orang aku tengok masa berbuka ni. Aku pun kadang kadang terikut ikut apa yang orang lain buat. Tinggal di asrama, di rumah sewa buat kita bercampur dengan orang.  Gelagat berbuka secara am, macam di bawah:

a)makan sikit kuih/kurma/air manis terus solat maghrib lepas tu ambil makanan berat
b) makan sikit kuih/kurma/air manis then terus solat maghrib. makan berat lepas isya atau terawih

c)makan berat dalam kuantiti sikit, sambung makan lepas solat maghrib
d)makan berat dalam kuantiti sikit, sambung makan lepas solat terawih
e) makan berat macam makan tengah hari bulan2 biasa lepas tu baru solat

f) makan habis habisan


Option yang terakhir tu, diakui susah sangat mahu jumpa orang macam tu tapi ada. Sekali saja la aku jumpa. Option lain, masih normal aku rasa. Semuanya baik sebab ia atas kita sebenarnya. Ada orang yang tidak dapat bersolat dengan perut yang terlalu penuh atau agak penuh. Pilihan yang baik untuknya cukup makan sedikit, kemudian sambung makan selepas selesai solat.


Bagi pesakit gastrik, makan sedikit tetapi kerap, agak digalakkan. Jadi mereka mungkin pilih option a atau c. Dalam kebanyakan kes orang biasa, kalau lapar atau perut tak kenyang, hilang kusyuk solat. Jadi, baik makan dulu. Agak kenyang yang belum melampau, ok sudah untuk bersolat.

Thursday, July 19, 2012

Curi tulang; dikira mencuri juga ke?


“Curi tulang dikira mencuri juga ke? Kena potong tangan tak?”

Kadang kadang bila kita tegur orang, jangan curi tulang. Berdosa kerana tidak amanah, selain menipu, jawapan di atas antara yang kita dapat. Apakah hukuman paling sesuai untuk si pencuri tulang, saya tidak pasti tetapi jelas, perbuatan ini salah.

Perbuatan curi tulang ini, di mana mana. Waktu masuk pejabat sudah ditetapkan , tetapi ada pekerja sengaja masuk pejabat lewat dengan alasan yang tidak sepatutnya. Begitu juga pelajar, waktu masuk sekolah sudah dimaklum tetapi masih ada yang suka melepak, mahu tunggu guru disiplin jemput.

Sampai di satu tahap, ada organisasi meletakkan syarat seakan akan tidak membenarkan pekerjanya bersolat. Benar benar tidak diberi kebenaran atau sikap pekerja menyumbang kepada peraturan itu?
Pengalaman saya sendiri, dahulu bekerja dengan syarikat bukan Islam (tuannya berketurunan Punjabi beragama Sikh) dikelilingi teman bukan Islam. Ruang solat disediakan dan rehat satu jam, cukup untuk makan dan solat Zohor. Tetapi ada pekerja yang mengambil rehat sehingga satu jam setengah dan alasan tidak sempat solat, tidak munasabah. Jadi bila orang atasan cakap “ anda mencuri tulang” ia memang logik.

Saya suka mengambil pengalaman teman teman yang pernah bekerja dengan orang Jepun. Kata mereka, orang Jepun mungkin tepat waktu habis kerja mereka mahu segera balik tetapi ketika waktu kerja, mereka benar benar bekerja. Rasa malu jika ditangkap ‘bermain-main’ dengan kerja yang diberi. Senang cerita, tabiat curi tulang susah dicari dalam kehidupan mereka

Saturday, July 7, 2012

Pulang awal atau pulang lewat?


Pulang awal atau pulang lewat?

Di sebuah syarikat yang organisasinya melihat pencapaian kerja, menjadi kebiasaan stafnya beransur pulang lewat. Kadangkala, staf yang beransur pulang awal lebih senang dikenal pasti berbanding staf yang beransur pulang lewat. Soalan siapa yang lebih bagus sebenarnya susah dijawab jika hanya melihat waktu staf keluar.
Sebenarnya, pulang awal jika kerja sudah selesai lebih baik daripada terus menunggu. Ya, memang kadang kadang kita rasa tidak selesa bila kita mahu balik awal ketika staff lain balik kerja lewat. Tetapi, lihat pula kepada kerja kita. Balik kerja awal, untuk berehat dan sambung pula esok hari dapat mengekalkan motivasi dan kurang stress bekerja.

Menunggu untuk sama sama balik dengan staff lain (sama sama balik lewat) ketika kerja kita sudah selesai tidak membantu dari segi kecekapan kerja, melainkan jika kita memang ada kerja yang perlu disiapkan. Ukuran kecekapan dan keberkesanan kerja diukur berdasarkan kerja yang sudah siap; adakah ia mengikut waktu dan adakah ia menepati piawaian yang ditetapkan.

  “Ala, seganla…”

Malu kerana balik awal? Ya, kadang kadang balik awal daripada orang buat kita rasa malu. Tetapi lihat juga waktu yang staf dibenarkan balik. Jika kita dibenarkan balik pukul 6 petang, balik saja jika sudah tidak ada apa untuk dibuat. Balik lebih awal daripada itu, anda ada sebab untuk rasa malu.

“Nanti apa pula orang kata..”

Hmmm… susah juga kalau kita asyik fikir apa orang akan kata.  Pilihan sebenarnya di tangan kita. Kita balik kerja lewat tapi hasil kerja sama dengan balik awal, yang mana lebih baik? Balik lewat semata mata taknak orang kata (baca: tunjuk rajin) lebih penat daripada cukup masa, terus balik.