Pemimpin perubahan memberi inspirasi perubahan positif kepada pengikutnya. Pemimpin ini selalu bertenaga, bersemangat dan sukakan kejayaan setiap ahli kumpulan atau pengikutnya. Mereka sangat suka terlibat dalam proses kejayaan setiap orang. Mereka membina kepercayaan dan semangat, membantu pengikut capai lebih dari jangkaan dan berubah bersama-sama.
Pada tahun 1973, Downton guna istilah pemimpin perubahan dalam kajiannya. James MacGregor Burns pula bawa idea ini ke media perdana pada tahun 1978
Menurut James MacGregor Burns, pemimpin perubahan wujud bila pemimpin dan pengikut bekerja sama untuk menaikkan motivasi dan moral. Bernard M. Bass pula berpendapat pemimpin perubahan memberi kesan kepada pengikutnya; biasanya kepercayaan, hormat dan meminati pemimpin ini.
Pemimpin perubahan mengawal keadaan dengan cara meletakkan sasaran jelas. Mereka letakkan semangat kerja dan mampu buat ahli kumpulan rasa bertenaga dan berupaya.
Bass mencadangkan empat komponen utama pemimpin perubahan
Stimulasi intelek - pemimpin ini bukan saja mencabar status quo tetapi menggalakkan kreativiti. Merekamemberi inspirasi kepada pengikut untuk meneroka kaedah baru dan peluang belajar.
Pertimbangan peribadi - pemimpin perubahan menyokong dan meggalakkan setiap individu. Mereka kekalkan komunikasi terbuka, benarkan pengikut berkongsi idea secara bebas dan menerima penghargaan untuk setiap penglibatan
Inspirasi motivasi - pemimpin ini jelas dengan matlamat mereka, membantu pengikut berkongsi motivasi untuk mencapai tujuan masing-masing.
Pengaruh ideal - sebagai model panduan, pemimpin perubahan menerima kepercayaan dan hormat dari pengikut.
Menurut laman web SimplyPsychology, pemimpin perubahan
ü Model kepimpinan yang bersandarkan sokongan kumpulan untuk mencapai kejayaan umum. Moral dan keyakinan diri membantu kumpulan untuk mencapai sasaran yang sama.
ü Tujuan awal semasa tugasan mahu dimulakan. Pemimpin perubahan boleh menukar pasukan yang bergelut masak kepada pasukan yang produktif dan berdaya saing.
ü Bermula dengan individu. Pemimpin sendiri perlu kenalpasti kekuatan dan cabaran ahli, kemudian kenalpasti sasaran dan bimbing pasukan ke arah sasaran tersebut.
ü Satu unit, bukan berasingan. Praktikalnya, pemimpin perubahan memberi semangat kepada ahli pasukan untuk bekerja bersama sebagai satu unit berbanding dengan kerja berasingan
Ciri - ciri pemimpin perubahan
· Menggalakkan komunikasi dan penglibatan
· Mahir dan aktif mendengar
· Mudah diterima dan tulen (tidak dibuat buat)
· Menunjukkan kreativiti dan pintar emosi
· Terbuka dan memberi inspirasi
· Cergas menyelesaikan masalah
· Menawarkan sokongan
· Mengambil tanggungjawab
· Berani ambil risiko
Kelebihan pemimpin perubahan
1. Perkembangan kumpulan lebih baik
2. Kesejahteraan kumpulan lebih baik
3. Ahli kumpulan atau pengikut berasa bersemangat dan terinspirasi
Contoh pemimpin perubahan: Barack Obama, Oprah Winfrey, Nelson Mandela, Steve Jobs.
Pautan
Rujukan
1. Kendra Cherry, 11 Julai 2026. How Transformational Leadership Can Inspire Others. https://www.verywellmind.com/what-is-transformational-leadership-2795313
2. Chioma Ugochukwu, 27 Ogos 2026. Transformational leadership Style. https://www.simplypsychology.org/what-is-transformational-leadership.html