Teori Self Determination (teori penentuan diri) dicadangkan oleh Richard Ryan dan Edward Deci ( University of Rochester) pada tahun 1985. Teori ini mengambil jalan yang agak berlainan dengan teori motivasi yang ada pada masa itu. Teori self determination dicadangkan bersama beberapa subteori yang dikembangkan oleh Ryan dan Deci.
Teori ini menerangkan punca yang menghalang motivasi kita, sama ada dari motivasi dalaman atau punca luaran. Asasnya, teori cadangan Ryan dan Deci ini menekankan keperluan autonomi, kompetensi dan hubungkait.
Autonomi:
perasaan kita memilih kebiasaan melawan perasaan dikawal oleh orang lain.
Kita perlu mengawal tindakan dan sasaran sendiri, dalam kawalan sendiri.
Autonomi memberi kesan dalam perubahan diri dan membantu kita ada perasaan memunyai peranan dalam hidup sendiri.
Kompetensi:
perasaan bahawa kita dapat buat sesuatu dengan berkesan dan bagus.
Kita perlu belajar dan mahir beberapa kemahiran untuk mencapai sasaran sendiri.
Hubungkait:
perasaan bahawa kita ada hubungkait dan berasa sebahagian dari komuniti.
Terdapat 2 jangkaan penting dalam teori ini
1. Tabiat untuk berkembang. Kita secara aktif menyasarkan perkembangan, dapat mencabar diri dan pengalaman baru.
2. Pentingnya motivasi autonomi. Biasanya kita termotivasi secara luaran seperti gaji dan pangkat. Tapi teori ini berfokus kepada motivasi dalaman seperti rasa ingin tahu dan ingin bebas.
Punca lain yang membantu elemen autonomi, kompetensi dan hubungkait ialah
1. Motivasi luaran. Deci menyatakan habuan luaran boleh menenggelamkan kuasa autonomi. Ia dipanggil kesan overjustification. Hal ini disebabkan keputusan kita dipengaruhi faktor luaran.
2. Maklumbalas postif. Deci mencadangkan, maklumbalas positif secara spontan boleh membantu motivasi dalaman. Kesannya, rasa yakin diri boleh meningkat
Teori Self Determination, mempunyai 6 teori mini, yang dikembangkan kemudian:
1. Teori Evaluasi Kognitif: perincian kesan konteks sosial dan faktor seperti penghargaan, kawalan interpersonal dan ego dalam motivasi dalaman
2. Teori Integrasi Organisma: perincian pelbagai bentuk motivasi luaran.
3. Teori Orientasi Kasual : perincian kepelbagaian individu terhadap persekitaran dan regulasi tabiat
4. Teori Keperluan Psikologi adas
5. Teori Sasaran Bahan : perkembangan kaitan sasaran dalaman dan luaran serta kesannya
6. Teori Motivasi kaitan
Dalam dunia pendidikan, beberapa kajian dibuat menggunakan teori self determination ini. Chantal Levesque Bristol, pensyarah Purdue Universitu menguji ke atas pelajar kolejnya. Tahun 2011, beliau buat ujian ini, dan 580 kursus di Purdue University disusun semula. Hasilnya, kadar pelajar gagal menurun. Antara yang boleh dibuat
1. Sediakan maklumbalas positif ketika pelajar buat dengan baik.
2. Elakkan anugerah luaran yang berlebihan.
3. Berikan autonomi, seperti biarkan pelajar memilih cara nak siapkan tugasan.
4. Tawarkan sumber untuk bantu pelajar berjaya siapkan tugasan.
Dalam dunia kerjaya, jika kita berpuas hati dengan tugas, kita akan bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan bersemangat. Nak naikkan semangat ahli pasukan?
1. Benarkan ahli membuat keputusan dalam sesetengah perkara
2. Hadkan penggunaan anugerah luaran seperti bonus
3. Lebihkan kata semangat dan pujian
4. Berikan maklumbalas yang membantu ahli pasukan
Dalam kes pertandingan, teori ini boleh memberi motivasi kepada peserta, sekurang-kurangnya menguatkan ketahanan mental. Kajian sokongan juga mendapati teori ini membantu dalam proses diet dan senaman.
Dalam perhubungan sosial pula, jika ahli kumpulan berasa disokong, mereka akan membina identiti sosial yang baik dalam kumpulan. Dengan kata lain, kebersamaan menyokong penentuan diri dan menaikkan peluang orang menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini
1. Cari hubungan positif yang menyokong sasaran anda.
2. Tawarkan sokongan dan maklumbalas kepada ahli kumpulan anda.
3. Jadi pendengar yang baik.
4. Sahkan perasaan orang lain dan tunjuk sokongan kepada mereka.
Ciri-ciri orang yang ada penentuan diri
1. Mereka percaya, mereka boleh mengawal keadaan.
2. Mereka bermotivasi tinggi
3. Tindakan mereka, mengikut sasaran yang mereka ada.
4. Mereka bertanggungjawab atas tindakan mereka.
Cara nak tingkatkan penentuan diri
1. Baiki celik diri.
2. Mahir dalam regulasi diri dan aktiviti kendiri
3. Cari sokongan teman dan keluarga.
4. Cari dan kukuhkan kemahiran diri.
Pautan:
Motivasi , Teori McGregor, Teori Herzberg, Teori McClelland dan Maslow, Teori Motivasi, Teori Vroom
Sumber:
Kirsten Weir, 2 Mac 2025. Self-determination theory: A quarter century of human motivation research. https://www.apa.org/research-practice/conduct-research/self-determination-theory.html
Kendra Cherry, 29 October 2025. How Self Determination Theory Explains Motivation. https://www.verywellmind.com/what-is-self-determination-theory-2795387
Courtney E. Ackerman, 21 Jun 2018. Self Determination Theory and How it Explains Motivation. https://positivepsychology.com/self-determination-theory/
https://www.ukcoaching.org/ukc-club/resources/self-determination-theory/