KEPINTARAN PELBAGAI
Kepintaran pelbagai bermakna kepintaran dan kepandaian dalam pelbagai
bentuk. Ia bukanlah seseorang yang pandai pelbagai benda. Tapi jenis-jenis
kepandaian. Salah satu dari kepandaian ini, akan ada pada kita.
Pelopor teori psikologi kepintaran pelbagai ini ialah Howard Gardner, ahli psikologi Universiti
Harvard. Gardner perincikan kepintaran kepada 8 bahagian iaitu
1.
Visual
spatial
2.
Bahasa-perbualan
3.
Logik-matematik
4.
Badan-
kinestetik
5.
Musik
6.
Perorangan
(interpersonal)
7.
Dalaman
(intrapersonal)
8.
Semulajadi
(naturalist)
Teori tradisional psikometrik asalnya, agak terhad. Gardner mencabar teori
tradisional ini dan mencadangkan kita semua tidak dilahirkan dengan semua
kepandaian yang sama. Gardner mula membuat pemerhatian pada hunung 1970an
berkenaan kepintaran manusia. Pada tahun 1983, Gardner menerbitkan buku bertajuk Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences. Beliau
cadangkan semua orang mempunyai kepandaian yang tertentu.
Lapan kepandaian yang disenaraikan, dan ditambah dengan
kepintaran kewujudan manusia. Gardner juga menambah, walaupun keupayaan intelek
rendah, seseorang masih boleh mempunyai kepandaian terpilih.
Pada tahun 2000, Gardner menyimpulkan potensi biopsikologi untuk memproses
maklumat boleh mengaktifkan set budaya untuk menyelesaikan masalah atau
mencipta produk yang sesuai dengan budaya.
Pada tahun 2011, Gardner mencadangkan beberapa lagi kepintaran iaitu
kepintaran moral dan kepintaran rohani.
Kepintaran visual
Individu yang bagus dalam menggambarkan benda. Individu begini, sangat baik
dalam membaca dan memanipulasi peta, carta, video dan gambar. Ciri-ciri orang
pandai visual:
·
Membaca
dan menulis untuk kepuasan
·
Bagus
dalam menyusun teka-teki
·
Menterjemah
gambar dan carta dengan baik
·
Gemar
melukis
·
Mengecam
pola dengan mudah
Kepintaran bahasa
Individu yang bagus dalam perkataan, sama ada dalam pembacaan, penulisan
atau perbualan. Mereka sangat bagus jika mendapat maklumat dari bacaan, boleh
menulis cerita dengan baik. Berbual, berbahas dan berpidato dengan sangat baik.
Ciri pintar bahasa:
·
Ingat
maklumat dalam bentuk tulisan atau ayat
·
Sangat
gemar membaca dan menulis
·
Pandai
berbahas atau ucapan memujuk
·
Mampu
menerangkan dengan baik
·
Menggunakan
humor ketika bercerita
Pintar logik-matematik
Individu pintar matematik mudah mengecam pola dan menganalisa masalah.
Mereka cenderung bermain dengan konsep nombor, hubungkait dan pola. Kekuatan
mereka ialah menganalisa masalah dan operasi. Pintar matematik, boleh dikaitkan
teoriperkembangan kognitif Jean Piaget
Ciri-ciri pintar logik-matematik
·
Mahir
penyelesaian masalah
·
Gemar
berfikir idea abstrak
·
Suka
eksperimen
·
Senang
menyelesaikan pengiraan kompleks
Kepintaran kinestetik
Individu pintar kinestetik mahir dalam pergerakan badan dan kawalan
fizikal. Mereka yang pintar kinestetik
mampu mengawal pergerakan tangan dan mata.
Ciri-ciri individu pintar kinestetik:
·
Kawalan
mata dan pergerakan baik
·
Mahir
menari dan bersukan
·
Belajar
dengan cara bertindak, berbanding mendengar atau membaca
Kepintaran bunyi atau kepintaran muzik
Individu pintar bunyi mahir menangkap ritma dan bunyi.
Ciri-ciri mereka:
·
Suka
menyanyi dan bermain alat muzik
·
Mengecam
pola bunyi dan intonasi dengan senang
·
Mengingat
ritma dan lagu
·
Memahami
nota muzik dan susunan lagu
Kepintaran perorangan atau interpersonal
Individu pintar perorangan bagus dalam memahami dan berinteraksi dengan
orang lain. Mereka mahir nengakses emosi, motivasi, keinginan dan perhatian
orang sekeliling.
