Tuesday, November 17, 2015

Kopi, pahit tapi berkhasiat


Kopi, ada penggemar tersendiri. Kalau tak, tak mungkin kedai makan untuk lepak dipanggil kedai kopi, coffee house dan kopitiam (kedai kopi Tionghoa). Siap ada resepi tersendiri untuk tiap tiap kedai kopi ni.

Kopi, secara fizikal mempunyai rasa pahit, berwarna hitam dan kerap dihidang panas. Secara kimia, kopi mengandungi 11% vitamin B2, 6% vitamin B5 dan mempunyai sedikit mineral. Tak lupa, kopi mengandungi kafein.

Kopi (tanpa gula) sebenarnya mempunyai pengaruh ke atas badan kita. Antaranya
mencergaskan badan (stay awake)
membakar lemak
melindungi dari penyakit lupa (dementia dan Alzheimer)
mengurangkan risiko penyakit Parkinson.

Tapi, diingatkan kebaikan kopi jika kita ambil secara terkawal dan kurang gula. Secara umum, semua makanan kalau terlebih ambil, bahaya, betul tak?

Hari ni, sengaja nak kenalkan kopi pra campuran baru. Kopi + susu kambing Mummylicious. Kopi pracampuran biasa, either kopi+ gula or kopi+krimer. Kali ni, krimer diganti dengan susu kambing. Kira lagi berkhasiat lah. sebab krimer cuma bertindak sebagai penambah rasa dan tekstur kopi.
Satu kotak ada 25 sachet, cuma RM45.

Nak dapatkan kopi ni, boleh beli di mana mana kedai yang menjual produk Mummylicious. Cuma bagi yang nak try, atau nak order kat saya, boleh je.

Klik SINI untuk maklumat