Saturday, September 29, 2012

Penting ke bekerja di syarikat yang besar?

Tiap kali berjumpa dengan kawan kawan atau saudara mara, antara soalan yang popular, "kerja di mana?"
Bila di beri jawapan, kadang kadang bersambung pula soalan, "syarikat besar ke?" kalau nama syarikat yang biasa biasa saja, ada tambahan "... tak pernah dengar pun?"

Penting ke syarikat besar ke kecil? Kalau jawatan dan gaji yang diberi adalah sama banyak, yang mana anda akan pilih?Jujur, aku cakap. Pandangan aku sendiri: gaji dan jawatan yang sama, cuma saiz syarikat saja yang berbeza, syarikat yang kecil boleh beri pengalaman yang lebih.



"Eh... takkan kut, mana boleh macam tu.."

Mesti ada yang komen macam ni.

Pengalaman aku sendiri. Di syarikat kecil, kalau software developer bukan setakat buat software programming tetapi juga software testing. Di syarikat besar, software programmer dan software tester dalam jabatan yang berbeza.

Kerja aku sekarang, lebih kurang macam tu saja. Bekerja di syarikat kecil; sebagai pegawai pengurus web. Web designer, aku. Web developer, aku. Tester, aku juga. Habis kuat pun, tester, bos aku. Itu pun interface test. Beza dengan di tempat aku kerja sebelum ni, kalau tester, buat kerja tester saja. Kerja developer, biar developer saja yang buat.

Kelebihan di syarikat kecil, itulah. Aku boleh nampak kerja tiap tiap jabatan (sebab aku kena buat semua). Kalau ditakdirkan aku dapat tawaran kerja di tempat lain, kerisauan aku berkenaan skop kerja tak tinggi. Sekurang kurangnya pengalaman kerja aku merangkumi hampir semua yang berkaitan. Kalau syarikat sekarang menjadi besar pun, jika aku kekal di sini, tak ada masalah untuk aku ada di mana mana jawatan yang berkaitan.

Aku tak tolak, kerja di syarikat besar, ada juga kelebihan. Dari segi pengkhususan kerja dan kemahiran, ya betul. Tapi kalau kerja tak lama, hasil macam tu juga, sayang.  Bab kemahiran, bukan sekejap untuk menjadi pekerja mahir (skillful staff). Pekerja tak mahir atau separuh mahir, aku percaya, ramai.




Wednesday, September 12, 2012

Bekerja dalam bidang yang tidak pernah dipelajari.


Ketika kita disuruh memilih pengkhususan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau O-Level dulu, kebanyakan kita pilih kursus yang kita minat. Kursus yang kita minat itu, berkemungkinan disebabkan cita cita kita. Kawan kita cita citanya ingin menjadi jurutera lalu dia memilih kursus sains teknikal, kakak kita minat untuk menjadi akauntan lalu dia memilih perakaunan dan ekonomi.

Selepas saja habis peperiksaan dan sudah tahu keputusan peperiksaan, kursus yang lebih spesifik pula perlu dipilih untuk program asas, sijil, diploma, atau ijazah pertama. Waktu ini, masih kerana minat atau sebab lain? Ramai juga yang bertukar kursus pada peringkat ini. Kebanyakannya kerana ingin lepas peringkat diploma atau ijazah pertama.

Habis saja peringkat ini, kita akan tempuh alam menembusi pasaran kerja. Anda pasti anda akan dapat kerja seperti yang pernah anda belajar sebelum ini? Atau MUNGKIN KERJA DALAN LAPANGAN YANG BERBEZA?

“Ala…. Aku tengok kerja kosong banyak yang tak ada sangkut paut dengan sijil aku”
“Jawatan tu tak sama dengan sijil aku ada..”

Alasan paling banyak aku dengar; dari kawan kawan dan sepupu sepapat. Sayang, saingan mencari kerja makin lama makin sengit. Majikan pula minta kadang kadang tu pelik pelik. Kalau yang asas ni tak selesai lagi macam mana?
Ya, aku sendiri macam tu dulu. Ijazah dalam sains komputer tapi aku diterima bekeja dalam bidang insurans. Langsung tidak ada kaitan. Kerja aku sekarang tidak kurang pelik, sebagai penterjemah sambilan. Bagi orang yang baru kenal, kadang kadang aku disoal juga;
 “kerja kau boleh hidup ke? Kau tu bukan ambil ijazah bahasa dulu..”
Kerja aku sentiasa hidup, walau bukan setiap hari kerana aku buat pun belum tahap ada ‘kedai’ sendiri. Insha Allah, aku pun macam orang lain; maku kembangkan bisnes dengan ada ‘language firm’ sendiri.
Aku tak berminat mahu cerita perniagaan aku cuma berkongsi pengalaman. Jangan takut jika kerja yang kita tengok tu tidak seperti memihak kepada kita. Cuba dulu untuk minta. Selalunya kita pernah belajar perkara yang berkaitan dengan kerja tersebut, cuba ia bukan dalam pengkhususan besar kita. Mungkin ia subjek elektif kita semasa di kolej dulu. Ramai orang yang berjaya, melalui pengalaman ini.

“ala… kau cakap senang la. Kau dah kerja”

Tidak, aku juga bermula dengan susah mencari kerja juga dulu. Sama seperti orang lain cuma, jika ada sesuatu yang kita boleh guna, jangan bazirkan saja. Chef Wan juga dulu asalnya graduan Perakaunan tetapi beliau berjaya sebagai chef selebriti. Arwah Sudirmah juga, lulusan Undang undang tetapi terkenal sebagai penyanyi.

 Bekerja dalam bidang yang kita tidak pernah belajar sebenarnya agak mencabar kerana kita perlu benajar dari awal, benda baru. Tetapi, tidak salah. Terimalah cabaran itu. Ada waktu, kerja yang sebegini lebih member kepuasan berbanding dengan belajar dalam lapangan yang sama dengan masa belajar dahulu.

“ Rugi la macam tu…”

Kenapa rugi? Tidak rugi sebenarnya kerana mendapat ilmu baru.

“ Habis ilmu lama? Rugi la tu”

Ilmu lama yang pernah kita belajar terletak di atas bagaimana kita guna sebenarnya. Kalau nak diikut, banyak benda yang kita belajar tetapi tidak kita gunakan. Sekadar ilmu di institut pengajian, ia boleh jadi sebahagian daripada proses ilmu yang kita peroleh. Ilmu itu, kita boleh guna tidak terbatas dalam konteks pekerjaan sahaja. Jika tidak mahu ilmu itu menjadi sia sia, apa salahnya jadikan ia sebagai hobi.