Showing posts with label organisasi. Show all posts
Showing posts with label organisasi. Show all posts

Wednesday, April 22, 2026

Teori Motivasi Herzberg


Teori Herzberg, ialah salah satu teori motivasi. Ia menerangkan punca individu bermotivasi melalui keperluan, minat dan sasaran untuk memenuhi minatnya. Hezberg pecahkan teorinya kepada 2 : faktor kemurnian dan faktor motivasi. Beliau cadangkan 2 faktor ini untuk mengelakkan rasa tidak selesa. Teori ini, dikembangkan oleh Frederick Herzberg dan rakannya, Mausner dan Snyderman. Mereka mengambil inspirasi dari Teori Keperluan Maslow, dengan menemubual dan memerhati kumpulan pekerja dari beberapa industri dan situasi.

Sumber motivasi, berkaitan dengan kepuasan bekerja.

1. Pencapaian dalam bekerja

2. Tahap pengiktirafan dari rakan sekerja dan pengurusan

3. Tahap tanggungjawab

4. Peluang berkembang

5. Status yang diberi

Kurang sumber motivasi akan membuatkan kita ‘terganggu’. Ini yang dipanggil sebagai faktor kemurnian (hygiene factor); punca kita rasa tidak puas hati.

Faktor kemurnian selalu juga dirujuk sebagai ‘ketidakpuasan’. Perasaan ini dianggap punca yang berkaitan dengan pekerjaan itu sendiri, walau tidak secara langsung. Biasanya, gaji. Selainnya, jaminan kerja, keadaan kerja, kualiti pengurusan, polisi organisasi, perhubungan antara individu.

 

 

 



Gambar 1: faktor kemurnian dan faktor motivasi

 

Dalam gambar di atas, faktor kemurnian menunjukkan punca kita kurang bersemangat dan motivation faktor menjadi punca kita teruja.


 

Gambar 2: matrix faktor motivasi dan faktor kemurnian

 

Gambar 2 menunjukkan matrix faktor motivasi dan faktor kemurnian. Setiap kuadran (kotak)  menunjukkan keadaan tempat kerja.

 

Kuadran 1 (atas, kiri)

Selesa, kerana keadaan kerja dan gaji ok. Bagaimanapun, faktor motivasi tidak cukup kuat

 

Kuadran 2 (atas, kanan)

Pekerja mempunyai keadaan kerja yang bagus, kombinasi ideal yang kurang rasa tidak puas hati

 

Kuadran 3 (bawah, kiri)

Suasana kerja yang kurang memuaskan dan terlalu kurang motivasi bekerja. Kuadran yang paling kurang motivasi dan kemurnian hati bekerja

 

 

Kuandran 4 (bawah, kanan)

Pekerja berhadapan dengan keadaan yang agak sukar ( kerja susah dan gaji kurang berbaloi).tetapi, kerja memberi makna kepada pekerja dan mash bermotivasi bekerja.

Nak gunakan teori Herzberg?

 

1. Buat penilaian di tempat kerja. Kumpul maklumat keadaan kerja, kenalpasti pola kerja dan susun keutamaan kerja

2. Murnikan isu penting. Kekurangan asas seperti pampasan, suasana selamat perlu mencapai piawaian yang ditetapkan. Jika ada polisi tak jelas, boleh betulkan. Perkembangan prestasi dipantau

3. Punca motivasi diteguhkan. Beri peluang pekerja untuk berkembang seperti perkembangan kemahiran, tugas kepimpinan dan kemahiran selesaikan masalah. Jika perlu, letakkan autonomi.

Kelebihan teori Herzberg

 

1. Berasaskan tugasan dan kerja

 Teori ini menggalakkan pengurus untuk menyusun semula peranan penting.

2. Perincian jelas antara mengelakkan rasa tak puas hati dan menggalakkan rasa puas hati

Sebelum ni, pemimpin hanya menutup aduan pekerja dengan naikkan gaji semata-mata tanpa melihat masalah lain.

