Teori Motivasi McGregor diasaskan oleh Douglas McGregor, antara1950an hingga 1960an. Ketika itu, beliau ialah tenaga pengajar di Massachusset Institute of Technology.
Beliau cadangkan 2 teori (Teori X dan Teori Y). Teori ini, memberi kesan panjang dalam amalan pengurusan. McGregor menekankan kepentingan memahami keperluan pekerja dan menyokong suasana kerja.
Teori X dan Teori Y, McGregor ada perincian dalam bukunya, The Human Side of Enterprise, diterbitkan pada 1960. Teori X agak pemisif berbanding Teori Y ayang agak optimis.
Teori X
Menurut McGregor,
a. Pekerjaan biasanya tidak diminati dan bakal ditinggalkan jika diberi pilihan.
b. Kebanyakan pekerja kurang mempunyai impian, kurang semangat tanggungjawab dan lebih selesa menerima arahan.
c. Kebanyakan pekerja kurang keupayaan melyelesaikan masalah dengan kreatif.
d. Motivasi pekerja banyak disebabkan oleh keperluan asas (baca: teori keperluan Maslow)
e. Kebanyakan pekerja bersifat penting diri dan susah menerima perubahan.
Secara asas, teori X menganggap sumber utama motivasi pekerja ialah kewangan dan jaminan kedudukan sebagai sumber kedua.
McGregor juga mengkritik Teori Keperlua Maslow. Baginya, selepas dipenuhi, keperluan asas bukan lag sumber motivasi bekerja. Majikan menggunakan sistem gaji dan manfaat untuk mengikat pekerja. Jika sudah mecukupi, ia bukan lai punca motivasi untuk kekal. Pengurus yang menggunakan Teori X biasanya mengelak keperluan peringkat atasan Maslow ( kepuasan dan estim diri) kerana nampak seolah-olah tiada kaitan dengan kerja.
Pengurus yang menggunakan Teori X lebih bersifat pengurusan-mikro. Mahu mengurus sekecil-kecil perkara, dan bersifat komunikasi atas-bawah.
Pada zaman awal revolusi industri, banyak sektor perkilangan menggunakan kaedah ini. Zaman sekarang, kaedah ini lebih terhad kepada sektor keselamatan.
Teori Y
Teori Y pula, bagi McGregor
a. Bekerja boleh menjadi menyeronokkan.
b. Pekerja mencari arah sendiri untuk mencapai objektif organisasi
c. Pekerja memberi komitmen kepada hasil jika habuannya mencapai kepuasan diri.
d. Keupayaan kreatif setiap individu merentasi organisasi.
e. Ramai pekerja boleh bertanggungjawab kerana mereka diterima dalam kumpulan kerja. Dalam kes ini, mereka yang mencari tanggungjawab itu.
Jika teori Y boleh diguna, organisasi boleh mengikut teori ini dengan cara:
a. Pengagihan tugas: pengurus akan mempunyai beberapa pembantu pengurus mengikut bidang tugas masing-masing.
b. Perluasan bidang tugas: skop kerja pekerja akan pelbagai.
c. Libaturus pengurusan: pekerja terlibat dalam rancangan pengurusan.
d. Penghargaan: pekerja berpeluang mendapat penghargaan
Teori Y, kerap diguna oleh pengurus yang melihat dalam bentuk ‘gambar besar’ (big picture) dan menyokong perkembangan kerjaya pekerja.
Perbezaan Teori X dan Teori Y
1. Teori X menfokuskan pekerja sebagai malas dan tiada motivasi berbanding teori Y.
2. Teori X menggunakan kaedan pengurusan mikro (urus sekecil-kecil isu) berbanding Teori Y yang menfokuskan hasil
3. Teori X menghasilkan pekerja yang ‘asal siap’ berbanding Teori Y yang memberi peluang pekerja buat lebih dari yang diminta.
4. Teori X sesuai untuk sektor keselamatan manakala Teori Y sesuai untuk industri kreatif.
Bagaimana nak gunakan Teori X dan Teori Y?
1. Lihat jenis dan struktur organisasi kita.
2. Ubahsuai jenis pengurusan mengikut kesesuaian (sama ada Teori X atau Teori Y lebih sesuai)
3. Sediakan latihan dan pembangunan kepada pengurus
Kritikan terhadap teori McGregor
1. Kritikan akademik
a) Teori McGregor terlalu memudahkan motivasi manusia. Ia tidak ambilkira keperluan dan tabiat manusia
b) Pandangan 2 sisi. Pandangan 2 sisi macam syiling agak terhad untuk kenalpasti kaedah pengurusan.
c) Budaya berat sebelah. Teori McGregor agak berat sebelah dan bergantung kepada budaya barat, dan mungkin hadkan keupayaan budaya lain.
2. Kritikan budaya moden
a) Dalam masa sekarang, teori McGregor terlihat macam tidak sesuai.
b) William Ouchi, pensyarah keturunan Amerika-Jepun mencadangkan Teori Z. Teori ini, menggabungkan budaya pengurusan barat dan timur. Teori ini, mencadangkan keseimbangan kerja-hidup dan disiplin.
Perkembangan Teori motivasi McGregor
Pada masa depan, teori motivasi dan pengurusan akan berkembang, dan berinteraksi antara teori-teori yang ada.
Menggabungkan Teori McGregor dengan kaedah terkini seperti kaedah pengurusan Agile, boleh menjana kerangka yang lebih komprehensif. Gabungan ini membenarkan pengurus untuk mengurus kekuatan teori-teori yang ada dan mengawal kekurangan yang timbul.
Pautan
Sumber:
1. Reading: McGregor’s Theory X and Theory Y. https://courses.lumenlearning.com/wmintrobusiness/chapter/reading-douglas-mcgregors-theory-x-and-theory-y-2/
2. Sean McPheat, 14 August 2009. https://www.mtdtraining.com/blog/mcgregor-theory-x-theory-y.htm
3. Jonathan Hancock. https://www.mindtools.com/adi3nc1/theory-x-and-theory-y/
4. https://theenterpriseworld.com/mcgregors-theory-of-motivation/
No comments:
Post a Comment