Apa itu pembelajaran
operan (operant conditioning)?
Pembelajaran operan juga dikenali dengan pembelajaran
insrtrumen atau pembelajaran Skinnerian. Ia satu kaedah yang menggunakan kaedah
hadiah dan denda untuk membaiki tabiat. Melalui kaedah operan, tabiat yang menghasilkan
hadiah atau ganjaran akan berulang dan tabiat yang dikenakan denda akan kurang
berulang.
Contohnya, apabila kita diberi ganjaran di tempat kerja seperti
bonus. Kita akan buat lebih baik dan berulang.
Bagaimana pembelajaran
operan berfungsi?
Pembelajaran Operan dicadangkan oleh ahli psikologi B.F Skinner
berasaskan dua jangkaan. Pertama, Tindakan manusia berdasarkan keadaan
sekeliling. Kedua, kesan dari tabiat akan menentukan ia akan berulang atau
tidak.
Teori Skinner, dipengaruhi oleh Edward Lee Thorndike, 1905
yang dipanggil ‘Law of Effect’ atau hukum kesan. Individu lain yang mempengaruhi
Skinner ialah John B. Watson, untuk mengawal tingkah laku individu. Asalnya,
Skinner ingin mengetahui bagaimana Tindakan individu mempengaruhi akibat Tindakan
tersebut.
Melalui kajiannya, Skinner senaraikan tiga keadaan
·
Respon biasa. tindakbalas dari keadaan
yang tiada perangsang. Kebarangkalian untuk berulang tidak meningkat atau
menurun.
·
Peneguhan. Tindakbalas yang meningkatkan
menungkinan untuk berlaku lebih kerap. Sama ada positif atau negative.
·
Dendaan. Operan negative yang akan
mengurangkan kemungkinan untuk berulang
Peneguhan atau dendaan boleh jadi positif ata negative. Jom lihat
·
Peneguhan positif. Untuk menggalakkan tabiat,
sesuatu akan diberi. Contohnya, gaji akan diberi jika kita pergi bekerja.
·
Peneguhan negative. Untuk menggalakkan sesuati
tabiat, sesuatu akan diambil, contohnya, jam loceng akan berhenti berbunyi jika
kita terus bangun dari katil.
·
Dendaan positif. Untuk mengurangkan sesuatu
tabiat, sesuatu ditambah. Contohnya jika tidak siapkan kerja rumah, kerja akan
ditambah sebagai denda.
·
Dendaan negative. Untuk mengurangkan sesuatu tabiat,
sesuatu akan diambil. contohnya pelajar tidak dibenarkan main jika tidak menyiapkan
kerja sekolah
Jenis Tindakan operan
Tindakan responden. tindakan yang di luar kawalan. Ujian
yang Skinner lakukan kepada seekor anjing. Ketika mendengar loceng, anjing
mengeluarkan air liur. ia terjadi tanpa kawalan.
Tindakan operan. Ini ialah Tindakan terkawal, yang dilakukan
sukarela. Biasanya kerana kita tahu apa akan terjadi jika dibuat atau tidak
dibuat
Sumber:
Matt McMillen, WebMD Editorial Contributor.
December 27, 2023. Operant
Conditioning: What It Is and How It Works.
No comments:
Post a Comment