Kemahiran…. Skill…. Sesetengah orang pandang remeh hal ini. Ada
juga rakan rakan saya dulu menganggap hal ini untuk orang yang tidak begitu
baik akademiknya. Tapi, ia bukan hal remeh. Kemahiran menjadi punca graduan
menganggur dan mendapat kerja.
Bermula dengan temuduga, majikan sudah mencari dan melihat
kemahiran yang ada pada calon pekerjanya. Gred peperiksaan mungkin membantu
tetapi, itu yang boleh dilihat di atas kertas. Kemahiran yang cuma boleh
dilihat pada tuan punya badan memjadi tumpuan. Kemahiran asas seperti perbualan
dan penyelesaian masalah menjadi tumpuan utama. Tidak pelik, jika sesetengah
majikan mensyaratkan satu ujian untuk menilai kemahiran yang ada pada bakal
pekerja yang akan digunakan semasa bekerja
nanti.
Bagi graduan yang masih mengganggur, tidak salah jika ambil
peluang ketika masih tidak bekerja ini untuk mengambil kelas kemahiran dan
tajamkan skill yang ada. Bagi saya, kita sudah tahu kenapa kita susah mendapat
kerja. Mungkin dari kritikan bakal majikan yang pernah temuduga kita. Jangan
ambil hati dengan kritikan itu tetapi perbaiki diri.
Jika kita dikritik kerana bahasa yang tidak begitu baik,
mungkin kita boleh cari kelas bahasa yang bersesuaian dengan kita. Begitu juga
dengan kemahirang yang lain.