Sunday, December 21, 2014

review produk: susu kambing Mummylicious

salam semua..

Entri kali ni nak bercerita sekejap berlenaan susu kambing. Kita dah maklum, susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu. Saya nak kenalkan susu kambing Mummylicious dengan tambahan makanan berkhasiat. 

 Susu Kambing (Asli) Di perkaya dengan 8 pemakanan Sunnah :

Kurma
Madu
Habatussauda
Buah Tiin
Kismis
Buah Zaitun
Delima
Zafaran

Sesuai untuk kanak-kanak, orang dewasa, ibu hamil dan menyusu, orang tua dan seluruh ahli keluarga.
Pilih yang terbaik.
Pilih Mummylicious.
Didik Keluarga Anda Minum, Minuman Sunnah. Susu Kambing MiQaLicious Tiada Bau Hamis & Rasa Yang Sangat Sedap. Terdapat pelbagai perisa.
-----------------------------------------------------------
KELEBIHAN SUSU KAMBING UNTUK ANAK ANDA :

Ø Sesuai Bagi Anak Anda Yang Alah Pada Susu Lembu

Ø Membantu Menguatkan Daya Ingatan

Ø Kalsium Yang Tinggi Sangat Membantu Dalam Pembentukan Tulang & Gigi Anak Anda

Ø Menguatkan Sistem Imunisasi Paru-Paru

Ø Sangat Mudah Hadam. Jadi Sangat Sesuai Bagi Anak Yang Ada Masalah Sembelit.

Ø Merawat Masalah Asma & Kahak

Ø Merawat Masalah Ekzema

Ø Sangat Sesuai Diminum Untuk Anak Yang Kerap Demam Selsema


Untuk dapatkan produk ni, boleh singgah di SINI

Bagi saya sendiri, perisa coklat dan kopi 3 in 1 paling sedap. Atas cita rasa orang juga, Mummylicious ada perisa asli, vanilla, coklat, strawberi dan kopi 3 in 1. Untuk kanak-kanak 1tahun ke atas pun ada

Saturday, November 29, 2014

slot hujung minggu; website review

Dal lama tak update website sendiri. Biasanya, blog saja saya update.

Cuma hari ni, sebab tambah produk baru di personal website, saya update terus di sini.





Yang ni, kira memang full saya control. yang lain, yang pernah collaborate,


Website ni, bagi ibubapa yang mencari tutor ke rumah. Kawasan Pantaitimur (Kelantan/Pahang/Terengganu). Bagi tutor yang nak collaborate dengan web owner ni, maybe boleh berurusan dengan mereka.






Monday, November 10, 2014

Jom tunaikan umrah/haji



Haji merupakan rukun Islam ke 5. Wajib bagi yang mampu. Dalam hal ni, ramai yang tak terfikir untuk ada satu dana untuk tunaikan haji. Nak tunggu duit cukup sekaligus, memang tak, sebenarnya. Tapi kita boleh buat simpanan khas untuk tujuan ni. 

Etiqa, melalui pelan Takaful Mabrur, kita bukan setakat menyimpan, tetapi mendapat manfaat perlindungan medical, kemalangan dan manfaat manfaat lain. Dalam Takaful Mabrur, sebahagian daripada wang yang kita carum, akan dimasukkan ke Tabung Haji. Bagi yang belum ada akaun Tabung Haji, pihak Etiqa akan uruskan dan tolong daftarkan haji untuk kita.

Lagi? Selepas 5 tahun, jika kita terpilih untuk menunaikan haji, ada manfaat yang kita dapat:


  •   Elaun Persediaan Haji : RM1000 untuk urusan persediaan menunaikan haji
  • Elaun Penjagaan anak-anak: RM1000 umntuk menguruskan anak anak yang ditinggalkan di tanah air. Contohnya upah pengasuh dan sebagainya
  • Manfaat Badal Haji: RM3000. Jika tidak dapat memunaikan haji, RM3000 diberikan untuk urusan upah haji.
  •  Manfaat Insar Haji: sehingga RM1000. Jika terdapat dam yang perlu dibuat, peserta boleh menuntut sehingga RM1000 untuk urusan berkenaan, sekembalinya ke tanah air.