3. Asas empirikal

Teori Herzberg menggabungkan tinjauan dan temubual memberi gambaran jelas berbanding dengan hanya teori

4. Kebolehgunaan dan pengaruh berterusan

Model Herzberg kekal terkenal sebagai rujukan untuk memahami moral  dan hubungkait tempat kerja

 

pautan








Sumber:

1. https://www.betterup.com/blog/motivational-theories

2. Charlote Nickerson. 18 April 2025. Herzberg’s Two-Factor theory of Motivation.

3. October 20, 2025. The psychology of motivation: what drives us to succeed? https://lpsonline.sas.upenn.edu/features/psychology-motivation-what-drives-us-succeed

4. https://www.accaglobal.com/gb/en/student/exam-support-resources/fundamentals-exams-study-resources/f1/technical-articles/herzbergs-motivation.html

5. What is Herzberg two factor theory? https://www.simplypsychology.org/herzbergs-two-factor-theory.html

 

 

 

Thursday, April 16, 2026

Teori Motivasi

 Teori Motivasi

 

Konsep motivasi kerap kita guna tapi kita tak fahami ia sepenuhnya. Sebenarnya ada teori psikologi yang cuba menerangkan apa terjadi dalam otak ketika kita berasa bersemangat untuk keinginan kita. Dengan memahami psikologi motivasi, kita dapat mengubah tabiat dan kekal fokus untuk hasil yang baik.

 Teori motivasi ialah teori yang melibatkan motivasi. Ia berfokus kepada apa yang memberi semangat kepada seseorang untuk mencapai keinginan. Teori-teori ini datang dari disiplin kemanusiaan seperti psikologi dan sains sosial.

 

Kebanyakan teori motivasi akan berfokus kepada dua faktor: luaran dan dalaman.

 

Luaran: seseorang yang mencari motiasi luar dari dirinya. Seperti bonus, untuk terus bekerja.

Dalaman: seseorang yang mencari motivasi untuk kepuasan dalaman. Contohnya keyakinan dan kebanggaan diri.

 

Kepentingan motivasi

 

Di tempat kerja, motivasi penting untuk mengurangkan burn out. Kekangan keadaan seperti tidak dihargai, tiada matlamat jelas dan peluang perkembangan diri menjadi punca sesetengah pekerja memilih untuk berundur.

Menurut American Psychological Association (APA), motivasi ialah keadaan yang memberi tujuan kepada tindakan kita

 

Dalam artikel ni, saya senaraikan dan ceritakan secara ringkas 8 (lapan) teori motivasi. Nak beritahu juga, motivasi ni, adalah alat, bukan penyelesaian. Dengan teori motivasi yang saintifik, mungkin membantu kita memenuhi keperluan setiap orang dan boleh bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai matlamat.

 

TEORI 1: TEORI SELF DETERMINATION

 

Penulis buku Intrinsic Motivation and Self Determination in Human Behavior , Richard Ryan mencadangkan teori ini. Beliau nyatakan, individu pilih tabiat berdasarkan hasil luaran yang mereka dapat dari persekitaran.

Self determination ialah batu aras motivasi dalaman, yang kita dapat dari dalam apabila tindakan membantu penuhi sasaran peribadi.

 

Tapi, keadaan motivasi ni takkan terjadi jika tidak ada 3 (tiga) faktor ini:

1. Autonomi - keupayaan mengawal tindakan dan tabiat

2. Kompetensi -keupayaan membuat kerja atau tindakan

3. Kaitan - mempunyai kaitan atau hubungan dengan orang( atau entiti) lain

 

Jika kita mahu ahli kumpulan kita berkembang menggunakan teori self-determination ni, kita perlu beri ahli pasukan keanjalan (fleksibiliti) yang sesuai. Contohnya di mana nak buat kerja pada hari tertentu. Juga ideal untuk tawarkan peluang kembangkan diri secara profesional dan masa untuk eratkan silaturrahim.

