Wednesday, October 7, 2026

Simpanan emas

 Ingat tak dulu, saya pernah cerita pasal emas dan perak? Saya tak suka pakai barang kemas sebenarnya, tapi suka simpan emas. Setakat ni, ada koleksi jongkong emas (goldbar), syiling emas (gold coin), dirham dan biasa lah, cincin.


Tahun 2014 -2018 dulu, saya suka beli brand BC Gold. tapi, brand ni dah tak ada. lama juga saya cari brand lain. ada la beli campur campur brand tapi bukan ahli. tapi sejak 2024, saya jadi ahli dan buka akaun smartsaver Meem Gold. lama juga menyepi, tahun ni baru saya aktif balik


sejak sejak harga emas tinggi ni, saya rasa ramai macam saya.nak beli besar terus, duit tak berapa ada. 5g emas tu,sebulan gaji kot.

jadi, ada pilihan beli saiz yang lagi kecik. 1g, 0.5g dan 0.25g. alternatif lain, buka akaun gold smart saver. cukup RM50 je sebagai permulaan. jumlah emas, belum 1g lagi. ha... nanti dah cukup 1 gram, kita boleh withdraw dan ambil. sama ada walk in ke kedai atau pos.

 kawan kawan yang nak survey dulu atau nak mula menyimpan, boleh jenguk ya

https://meem.com.my/introducer/MEEM18361




Pautan

rantai

emas dan perak