Wednesday, January 23, 2013

Menjana pendapatan melalui kemahiran dan minat


Menjana pendapatan melalui kemahiran dan minat

Dalam kebanyakan pengalaman aku pergi seminar usahawan, seminar kerjaya atau seumpamanya memang ada slot kemahiran menjana wang. Kemahiran mencari sumber pendapatan penting tapi mendapat sumber pendapatan melalui minat dan kemahiran kadang kadang kita terlepas pandang.

Aku tak nak bincangkan isu kemahiran menjana wang di sini sebab ia lebih sesuai dibincang oleh motivator usahawan. Tapi untuk jadikan kemahiran dan minat menjadi sumber pendapatan, aku ada pandangan sendiri. Aku berani cakap, ramai yang bekerja tapi kurang minat dalam pekerjaan tersebut. Ramai juga yang mempunyai kemahiran tertentu tetapi terhenti setakat itu sahaja.

Persoalan yang mungkin ada dalam kepala ramai orang; macam mana nak jadikan minat satu sumber pendapatan? Bagi yang dah bekerja, soalan dia dah lain; macam mana nak minat kerja?


Pendapat jujur aku, bila kita kerja dalam bidang yang kita minat dan mahir, kita akan usahakan sesungguh hati dan penuh tumpuan. Beranding dengan bidang yang bukan major (bukan kepakaran utama) kita. Untuk tukarkan minat dan bakat menjadi sumber pendapatan rasanya tak sesusah yang disangka . Permulaan untuk dapatkan tempat dalam industri, sama seperti kita minta kerja lain. Tetapi kesungguhan dalam kerja yangmembezakannya.

Iklankan saja bakat anda, menjadi perkhidmatan dan servis kepada orang lain. Contoh paling senang, masak. Ramai kenalan aku pakar dalam bab memasak dan mengambil upah katering dan bakeri. Aku sendiri, bekerja sebagai tutor melalui iklan yang aku buat.

Bagi sesetengah orang yang serius dalam bab ini, mungkin aggressive marketing perlu diambil kira tetapi sebagai permulaan untuk test market, mulakan dengan segera, walaupun dengan langkah kecil.