Manfaat perlindungan kita akan dapat seperti biasa, sehingga tempoh matang (tempoh takaful berjalan). Perlindungan termasuk:


  • Manfaat kematian – jika orang dilindungi meninggal dunia atau sebab semulajadi, perbelanjaan pengkebumian dan nilai terkumpul dalam Dana Peserta termasuk keuntungan dalam Dana Peserta akan dibayar.
  • Manfaat hilang upaya kekal -  jika orang dilindungi mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal, amaun jumlah dilindungi ditambah semua nilai dalam Dana Peserta akan dibayar.
  • Manfaat Tambahan – rider Ultra Medic (medical card), Rider Tambah Nilai Tetap (kemudahan untuk tambah nilai pelaburan), Rider Manfaat Tunai Hospital (manfaat tunai harian jika dimasukkan ke hospital).



Untuk maklumat terperinci, boleh hubungi
Agen: Wan Nazihah
Lokasi: Kuala Terengganu
Atau agen terdekat anda.

Friday, October 10, 2014

Perlu ke belajar bahasa Asing?

Tak ingat pula tarikh keratan akhbar ni tapi tak habis sebenarnya isu kemahiran bahasa. Bukan setakat orang biasa. Macam dalam akhbar ni, lulusan IPT pun ada yang masih bermasalah.

Bagi aku, dulu kalau pandai 2 bahasa sudah cukup dikira pandai. Sekarang, sejujurnya tak. Masih belum cukup. Maybe ramai kawan kawan aku banyak yang boleh lebih dari dua bahasa. Adik adik aku sendiri, belajar bahasa ketiga sejah di bangku sekolah. Dalam kes aku, biasa lah, tak amal jadi tak ingat sangat. even aku pernah belajar banyak bahasa. (huhu rasa sedih pun ada, ilmu hilang macam tu saja)

Tuesday, September 23, 2014

re sit exam? alamak... penat la cikgu

"re sit exam? alamak... penat la cikgu"

itu jawapan student upsr yang aku terima. Mula-mula, sains dan bahasa Inggeris saja. Terkini, matematik pun kena re sit. Angkara soalan bocor.

"kalau kali ni bocor lagi sekali ke cikgu?"

Yang ni, aku pun susah nak cerita. Cuma aku cakap pada student ni, kalau bocor lagi, tak ada orang yang nak pergi jawab. ulang sekali pun dah delay kerja lain". Sejujurnya, memang itu dari hati. Bila ada paper kena re sit, Delay untuk cikgu yang terlibat untuk marking paper. Bila dari cikgu dah delay, result pun akan keluar lambat.

At one side, ya aku kesian juga pada budak budak ni. Sebab sebelum exam, buat latihan sampai menangis, sampai nak termuntah. Bila ada kes macam ni, diorang dah tak tahu nak muntah lagi ke tidak.


Thursday, September 4, 2014

pandai dulu, pandai sekarang: perbezaan zaman

Dulu, zaman aku sekolah. tahun 1993-2003, pandai dikira dengan berapa A dapat masa peperiksaan. Tak kira lah, SRP, PMR,SPM, UPSR ataupun peperiksaan sekolah. Lagi banyak A, lagi pandai.

Awal tahun 1993-1995, tak banyak sangat pusat tuisyen dibuka secara terbuka. Tapi, itu berapa belas tahun lepas. Sekarang?

Setakat 'A' tak bawa makna apa-apa kalau cuma atas kertas. Tak percaya? Aku ajar bahasa Inggeris di pusat tuisyen. Ikut 'A' atas kertas, ramai yang boleh dapat. Tapi disuruh bercakap, lari ke belakang. Di sini, A atas kertas sudah tak dipandang. Boleh tulis, faham dan cakap baru dikira pandai. Baru satu. Tak kurang juga, bila makin ramai orang boleh cakap 2 bahasa, orang dah tak layan.  Kalau boleh faham lagi banyak bahasa, baru dikira lagi pandai.

Baru satu. Sekarang, kalau kita tengok pusat tuisyen di pusat bandar, banyak. Banyak dan siap ada kursus selain akademik. Kursus berbahasa asing, public speaking, muzik, mengaji dan komputer. Asal semua ni, dulu ko kurikulum je. Tapi sekarang kokurikulum pun ada tuisyen.
Wow, definisi pandai dah bertukar sebenarnya, seiring zaman. Yang multitasking tu pandai.
'A' dalam peperiksaan saja dah common sangat. Tak ada apa, kata budak-budak sekolah kat pusat tuisyen aku. Sebab semua orang boleh lulus, ramai orang boleh dapat straight 'A'.

