Saturday, December 29, 2012

kenapa rendah diri? saya juga begitu

A:Eh, cantiknya awak. Apa awak pakai?
B:Produk biasa je, jenama XXX
Bila A tahu B pakai produk jenama XXX, lalu A pun mencarinya dan membeli dengan harapan untuk secantik B.

Pernah lihat senario di atas? Percaya atau tidak, senario ini tidak hanya di iklan tetapi dalam kehidupan seharian kita. Dengan keadaan rendah diri, kita cuba meniru orang lain yang kita fikir ‘sempurna’ dengan harapan untuk menjadi ‘sesempurna’ orang tersebut. Kes kecantikan dan kosmetik mungkin salah satu contoh yang senang diambil kerana ia perkara pertama dilihat orang ramai. Tidak terkecuali kes pengurusan badan dan fesyen.

Perasaan rendah diri seperti ini dalam keadaan biasa mungkin boleh dikawal tetapi bila ia menjadi luar biasa atau tidak terkawal boleh menjadi bencana. Ia boleh menjadi obses yang kadang kadang susah mahu dikawal.

Perasaan rendah diri sebenarnya satu ‘penyakit’ yang perlu dikawal dengan ilmu. Saya juga dulu pernah mengalami rasa rendah diri kerana berbadan besar. Bagi sesetengah orang, tidak kisah asalkan sihat tetapi berapa ramai orang yang berfikir begitu? Dalam kes saya, ya sangat sakit hati. Sudah berusaha dikatakan tidak berusaha. Makan sedikit dikata orang makan banyak dan pelbagai lagi. Dan, ya banyak antara kawan kawan senasib mengalami masalah dalam tabiat kerana hal ini.
Tidak dapat tidak, terpaksa lawan. Nasib saya agak baik kerana aktif dan giat mencari maklumat dan akhirnya dapat keluar dari masalah tersebut.

Nak tahu kenapa saya tulis artikel ini tiba tiba?

Kerana saya rasa ramai antara kita alami masalah ini cuma terluah atau tidak. Dan saya sedar, ramai orang yang berada dalam kumpulan ini susah mahu keluar dari masalah ini. Salah satunya, tiada sokongan dan tidak tahu ke mana arah.