 

Baca: teori self determination  

 

TEORI 2: TEORI MASLOW

 

Teori yang dipopularkan oleh Abraham Maslow. Teori ni, berdasarkan teori keperluan. Asas utama macam piramid,

1. Keperluan fisiologi - paling asas, untuk terus hidup

2. Keperluan keselamatan

3. Keperluan emosi

4. Keperluan estim diri

5. Keperluan aktualisasi diri

 

Teori ini mengikut keperluan orang, untuk terus hidup hingga ke kepuasan peribadi. Di tempat kerja, semua peringkat keperluan ini membantu ketua memahami keperluan anak buah untuk mencapai matlamat masing-masing.

 

Untuk gunapakai teori ini dalam tempat kerja, ada beberapa soalan perlu ditanya. Adakah ahli pasukan rasa selamat di tempat kerja? Adakah mereka risau jamina kerja? Atau mereka sudah ada jaringan yang baik dengan rakan sekerja?

 

Baca : Teori Keperluan Maslow 

 

TEORI 3 : TEORI HERZBERG

Juga dipanggil teori ganda dua, teori dari Frederick Herzberg ini berpaksi 2 benda : motivasi dan kemurnian.

Kemurnian- ‘asas’ untuk keadaan bekerja, bersara dang mengurus.

Motivasi -punca tambahan seperti peluang kerjaya berkembang dan insentif.

Teori ini mencadangkan ketiadaan punca kemurnian dalam suasana kerja menghasilkan isu seperti kepuasan bekerja dan kehadiran motivasi boleh baiki keadaan tersebut. Dan, ahli motivasi hanya boleh berjaya jika punca kemurnian tempat kerja itu cukup baik.

 

Sama macam teori Maslow, teori dua-punca Herzberg ingatkan kita untuk gunakan teori peringkay di tempat kerja dan pastikan kemurnian bekerja dipenuhi untuk semua ahli pasukan.

 

Baca: Teori Herzberg  

 

TEORI 4 : TEORI McCLELLAND

Teori McClelland pula cadangkan 3 motivasi

1. Pencapaian

2. Afiliasi

3. Kuasa

 

Ketiga -tiga jenis ni bergantung kepada yang mana lebih dominan dalam hidup kita.  Kepada pengurus, mengetahui secara dekat ahli pasukan kita akan membantu kita kenalpasti yang mana satu keperluan mereka.

 

Baca: Teori Keperluan 

 

TEORI 5: TEORI VROOM

Teori vroom mencadangkan keputusan yang dibuat individu bergantung kepada apa yang mereka harapkan. Contohnya, orang yang tidak suka kecewa tidak akan mengambil risiko tinggi dan mengambil jalan atau kerja yang agak senang dibuat.

Kajian Vroom mengiktiraf nilai dan tahap setiap orang - motivasi ke arah menghasilkan sesuatu. Beliau mencadangkan

a. Instrmentaliti - percaya hasil dari menyiapkan tindakan bersama dengan usaha

b. Tanggapan / harapan - percaya hasil akan jadi lebih baik jika usaha lebih

c. Penyatu (valens) - emosi yang berkaitan dengan hasil

Teori ini mencadangkan kita mencari motivasi yang lebih bila kita dapat mengagak dan mempengaruhi hasi dari tindakan kita.

Baca: teori tanggapan Vroom 


TEORI 6: TEORI McGREGOR

Teori McGregor berfokus kepada pengurusan tindakan dan bagaimana ia memberi kesan kepada ahli pasukan. Ia mencadangkan 2 gaya pemimpin: autokratik dan partisipatif. Ada 2 teori yang terlibat, X dan Y.

