Thursday, April 16, 2026

Teori Motivasi

 Teori Motivasi

 

Konsep motivasi kerap kita guna tapi kita tak fahami ia sepenuhnya. Sebenarnya ada teori psikologi yang cuba menerangkan apa terjadi dalam otak ketika kita berasa bersemangat untuk keinginan kita. Dengan memahami psikologi motivasi, kita dapat mengubah tabiat dan kekal fokus untuk hasil yang baik.

 Teori motivasi ialah teori yang melibatkan motivasi. Ia berfokus kepada apa yang memberi semangat kepada seseorang untuk mencapai keinginan. Teori-teori ini datang dari disiplin kemanusiaan seperti psikologi dan sains sosial.

 

Kebanyakan teori motivasi akan berfokus kepada dua faktor: luaran dan dalaman.

 

Luaran: seseorang yang mencari motiasi luar dari dirinya. Seperti bonus, untuk terus bekerja.

Dalaman: seseorang yang mencari motivasi untuk kepuasan dalaman. Contohnya keyakinan dan kebanggaan diri.

 

Kepentingan motivasi

 

Di tempat kerja, motivasi penting untuk mengurangkan burn out. Kekangan keadaan seperti tidak dihargai, tiada matlamat jelas dan peluang perkembangan diri menjadi punca sesetengah pekerja memilih untuk berundur.

Menurut American Psychological Association (APA), motivasi ialah keadaan yang memberi tujuan kepada tindakan kita

 

 

Dalam artikel ni, saya senaraikan dan ceritakan secara ringkas 8 (lapan) teori motivasi. Nak beritahu juga, motivasi ni, adalah alat, bukan penyelesaian. Dengan teori motivasi yang saintifik, mungkin membantu kita memenuhi keperluan setiap orang dan boleh bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai matlamat.

 

 

TEORI 1: TEORI SELF DETERMINATION

 

Penulis buku Intrinsic Motivation and Self Determination in Human Behavior , Richard Ryan mencadangkan teori ini. Beliau nyatakan, individu pilih tabiat berdasarkan hasil luaran yang mereka dapat dari persekitaran.

Self determination ialah batu aras motivasi dalaman, yang kita dapat dari dalam apabila tindakan membantu penuhi sasaran peribadi.

 

Tapi, keadaan motivasi ni takkan terjadi jika tidak ada 3 (tiga) faktor ini:

1. Autonomi - keupayaan mengawal tindakan dan tabiat

2. Kompetensi -keupayaan membuat kerja atau tindakan

3. Kaitan - mempunyai kaitan atau hubungan dengan orang( atau entiti) lain

 

Jika kita mahu ahli kumpulan kita berkembang menggunakan teori self-determination ni, kita perlu beri ahli pasukan keanjalan (fleksibiliti) yang sesuai. Contohnya di mana nak buat kerja pada hari tertentu. Juga ideal untuk tawarkan peluang kembangkan diri secara profesional dan masa untuk eratkan silaturrahim.

 

Baca: teori self determination  

 

TEORI 2: TEORI MASLOW

 

Teori yang dipopularkan oleh Abraham Maslow. Teori ni, berdasarkan teori keperluan. Asas utama macam piramid,

1. Keperluan fisiologi - paling asas, untuk terus hidup

2. Keperluan keselamatan

3. Keperluan emosi

4. Keperluan estim diri

5. Keperluan aktualisasi diri

 

Teori ini mengikut keperluan orang, untuk terus hidup hingga ke kepuasan peribadi. Di tempat kerja, semua peringkat keperluan ini membantu ketua memahami keperluan anak buah untuk mencapai matlamat masing-masing.

 

Untuk gunapakai teori ini dalam tempat kerja, ada beberapa soalan perlu ditanya. Adakah ahli pasukan rasa selamat di tempat kerja? Adakah mereka risau jamina kerja? Atau mereka sudah ada jaringan yang baik dengan rakan sekerja?