Monday, July 7, 2014

Rantai oh rantai

 Ingat lagi entri pasal emas dalam blog ni?
(klik sini untuk lihat)

Kali ni, season raya, aku ambil juga lah rantai + loket. Bukan untuk aku, tapi adik ipar. Aku tolong temankan saja.


Rantai boleh beli je terus, cuma loket saja ditempah. Walaupun aku cenderung gold bar, tapi adik ipar aku lagi suka emas untuk dipakai. Dua dua untung sebenarnya, based on niat dan kecenderungan kita. Kalau aku, rugi sikit beli rantai. Sebab aku tak pakai. Untuk yang memang suka pakai, ya. Selera masing masing lah,kan.

Masa beli untuk adik ipar ni, aku ambil sekali goldbar untuk aku. Saja simpan, kalau simpan dalam bentuk cash, kemungkinan besar akan habis kat tempat lain yang tak seberapa penting. Aku tak serius lagi untuk gold bar, so, tak ada lagi la real target berapa banyak nak ada. Bagi serious saver, memang ada target, setahun nak banyak mana.

Untuk cerita lanjut, klik sini.

Thursday, June 12, 2014

super spontan: keselamatan diri pemandu wanita

Ok, tajuk kali ni walau secara spontan sebenarnya tajuk yang agak serius. Kenapa serius? Sebab bermain dengan keselamatan diri kita.

Pandu kereta ni, orang selalu ingat kecelakaan cuma jika berlanggar. Tapi jika dirompak, disamun atau diganggu termasuk juga kecelakaan sebenarnya. Panduan yang sering kita ambil senang tapi amat penting:

a) Masuk kereta, kunci kereta dulu baru start enjin. Ini, kita buat terbalik; masuk kereta, start enjin baru tutup pintu. itu pun tak kunci. Bahaya terutamanya jika pemandunya wanita dan bersendirian. Mana la tahu jika ada orang nak kenakan anda, masuk senyap2.

b) Beg tangan, sembunyikan bawah seat atau belakang badan anda.
    "Ala, telefon ada dalam tu..." keluarkan siap-siap dan letakkan di tempat terlindung (tapi senang dicapai).
    "Ala, takde class letak bawah seat. Mahal tau beg tu" nyawa anda lagi mahal dari beg tu.
     jangan jadi bodoh sampai hilang nyawa. dibuatnya ada peragut nampak,
     tambah lagi kalau cermin terbuka (sikit pun...)

c) Tak payah nak touch up sangat kalau on the way ke satu satu tempat. Takut tak lawa nak pergi event? Touch up siap siap sebelum bertolak atau touch up je bila dah sampai. ini khusus kepada yang drive sendirian atau driver. penumpang, maybe tak penting sangat tips ni. Reason? Tolong la fokus kepada kerja memandu tu. terlanggar orang dek kerja touch up kan ke haru... kat traffic light, cukup ke masa?

walaupun benda benda ni nampak remeh, keselamatan diutamakan. So, beringat la sebelum apa apa terjadi

Monday, June 9, 2014

Rasukan emas dan perak

Ha, kali ni betul betul lain.. sejak sejak harga emas murah ni rajin juga aku jenguk kedai emas walau tak membeli. Dan ya, aku jadi tukang promosi tak rasmi pulak walau tak untung.

Ya, emas dan perak sejak sekian lama jadi perhiasan terutamanya wanita. Lelaki, maybe as simpanan. Eh, boleh jugak apa... lelaki boleh pakai cincin perak. Emas je tak boleh... Selain perhiasan, dua logam ni baik sebagai simpanan.

Daripada beli benda lain yang tak perlu, aku memang sarankan simpan dalam bentuk dua logam ni. In case keperluan akan datang, emas dan perak boleh dijual balik. Sejujurnya untuk aku, dah beli gelang cantik cantik, sayang nak jual balik, melainkan emergency. Kalau dah tak ada jalan lain dan untuk keperluan penting saja baru kita tolak ke kedai, betul tak?

Dalam kes aku, aku suka tengok je, nak pakai, payah sikit. But of course perhiasan ada aura sendiri nak suruh kita tunggu lama lama kat kedai. Kena yang rambang mata, silau sekejap. Godaan betul la, kan?