 

Teori X - pengurus yang percaya ahli pasukan tidak suka keraj mereka dan mengelak dari tanggungjawab ada kemungkinan mempunyai pengurusan autokratik/

Teori Y - pengurus yang percaya ahli paukannya berbangga dengan kerja mereka dan sanggup memberi lebih tanpa pantauan lebih cenderung mengadi pemimpin partisipatif.

 

Baca;: teori McGregor 

 

TEORI 7 : TEORI ALDERFER

 

Teori Alderfer menggunakan asas teori Maslow. Bezanya, Alderfer mencadangkan individu boleh ‘berpatah balik’ jika mereka kecewa untuk mendaki ke puncak hierarki keperluan.

 

Baca: Teori Alderfer 

 

TEORI 8: TEORI SKINNER

Teori yang diasaskan oleh B. F Skinner menggunakan konsep prinip operan, tabiat seseorang berdasarkan kesan yang bakal dihadapi.

Jika tabiat akan menghasilkan hasil positif atau mengelakkan hasil negatif, kita akan suka lakukan berulang kali.

 

Baca: prinsip operan , 

 pautan: motivasi  , estim diri

Sumber:

https://www.betterup.com/blog/motivational-theories

October 20, 2025. The psychology of motivation: what drives us to succeed? https://lpsonline.sas.upenn.edu/features/psychology-motivation-what-drives-us-succeed

 

 

Sunday, July 20, 2025

Teori Keperluan (Maslow dan McClelland)


Dalam hidup, kita ada keperluan sendiri untuk terus hidup. Ada dua teori yang melibatkan keperluan : Teori Keperluan Mcclellan dan Teori Keperluan Maslow.

Teori Keperluan Maslow

·         Susunan keperluan dalam Teori Maslow dibahagi 5 aras, kerap ditunjuk dalam bentuk piramid.

·         5 aras berkenaan: fisiologi, keselamatan, sayang/kepunyaan, esteem/yakin diri dan penyempurnaan diri.

·         Aras paling bawah ialah keperluan asas seperti makan-minum dan keselamatan sebelum disempurnakan oleh keperluan aras atas.

·         Sesetengah orang sudah mencapai tahap penyempurnaan diri, tetapi sebenarnya semua orang ada situasi berada di tahap tertinggi.

·         Susunan aras, sebenarnya tidak tetap. Sesetengah orang, estim lebih ke arah kasihsayang, yang lain lebih kepada kesempurnaan diri berbanding kemiskinan. Tindakan kita, biasanya dimotivasi oleh pelbagai keperluan serentak.

·         Aplikasi teori ini terpakai dalam dunia bekerja, pendidikan, kaunseling dan kesihatan.

Teori Keperluan Mcclellan

·         MCClelland membahagi teori keperluan kepada 3 motivasi: keperluan untuk mencapai sesuatu, keperluan untuk bergabung dan keperluan untuk berkuasa.

·         Setiap orang mempunyai sifat berbeza, mengikut motivasi yang kuat (dominan).

·         Ketiga-tiga motivasi in, boleh dipelajari.

·         Menurut McClelland, tanpa mengira jantina, budaya atau umur, kita mempunyai ketiga-tiga pencetus motivasi, dan salah satu akan menjadi dominan. Ia banyak berpunca dari budaya dan pengalaman hidup.

 

 

Teori Keperluan dari Maslow perincikan dari keperluan asas fizikal hingga keperluan psikologi dalam diri. Manakala McClelland, berfokus kepada keperluan psikologi.  Secara terperinci, kita akan lihat satu demi satu.

Keperluan asas fizikal (fisiologi)

Keperluan paling asas untuk hidup – udara, air,makanan, pakaian, tempat tinggal. Jika fasa ini dipenuhi, motivasi manusia akan berkembang untuk ke peringkat seterusnya. Makhluk hidup tidak dapat berfungsi sepenuhnya jika keperluan fisiologi asas ini tidak dipenuhi.