 

Baca : Teori Keperluan Maslow 

 

TEORI 3 : TEORI HERZBERG

Juga dipanggil teori ganda dua, teori dari Frederick Herzberg ini berpaksi 2 benda : motivasi dan kemurnian.

Kemurnian- ‘asas’ untuk keadaan bekerja, bersara dang mengurus.

Motivasi -punca tambahan seperti peluang kerjaya berkembang dan insentif.

Teori ini mencadangkan ketiadaan punca kemurnian dalam suasana kerja menghasilkan isu seperti kepuasan bekerja dan kehadiran motivasi boleh baiki keadaan tersebut. Dan, ahli motivasi hanya boleh berjaya jika punca kemurnian tempat kerja itu cukup baik.

 

Sama macam teori Maslow, teori dua-punca Herzberg ingatkan kita untuk gunakan teori peringkay di tempat kerja dan pastikan kemurnian bekerja dipenuhi untuk semua ahli pasukan.

 

Baca: Teori Herzberg  

 

TEORI 4 : TEORI McCLELLAND

Teori McClelland pula cadangkan 3 motivasi

1. Pencapaian

2. Afiliasi

3. Kuasa

 

Ketiga -tiga jenis ni bergantung kepada yang mana lebih dominan dalam hidup kita.  Kepada pengurus, mengetahui secara dekat ahli pasukan kita akan membantu kita kenalpasti yang mana satu keperluan mereka.

 

Baca: Teori Keperluan 

 

TEORI 5: TEORI VROOM

Teori vroom mencadangkan keputusan yang dibuat individu bergantung kepada apa yang mereka harapkan. Contohnya, orang yang tidak suka kecewa tidak akan mengambil risiko tinggi dan mengambil jalan atau kerja yang agak senang dibuat.

 

Kajian Vroom mengiktiraf nilai dan tahap setiap orang - motivasi ke arah menghasilkan sesuatu. Beliau mencadangkan

a. Instrmentaliti - percaya hasil dari menyiapkan tindakan bersama dengan usaha

b. Tanggapan / harapan - percaya hasil akan jadi lebih baik jika usaha lebih

c. Penyatu (valens) - emosi yang berkaitan dengan hasil

 

Teori ini mencadangkan kita mencari motivasi yang lebih bila kita dapat mengagak dan mempengaruhi hasi dari tindakan kita.

Baca: teori tanggapan Vroom 

TEORI 6: TEORI McGREGOR

Teori McGregor berfokus kepada pengurusan tindakan dan bagaimana ia memberi kesan kepada ahli pasukan. Ia mencadangkan 2 gaya pemimpin: autokratik dan partisipatif. Ada 2 teori yang terlibat, X dan Y.

 

Teori X - pengurus yang percaya ahli pasukan tidak suka keraj mereka dan mengelak dari tanggungjawab ada kemungkinan mempunyai pengurusan autokratik/

Teori Y - pengurus yang percaya ahli paukannya berbangga dengan kerja mereka dan sanggup memberi lebih tanpa pantauan lebih cenderung mengadi pemimpin partisipatif.

 

Baca;: tepori Mcgregor 

 

TEORI 7 : TEORI ALDERFER

 

Teori Alderfer menggunakan asas teori Maslow. Bezanya, Alderfer mencadangkan individu boleh ‘berpatah balik’ jika mereka kecewa untuk mendaki ke puncak hierarki keperluan.

 

Baca: Teori Alderfer 

 

TEORI 8: TEORI SKINNER

Teori yang diasaskan oleh B. F Skinner menggunakan konsep prinip operan, tabiat seseorang berdasarkan kesan yang bakal dihadapi.

Jika tabiat akan menghasilkan hasil positif atau mengelakkan hasil negatif, kita akan suka lakukan berulang kali.

 

Baca: prinsip operan , teori skinner 

 pautan: motivasi  , estim diri

Sumber:

https://www.betterup.com/blog/motivational-theories

October 20, 2025. The psychology of motivation: what drives us to succeed? https://lpsonline.sas.upenn.edu/features/psychology-motivation-what-drives-us-succeed

 

 

No comments:

Post a Comment