Ciri-ciri pintar perorangan:
·
Berkemahiran
komunikasi
·
Melihat
situasi dalam perspektif berbeza
·
Mencipta
hubungan baik dengan orang lain
·
Menyelesaikan
konflik dalam set kumpulan.
Kepintaran dalaman atau intrapersonal
Individu pintar dalaman bagus dalam kesedaran diri; perasaan dan motivasi.
Mereka suka refleksi diri dan menganalisa diri. Termasuk berangan-angan,
meneroka hubungan dan menguji kekuatan diri.
Ciri -ciri pintar dalaman:
·
Menganalisa
kekuatan dan kelemahan diri
·
Suka
menganalisa teori dan ilham
·
Baik
dalam kesedaran diri
·
Memahami
asas motivasi dan perasaan diri
Kepintaran alam semulajadi atau naturalist
Kepintaran alam, masih baru dalam senarai Gardner. Menurut beliau, individu
sebegini cenderung sukakan alam semulajadi. Kerapkali individu ini berminat
meneroka alam, menjaga alam dan belajar berkenaan makhluk lain. Orang begini
biasanya cepat sedar akan perubahan sekeliling.
Ciri-ciri pintar alam
·
Berminat
ilmu alam seperti botani, ilmu kajihayat (biologi)
·
Mengelas
maklumat dengan senang
·
Suka
berkebun, meneroka alam
·
Kurang
suka topik baru yang tiada kaitan dengan alam
Kepintaran kewujudan manusia
Kepintaran ini adalah kepintaran ke sembilan, yang ditambah dalam teori
asal Gardner. Beliau menerangkan kepintaran kewujudan manusia sebagai keupayaan
untuk meneroka soalan yang lebih dalam berkenaan kehidupan dan kewujudan.
Individu kategori ini suka soalan yang ‘besar’ berkenaan makna dan tujuan
hidup.
Ciri – ciri pintar kewujudan:
·
Mempunyai
sasaran hidup yang jauh
·
Memikirkan
bagaimana tindakan sekarang mempengaruhi hasil akan datang
·
Berminat
dengan soalah hidup dan mati
·
Minat
dan ambil berat terhadap orang lain
· Keupayaan melihat situasi dari pandangan yang berbeza.
Teori Kepintaran Pelbagai ini, bagaimanapun dicabar oleh beberapa ahli
psikologi lain. Contohnya, Waterhouse menyatakan tiada bukti empirikal yang
menyokong teori ini. Walaupun Gardner bersetuju bahawa teori tradisional lebih
banyak kajian, tetapi beliau terkejut dengan penerimaan dalam dunia pendidikan.
Walaupun beliau menyatakan teori ini, beliau tidak fokuskan kepda adunia
pendidikan asalnya. Menurut Armstrong (2019), pendidik diberi kebebasan untuk
mengguna teori ini dan menguji kepada pelajar dalam kelas. Pencabar lain teori
kepintaran pelbagai ialah Robert J.
Sternberg, Michael Eysenck dan Sandra Scarr.
Walaupun dicabar, teori Gardner disokong oleh Shearer (2020). Shearer mengemukakan
500 ujian pengimejan neuro yang menunjukkan pola aktiviti otak dengan komponen
setiap kepintaran. Shearer merumuskan kepintaran manusia lebih baik dikelaskan
dalam kategori pelbagai berbanding kepintaran tunggal. Kerangka kerja yang
menyokong Teori Kepintaran Pelbagai Gardner ialah Taksonomi Bloom.
Rujukan:
1. Kendra
Cherry. 11 Mac 2023 Gardner's Theory of Multiple Intelligences.
2. Michele Marenus. 2 Febuari
2024.Howard Gardner’s Theory of Multiple Intelligences
3.
Acorn
International School. Multiple intelligences in classroom https://acorninternationalschool.eu/blog/2024/09/19/multiple-intelligences-classroom/
4.
Eve
Hendron. What are multile intelligences and how do they affect learning? https://www.cornerstone.edu/blog-post/what-are-multiple-intelligences-and-how-do-they-affect-learning/
No comments:
Post a Comment