Monday, February 17, 2025

Multimedia

Multimedia

Dari dua gabungan perkataan, multimedia bermaksud banyak media atau bahan untuk menyalurkan maklumat. Gabungan elemen seperti teks, gambar, bunyi, animasi dan video disusun dan dimain secara interaktif atau searah. Multimedia diguna dalam pelbagai bidang seperti hiburan, Pendidikan, rekaan permainan dalam computer, seni digital dan komunikasi.

1.    Teks – asas multimedia, yang menyediakan maklumat

2.    Audio (bunyi) – termasuk muzik, kesan bunyi dan suara latar yang menambahbaik pengalaman pengguna. Pembangunan terkini termasuk audio spatial dan rekaan bunyi termaju.

3.    Gambar  - bahan statik visual seperti ilustrasi dan fotograf. Teknologi terkini termasuk teknologi pengimejan 3 dimensi dan berresolusi tinggi.

4.    Video – imej bergerak yang memberi bahan dinamik. Video berresolusi tinggi dan janaan 360 darjah memberi pengalaman yang menarik penonton.

5.    Animasi – teknik mencipta gerakan dari gambar pegun, kerap diguna dalam filem, televisyen dan permainan video untuk memberi karakter dan cerita nampak ‘hidup’.

Multimedia boleh direkod untuk dimain semula dalam computer, komputer riba, telefon pintar dan peranti lain. Mulanya, ‘rich media’ digunakan bersama dengan media interaktif. Seiring masa, hypermedia dignakan dalam laman web dan perkhidmatan penstriman sebelum menjadi kebiasaan.

Julai 1966 – Bobb Goldsteinn menggunakan istilah multimedia untuk mempromosi karyanya di Long Island, New York. Goldstein sedar sebelumnya, perkataan intermedia digunakan oleh Dick Higgins. intermedia dan multimedia membawa maksud yang sama.

10 Ogos 1966 – Richard Albarino menggunakan perkataan multimedia untuk menggambarkan karyanya

1968 – konsultan politik David Sawyer juga menggunakan istilah multimedia.

Hujung 1970an – terma multimedia merujuk kepada pembentangan yang mempunyai slaid pelbagai-projektor

1987 – persediaan untuk Pameran Kereta Baru Ford di Detroit, menggunakan multimedia.

1993 – karya Tay Vaughan Multimedia :Making It Work menyatakan Multimedia ialah kombinasi teks, grafik, seni, bunyi, animasi dan video yang dijana komputer. Ketika anda membenarkan pengguna – orang yang melihat projek berkenaan – mengawal apa dab bila elemen berkenaan dijana, ia ialah multimedia interaktif.

Dalam kegunaan biasa.multimedia merujuk kepada penggunaan pelbagai media komunikasi termasuk video, gambar kaku, animasi, bunyi dan teks yang boleh diakses secara interaktif. Sekitar 1990an, sesetengah komputer digelar komputer multimedia kerana mereka menggunakan kualiti grafik dan audio yan tinggi seperti Amiga 1000 yang boleh menghasilkan 12-bit warna, output untuk tv dan audio 4-suara. Multimedia pernah disimpan dalam cakera keras, berstoran 700MB, disket (1.44MB) dan kini disimpan dalam USB, simpanan awan (cloud storage) dan SSD yang mempunyai storan yang lebih besar.

Ciri

Persembahan multimedia menggunakan pelbagai jenis multimedia. Jenis media mengikut sasaran penonton dan komunikasi dengan mereka. Video adalah contoh terbaik yang digunakan dalam pendidikan. Contoh lain ialah carta dan graf yang persembahkan data dalam kalangan pengkaji dan saintis.

Simulasi dan permainan multimedia menggunakan elemen fizikal dengan kesan khas, dengan beberapa pengguna dalam permainan video, simulator, realiti maya dan augmented reality.

Pelbagai format dalam multimedia digital dikhususkan untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Seperti kecepatan menyampaikan maklumat.

Aplikasi

Multimedia digan dalam beberapa industri

Industri kreatif

Industri kreatif mengguna multimedia untuk beberapa tujuan, dari seni halis, hiburan, seni komersial dan kewartawanan.

Kegunaan komersial

Kegiatan komersial dan pemasaran banyak menggunakan multimedia interaktif. Syarikat pengiklanan mengguna media sosial, antaramuka dalam talian dan televisyen untuk mempromosi barangan mereka.

Hiburan dan seni halus

Dalam industri hiburan, kesan khas dan animasi banyak diguna terutamanya permainan video dan filem. Dalam seni, terdapat ahli seni yang gabungkan teknik beberapa media untuk menarik perhatian penonton. Contohnya di galeri seni.

Pendidikan

Multimedia diguna dalam latihan berbantu komputer. Teori pembelajaran berkembang sejajar teknologi. David Roberts mula menggunakan perisian PowerPoint dalam slaid penuh, gabungan gambar dan ayat dalam kuliah beliau. Hasil yang beliau dapati, pembelajaran aktif meningkat 66%.

