Sunday, October 11, 2026

SERANGAN DENIAL OF SERVICE


Serangan Denial Of Service (atau serangan DOS) ialah satu serangan siber yang mana penyerang cuba buat sumber jaringan atau peranti tidak dapat beroperasi. Denial Of Service biasanya terjadi bila sasaran peranti penuh dengan cubaan permintaan untuk gunakan sistem atau perisian.

 

Pasukan Siapsiaga Kecemasan komputer Amerika (US-CERT) sudah kenalpasti tanda serangan denial-of-service:

l Jaringan internet perlahan luarbiasa (lambat nak akses internet)

l Sesetengah laman web tidak dapat diakses

 

Sejarah serangan

 

 6 September 1996 -  Panix, penyedia internet ketiag tertua di dunia mengalami serangan Denial Of Service. Serangan membuatkan perkhidmatan tergendala selama beberapa hari.

Febuari 2021, Ukraine mendapat serangam yang sangat besar, menutup aplikasi kerajaan dan kewangan, Penganalisa kewangan dari UK melihat keadaan ini sebagai serangan dari musuh Ukraine untuk melumpuhkan aktiviti pihak lawan.

Febuari 2023, Cloudfare berdepan dengan seranganpermintaan dalam talian sebanyak 71 juta sesaat, serangan terbesar mereka hadapi.

 

Teknik serangan

1. Menggunakan perisian khas

2. Serangan berlapis - menghantar soalan/permintaan demi soalan/permintaan ke servery hingga memory atau jaringan sesak

3. Serangan serentak - beberapa pengguna menyerang dengan soalan/permintaan serentak

4. Denial-of-service telefon - serangan melalui telefon bertali arus (tanpa henti). jika ada urusan mustahak, mangsa tidak dapat dihubungi kerana talian mangsa terlalu banyak mendapat panggilan masuk dan dilabel di luar kawasan, talian sibuk atau tak dapat dihubungi.

 

 

Industri yang kerap alami serangan Denial of Service

1. Permainan dan judi dalam talian

2. Penyedia perkhidmatan dalam talian

3. Perkhidmatan perkomputeran awan (cloud computing)

4. Jabatan kerajaan

5. Perkhidmatan kewangan

 

 

 

Pautan

Jenayah siber

undang-undang jenayah siber

penggodam

 

 

Rujukan

 

1. Wiki

2. Denial of Service. https://www.cloudflare.com/learning/ddos/glossary/denial-of-service/

3. What is DDOS? https://www.cisco.com/site/us/en/learn/topics/security/what-is-a-ddos-attack.html

 

 

No comments:

Post a Comment