Perbezaan utama antara emas pelaburan dan emas perhiasan melibatkan ketulenan, kos tambahan, susut nilai, dan pengiraan zakat
Ketulenan: emas pelaburan gred 999 (99.9% emas) berbanding emas perhiasan. Emas perhiasan ada gred 999, 916, 750, 570 dan lain lain.
Bentuk: emas pelaburan ada dalam bentuk syiling dan jongkong (goldbar) dan emas perhiasan dalam bentuk rantai, gelang, cincin,dan subang
Upah: kos upah syiling dan goldbar relatif rendah. Cuma semakin kecil saiz goldbar, kos tinggi sedikit. Emas perhiasan boeh jadi kos upah tinggi mengikut jenis bentuk
Susut nilai. Susutnilai emas pelaburan di syarikat goldbar atau bank, ialah purata 7% - 10%. untuk emas perhiasan, susut nilai 25% - 40%.
Kenapa goldbar dipanggil emas pelaburan dan simpanan?
= kerana goldbar dibentuk sebagai instrumen simpanan dan pelaburan, tidak sebagai hiasan
Kenapa emas dalam bentuk rantai, gelang,cincin dan subang dipanggil emas perhiasan?
=kerana ia diguna sebagai perhiasan wanita. Dipanggil juga barang kemas.
Jom tengok jenis emas pelaburan/simpanan
1. Syiling emas (berat pelbagai)
2. Dinar (emas bentuk syiling, berat 4.25g)
3. Goldbar (berat pelbagai)
Emas perhiasan pula
1. Rantai
2. Cincin
3. Gelang
4. Subang
Gred emas yang kita kenal,
Gred emas %
999 (24karat) 99.9
950 (23karat) 95.0
916 (22karat) 91.6
835 (20karat) 83.5
750 (18karat) 75.0
585 (14karat) 58.5
375 (9karat) 37.5
Pautan
Rujukan