Keperluan keselamatan

Manusia mahu pengalaman hidup yang dijangka dan boleh dikawal. Keperluan peringkat ini, boleh dipenuhi apabila manusia berada dalam kumpulan atau masyarakat – punya kawalan polis, hospital, sekolah dan perniagaan (kedai-kedai kelengkapan).

 

Keperluan perasaan

Merujuk kepada keperluan emosi dan hubungan, menjadi sebahagian dari kumpulan atau anggota masyarakat. Dalam Teori Keperluan McClelland, keperluan ini dinamai keperluan affiliasi. Bagi McClelland, manusia memerlukan sokongan komuniti untuk berkongsi perasaan dan menjadi sebahagian dari kumpulan. Sambungan dari teori Maslow, McClelland menambah, sesetengah individu meletakkan kerjasama (atau melengkapi ahli kumpulan) lebih dari pertandingan ( atau perbandingan).

Keperluan esteem

Peringkat tinggi dalam teori Maslow. Termasuk nilai diri, pencapaian dan rasa hormat. Maslow meletakkan keperluan esteem dalam 2 kumpulan : esteem diri ( pencapaian, kemahiran dan kebebasan) dan kehendak reputasi atau hormat dari orang lain (status atau prestij).

Dalam teori yang dicadangkan McClelland, keperluan pencapaia

Keperluan aktualisasi diri

Paringkat tertinggi dalam teori keperluan Maslow. Pada aras ini, seseorang itu mencapai tahap yang beliau ingini dan memenuhi semua yang dimahukan. Peringkat ini, McClelland menggelar sebagai keperluan mencapai sesuatu dan keperluan kuasa. Setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza dalam peringkat ini, sesetengah orang hanya akan sasarkan tugasan yang senang dan berisiko rendah, asalnya pencapaiannya, bagus dalam setiap tugasan. Ada juga orang yang sasarkan tugasan mencabar kerana pencapaiannya berbeza jika mampu siapkan tugasan yang susah. Keperluan kuasa pula,melibatkan pangkat dan gelaran

 

 

 

Rujukan

1.       Saul McLeod, PhD. January 24, 2024. Maslow’s Hierarchy of Needs

2.       https://www.simplypsychology.org/maslow.html

3.       McClelland's Human Motivation Theory. https://www.mindtools.com/aznjntj/mcclellands-human-motivation-theory

 

 

Tuesday, May 13, 2025

Teori Motivasi Harapan Vroom

 Teori Motivasi Harapan Vroom

Zajda (2023) berpendapat teori kognitif motivasi melibatkan tingkahlaku, gaya pemikiran dan tindakan individu adalah hasil dari proses dalaman otak.

3 model popular yang terpakai di persekitaran kita termasuk

·         Teori motivasi pencapaian; bagaimana kita bertindak berdasarkan keperluan pencapaian, kuasa dan perhubungan.

·         Teori keazaman diri; kehendak kita untuk memuaskan keperluan asas psikologi.

·         Teori motivasi harapan

Pada tahun 1964, di Yale School of Management, psikologis Kanada membangunkan teori harapan. Beliau mencadangkan tingkahlaku manusia termotivasi dengan keterlibatan hasil atau akibat, dan kekerapan kerja digerakkan oleh persepsi bahawa usaha akan membawa kepada hasil yang dimahukan.

Sama seperti teori tingkahlaku, teori Vroom mengiktiraf kepentingan kesan dalam motivasi tindakan. Menurut Vroom, kita akan cenderung lebih berkembang jika kita yakin akan diiktiraf dan dihargai.

Dalam beberapa tahun kebelakangan, ada beberapa perkembangan dalam teori asal. Ada pengesahan lanjutan bahawa tumpuan pekerja kerap lebih dari hasil yang dikaitkan dengan kerja, termasuk dengan bakal haski disebabkan tabiat kerja – baik atau buruk – seperti kepuasan kerja, promosi dan mungkin, diberhentikan (Riggo, 2015)

Tiga komponen dalam teori harapan

Teori Vroom melibatkan 3 komponen, juga dikenal sebagai teori VIE.

