Kontrovesi juga tajuk. Penggodam, biasa kita faham orang yang agak jahat sebab pecah masuk peranti/komputer orang tanpa izin. Tapi mereka pun ada etika sendiri. Penggodam beretika juga dipanggil penggodam topi putih (white hat hacker). menurut laman web CISCO, penggodam beretika ini ialah tenaga mahir yang dibenarkan menceroboh satu-satu sistem untuk mencari kelemahan, untuk dibaiki
Etika penggodam boleh dimaksudkan dengan gaya hidup dan prinsip yang dikongsi bersama di kalangan penggodam. Menurut Richard Stailman, etika penggodam merujuk kepada perasaan betul dan salah yang komuniti berkenaan ada - dan pengetahuan yang dikongsi supaya ramai orang dapat manfaat.
Etika penggodam ditulis kali pertama oleh Steven Levy dalam bukunya Hackers: Heroes of the Computer Revolution. Beliau mengunakan perkataan godam untuk menerangkan usikan di makmal komputer
Antara yang beliau gariskan:
1. Akses komputer -apa yang mengajar anda apa yang berjaya - sepatutnya tidak terbatas.
2. Semua maklumat sepatutnya bebas
3. Kurang percaya autoriti - mempromosi pengasingan
4. Penggodam sepatutnya dinilai sebab perbuatan. Bukan kriteria bogus seperti ijazah, umur, bangsa atau kedudukan
5. Penggodam boleh membuat seni melalui komputer
6. Komputer boleh ubah hidup kita untuk jadi lagi baik
7. Jangan buang data orang lain
8. Biarkan data umum dapat dicapai dan lindungi data peribadi
Menurut Paschal Ogana, peranan penggodam beretika ialah
1. Ujian tembusan - penggodam cuba membuat serangan ke peranti untuk cari kelemahan keselamatan peranti
2. Ujian pepijat - mencari kelemahan untuk dapat ganjaran, supaya isu keselamatan dapat dibaiki
3. Kajian keselamatan siber - mengjaki ancaman untuk pastikan ekosistem digital lebih selamat.
Kumpulan yang kerap kita tengok ialah ‘kawasan kelabu’. mereka terdedah kepada isu keselamatan, tetapi mereka tiada niat jahat. Contohnya, penggodam dalam kawasan kelabu ni, jumpa kelemahan laman web jabatan kerajaan. Mereka hebahkan kepada orang awam dan tidak terus kepada pihak berkuasa. Niat mereka cuma amaran. Tapi isu etika, ada - keselamatan siber.
Kenapa etika penggodam ni penting? Dalam dunia digital, kepercayaan nombor 1. Tanpa panduan etika, godaman boleh jadi kekacauan - keselamatan sistem dan maklumat.
Membina budaya penggodam profesional
1. Galakkan ketelusan danntanggungjawab
2. Pendidikan godaman- didik pelajar keselamatan siber, bukan sekadar kemahiran teknikal, tapi juga etika dan tanggungjawab
3. Sokongan kerjaya beretika -sediakan laluan sah untuk penggodam menggunakan kemahiran mereka, mengurangkan peluang dari cara yang salah
4. Kuatkan kerjasama global - disebabkan jenayah siber tidak kenal sempadan, etika godaman perlu tiada sempadan juga.
Pautan
Undang undang keselamatan siber
Rujukan
1. Hacker Ethics. https://www.ccc.de/en/hackerethics
2. Wiki
3. Paschal Ogana·Aug 31, 2025. The Ethics of Hacking: Good Hackers vs. Bad Hackers. https://medium.com/@Ogana-Paschal/the-ethics-of-hacking-good-hackers-vs-bad-hackers-e559a3e5595d
4. CISCO, What is Hacker? https://www.cisco.com/site/us/en/learn/topics/security/what-is-a-hacker.html
5. Beth Robinson, 8 Mei 2025. What is Hacker? https://www.huntress.com/cybersecurity-101/topic/hackers-defined