Friday, March 21, 2014

Ke mana selepas Sijil Pelajaran Malaysia

Ke mana selepas Sijil Pelajaran Malaysia


Sebaik menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ramai calon termangu tidak tahu apa yang perlu dibuat seterusnya. Jangan buang masa dengan cuti yang panjang. Apa yang boleh dibuat adalah

a)cari peluang belajar kemahiran baru. Contoh kemahiran yang berbaloi seperti kemahiran menulis resume, bahasa asing dan grooming. Ini penting untuk persiapan mencari kerja.

b)cari peluang bekerja sementara. Kenapa bekerja? Jika anda berminat denga perniagaan, kerja sementara boleh menjadi medan anda mencari jenis perniagaan yang sesuai dengan diri. Jika anda tidak minat berniaga pun, sekurang kurangnya pengalaman dan kemahiran boleh kita dapati dengan kerja sementara ini. Gaji, bonus untuk diri dan sebagai simpanan sebelum menyambung pelajaran
Sampai masa keputusan sudah diumumkan. Apa yang perlu dibuat. Alhamdulillah jika berjaya mencapai sasaran peribadi. Ada beberapa pilihan untuk anda
a) Sambung pelajaran. Anda ada beberapa pilihan. jangan hadkan pilihan anda.
    1-IPTA
    2-IPTS kelolaan MARA 
        a) Kolej Poly Tech MARA
        b) UniKL
        c) IKM
        d) dan lain lain
   3-IPTS kelolaan syarikat gergasi
      a) ITP (di bawah Petronas)
      b) UNITEN (di bawah TNB)
      c) UNITEL
      d)UTP
      e)MMU
      f)Food Institute Malaysia
   4-IPTS
   5-IKBN dan IKTBN
   6-Matrikulasi dan tingkatan 6

b) Bagi yang kurang bernasib baik, ambil kursus jangka pendek. Walaupun sudah mempunyai pekerjaan, kursus jangka pendek perlu sebagai 'pelaburan jangka panjang' jika anda ingin mengubah angin bekerja sendiri atau jika berpeluang menyambung pelajaran seperti rakan lain.

Thursday, January 16, 2014

tak bercakap lebih tiga hari?


Rasulullah SAW ada melarang kita dari tidak bertegur sapa lebih dari 3 hari kerana bergaduh.

Ya, yang jelas ialah tidak bercakap kerana bergaduh. Tetapi macam mana pula kerana ‘malas’?

Kenapa saya ambil topik ini? Senang saja, kerana ramai antara kita, tinggal serumah tapi tidak saling bercakap. Tidak bergaduh pun, tapi masing masing sibuk dengan hal sendiri. Sedar sedar saja, kita tak tahu pun apa yang jadi dalam rumah kita. Perasan tidak, sesetengah dari kita, walau berkumpul ramai-ramai, tidak bercakap. Sudah jadi trend, masing-masing menghadap gadget, televisyen.

Ini bahana yang kita jarang sangat sedar.

Ya, dulu ada kempen ‘Di mana anak anda?’ yang menyeru ibubapa ambil tahu di mana anak dan anak buah mereka. Tapi, tahu sahaja di mana mereka tanpa tahu keadaan mereka, tidak menjadi juga. Sebahagian besar akan cakap “Tahu... adik saya ada di rumah. Balik sekolah pukul....” “Anak saya ada dalam bilik dia...buat kerja rumah”

Tapi bila ditebak “dalam seminggu ni, apa cerita terkini?” Saya yakin jawapan yang kerap dapat ialah  “Entah, dia tak cakap pun” atau “Entah, tak tahu pulak..” Silap hari, ada juga yang tak tahu kesihatan anak buah sendiri, atau masalah yang sudah lama mereka simpan.

Mungkin kita ada alasan sendiri, untuk terlepas pandang ambil tahu hal dalam rumah sendiri. Tapi, baiki keadaan sebelum terlambat. Kenapa saya kata sebelum terlambat?

Jangan kerana kita malas berbual dengan orang yang dekat dengan kita, masalah mereka yang asalnya boleh diselesaikan jadi tak dapat diselesaikan. Tak semua orang, akan bercerita jika tidak ditanya.  Jadi, mulakan dari sekarang, berbual perkembangan masing-masing.

Masalah kita sendiri, kadang kadang, ya kita malas nak bercerita jika tidak ditanya. Kadang-kadang malas nak minta bantuan ahli serumah sebab tidak yakin. Tapi tanpa sedar, belum tentu menyepi itu lebih baik.