1.    Valence : bagaimana kehendak (atau bukan kehendak) sebagai hasil ke atas individu?

2.    Instrumentailty: kekuatan yang diterima dalam hubungan antara tabiat dan hasil yang dikehendaki?

3.    Expectancy: kekuatan yang diterima dalam hubungan antara usaha dan prestasi tabiat?

Ketiga-tiga komponen ini boleh dibentang sebagai kemungkinan yang boleh diukur dalam suasana kajian dan apabila menggunakan teori ini dalam situasi dunia sebenar.

Dalam dunia sebenar, individu boleh memilih untuk kemungkinan rendah mencapai hasil yang dikehendaki, walau mereka berprestasi pada tahap yang diperlukan, membuatkan motivasi mereka rendah. Jika kemampuan untuk mencapai sasaran adalah sederhana, motivasi masih akan terus tinggi.

Kritikan dan kekurangan

Perlu diingat motivasi sangat kompleks dengan pelbagai punca yang melibatkan pelbagai suasana.

Teori tanggapan ini popular untuk memahami dan meningkatkan motivasi, khususnya di temat kerja. Bagaimanapun ada kritikan dan beberapa kekurangan:

·         Bagaimana kita mengukur tanggapan dengan tepat? Apakah cara terbaik?

·         Apa cara terbaik untuk aplikasikan teori – dalam banyak situasi?

Kritikan juga menunjukkan:

·         Setiap orang tidak mempunya rasional yang sama. Ia berbeza mengikut tahap rasional dan kekerapan bertindak tidak rasional.

·         Walaupun ketika bertindak rasional, kita berbeza dalam memproses maklumat.

·         Kita tidak sentiasa sedar setiap masa.

·         Kita tidak sedar memproses semual maklumat yang kita dapat.

Edward Lawler berpendapat, pekerja akan meningkatkan hasil jika ganjaran yang dijanjikan itu berbaloi. Lawler mencadangkan model yang baru a) jika ada beberapa kemungkinan, individu akan menjadi salah satu dari kemungkinan itu. b) ada kemungkingan individu akan menghasilkan apa yang mereka mahu . c) apa-apa hasil yang diingini mengikut tindakan individu tersebut. d) tindakan yang terhasil berdasarkan tanggapan individu.

Dengan gerak hati yang betul, usaha yang meningkat terhadap tugasan akan menghasilkan hasil yang diingini – punca yang memandu tabiat yang lebih kompleks dan pelbagai berbanding tabiat asal

Aplikasi Teori Tanggapan dalam susunan sasaran

Fikirkan setiap sasaran dalam komponen Teori Tanggapan:

1.    Selaraskan matlamat dengan kuasa

Bekerja dengan klien untuk menetapkan matlamat yang sesuai dengan nilai dan kehendak dalaman mereka. Pastikan matlamat memang dimahukan dan jelas. Hasil perlu boleh dijangka dan dinilai.

2.    proses dalam mencapai matlamat

Pastikan klien faham sepenuhnya kaitan antara usaha mereka dengan pencapaian, menaikkan keyakinan dalam proses tindakan mereka

3.    kuatkan motivasi melalui kemahiran

kenalpasti lompang kemahiran yang mungkin menghalang pencapaian matlamat, kemudian buat strategi untuk bangunkan kemahiran.

 pautan

Model Kepimpinan Fiedler

Pengurusan vs Kepimpinan

Gaya Kepimpinan

Motivasi


Rujukan

1.    Jeremy Sutton, 14 Feb 2024. Victor Vroom’s Expectancy Theory Of Motivation. https://positivepsychology.com/expectancy-theory/

2.    Wikipedia. Expectancy Theory