Sunday, March 22, 2026

Internet

Internet (atau internetworking) ialah satu sistem dunia yang menyambungkan jaringan komputer seluruh dunia. Ia menggunakan satu sistem, internet protocol (IP) untuk menghubungkan jaringan dan peranti. Jaringan internet termasuk umum, peribadi, akademik, perniagaan dan kerajaan. Ia bersambung melalui teknologi talian elektronik, tanpa wayar dan optik.

 

Internet membawa sumber maklumat yang banyak, seperti dokumen dan dokumen laman sesawang, mel elektronik, media strim, perkongsian fail dan perhubungan. Asalnya, internet dicipta untuk menhubungkan pengkaji dan saintis di universiti untuk berkongsi maklumat melalui ARPANET.  

 

Kebanyakan media hubungan tradisional seperti telefon, radio, surat khabar dan media cetak sudah dipindah ke intenet. Ini memberi capaian ke media baru seperti mel elektronik, muzik, akhbar dan striming dalam talian. Interet juga memberi satu bentuk interaksi peribadi seperti mesej pantas dan perkhidmatan jaringan sosial. Pembelian atas talian juga berkembang untuk mencapai sasaran pelanggan dengan lebih cepat.

 

Terminologi

 

Istilah internet diguna seawal 1849, cari perkataan internetwork atau interconnected. Secara rasmi, pada 1945 oleh jabatan perang Amerika Syarikat dalam manual operator dan pada tahu 1974 sebagai kata singkatan.

Perkataan internet boleh dianggap kata nama khas dan kerap juga tertukar dengan laman sesawang (world wide web).

Kegunaan

Internet  agak anjal dalam konteks masa dan tempat. Ia boleh dicapai hampir di semua tempat, setiap masa.


Maklumat dan pendidikan

Bahan pendidikan dari semua aras tersedia dalam laman web. Internet memudahkan pembangunan universiti maya dan pendidikan jarak jauh, secara rasmi dan tak rasmi. Internet juga memudahkan pengkaji untuk membuat kajian menggunakan makmal maya dan berhubung dengan saintis lain.

 

Hiburan

Internet menjadi tumpuan hiburan dan mendapat capaian yang tinggi. Dalam bentuk permainan video, sejak 1970 internet bermula dengan Gamespy dan MPlayer. Sekarang, media strim mendapat tempat. Contohnya Netflix. Hiburan lain, seperti perkongsian video yang dimulai Youtube, diikuit instagram dan Tiktok.

 

Perisian

Perisian yang lebih murah dan hampir segera dikongsi menggunakan internet. Perkongsian melalui Google Doc, Google Sheet dan Google Slide memudahkan perkongsian. Juga perisian terus dari pengeluar seperti OpenOffice dan Microsoft.

 

Perniagaan

Perniagaan elektronik membantu proses: perolehan, pengurusan rantaian, pemasaran, jualan, khidmat pelanggan dan perhubungan perniagaan. E-dagang menjadi tumpuan strim untuk membina hubungan dengan pelanggan dan rakaniaga.

 

Iklan atas talian menjadi popular dengan cara enjin carian, media sosial dan pelbagai iklan promosi (pop-up banner dan mudah alih)

 

Perkhidmatan dan perisian

Internet membawa pelbagai perisian dan perkhidmatan termasuk media sosial, mel elektronik, permainan atas talian, perkongsian fail dan pemstriman media.

 

 

Jaringan sesawang = koleksi sedunia dalam bentuk gambar, video dan dokumen

HyperText Transfer Protocol (HTTP) = protokol utama laman sesawang

Perisian laman web = perisian yang menghubung peranti dan laman web

 

 

Bagaimana internet berfungsi?


Peranti cuba mengakses internet melalui kabel atau tanpa wayar (melalui Wi-Fi atau Bluetooth)

Setiap peranti yang bersambung dengan internet akan mendapat satu alamat IP unik yang membolehkan peranti dikesan/diiktiraf.

Bila satu peranti menghantar mesej ke peranti lain, data akan dihantar dalam bentuk paket. Dan setiap paket akan mempunyai nombor port untuk berhubung dengan punca hubung.

Mesej kemudian dihantar melalui router internet.

Router akan memeriksa alamat destinasi dan dihantar.  

 

 

 

Komponen internet

1. Peranti pengguna.

2. Server

3. Internet protocols.

4. Alamat IP. Sama ada IPv4 atau IPv6

5. Routers

6. Sistem Nama Domain (DNS)

7. Enjin carian

8. ISP

9. Platform media sosial

10. Firewall dan sistem keselamatan

 

 pautan

laman web

sejarah internet

keselamatan siber

 

Sumber:

No comments:

Post a Comment