Teknologi pendidikan

Multimedia membantu pelajar mendapat pengetahuan dengan pelbagai media. Sejak 1960an, teknologi bermula dengan perkakasan seperti mesin taip dan skrin. Pembelajaran boleh disesuaikan mengikut keupayaan pelajar dan boleh digunakan dalam pelbagai aktiviti. Perkembangan terkini menggunakan media sosial membenarkan pelajar memberi maklum balas dan belajar dengan aktif.

Kerja sosial

Multimedia ialah kaedah pendidikan yang kukuh dalam konteks kerja sosial. Lima jenis media yang berlainan boleh menyokong proses pembelajaran dengan media naratif, media interaktif, media komunikasi, produksi dan media adaptif. Berbeza dengan pendapat lama, teknologi multimedia wujud lama sebelum keberadaan internet.

Sejak 1993, teknologi multimedia dimanfaatkan untuk kerja sosial yang praktikal seperti temuduga, bantuan krisis dan kerja kumpulan. Berbeza dengan kaedah lama, seperti kursus bersemuka, multimedia memendekkan masa penyampaian dan menambah kecepatan menyerap ilmu.

A.Elizabeth Cauble membuat kajian bersama Building Family Foundation (BFF) untuk mengkaji kesan teknologi multimedia ke atas pelajar. Responden menunjukkan peningkatan tingkahlaku dan pengetahuan akademik. Ia membantu pelajar kerana ia membawa pakar ke dalam talian, sesuai dengan jadual pelajar dan membenarkan pelajar untuk memilih kursus yang sesuai.

Teori kognitif multimedia dari Mayer pula mencadangkan kita belajar lebih dengan perkataan dan gambar berbanding dengan perkataan sahaja. Berdasarkan Mayer dan pakar lain, teknologi multimedia merangsang otak manusia dengan mengaplikasi kesan visual dan auditori dan membantu pengguna dalam talian untuk belajar dengan berkesan. Pengkaji mencadangkan pengguna mengguna dua saluran semasa belajar, dan mereka memahami dan ingat dengan lebih baik.

Komunikasi dan bahasa

Dengan penggunaan Bahasa inggeris secara meluas, multimedia menjadi cara penting untuk berkomunikasi denga orang berbeza budaya dan bahasa. Teknologi multimedia mencipta platform di mana bahasa boleh dipelajari. Cara belajar berubah dengan sangat berbeza dengan kehadiran teknologi, membuatkan pelajar senang untuk dapat kemahiran bahasa. Ia memotivasikan pelajar untuk belajar lebih banyak bahasa melalui sokongan audio, visual dan animasi. Dengan perubahan corak belajar, multimedia membina keupayaan komunikasi pelajar dengan menambahbaik keupayaan pelajar memahami bahasa. Dalam satu kajian oleh Izquierdo, Simard dan Pulido, kaitan antara arahan multimedua dan pelajar, mempengaruhi tabiat pelajar tersebut belajar. Hasil kajian, berdasarkan teori Gardner, pelajar mendapat akses bahan belajar lebih senang dan lebih bermotivasi menggunakan pembelajaran bahasa berbantu komputer.

Kewartawanan

Syarikat akhbar seluruh dunia melibatkan diri dalam fenomena multimedia dengan kerja mereka. Contohnya The New York Times, USA Today dan the Washington Post.

Matematik dan penyelidikan saintifik

Multimedia banyak diguna dalam matematik dan penyelidikan untuk pemodelan dan simulasi. Contohnya, saintis boleh melihat model molekul dan manipulasi untuk mencipta bahan baru. Kajian bentangan boleh dibaca di Jurnal Multimedia.

Perubatan

Pelajar dan pegawai perubatn boleh mendapat cara yang lebih luas dalam teknik dan prosedur melalui media interaktif, kursus dan kuliah dalam talian. Dengan perkembangan teknologi, dunia perubatan sudah berevolusi untuk mengajar bakal pegawai perubatan membuat operasi pembedahan dan menganalisa data pesakit.

Realiti maya

Realiti maya ialah teknologi yang membuat simulasi, selalunya menggunakan imej janaan komputer atau kombinasi bahan maya dan realiti, yang membuatkan pengguna suka pengalaman interaktif. Tujuan realiti maya untuk membuatkan pengguna berada hadir dalam suasana berbeza, walaupun mereka secara fizikal masih berada dalam dunia nyata. Realiti maya terdapat dalam banyak lapangan seperti permainan, pendidikan, kesihatan, latihan dan hiburan.

Sejarah multimedia

1960an – penggunaan komputer rangka yang besar (mainframe) dalam industri.

1970an – penggunaan komputer di rumah membantu pengguna menyelesaikan banyak masalah yang kompleks. Ia juga membantu maklumat tersebar dalam kalangan pengguna.

1980an – rekabentuk komputer diubah untuk menjadi lebih senang digunakan, semua orang boleh menggunakan komputer.

1990an- perkembangan pesat komputer dan aplikasi komputer.

 

Rujukan

1.    Wikipedia

2.       https://betterteachers.weebly.com/apa-itu-multimedia.html

3.       https://www.lenovo.com/my/en/glossary/multimedia/?orgRef=https%253A%252F%252Fwww.google.com%252F&srsltid=AfmBOopI5pi6ia9vKNwEBD1ZdFaM4yb_q-bLrm_POFPCHqTSeydg2iVJ

4.     

 

 

 

 


No comments:

Post a Comment