Lapangan Kepintaran Buatan
Kepintaran Buatan mempunyai kelebihan untuk membantu
kerja kita lebih cepat dan tepat.
Kesihatan dan perubatan
Aplikasi Kepintaran Buatan dalam perubatan. Dalam kajian
perubatan, Kepintaran Buatan adalah perkakasan penting untuk memproses dan
mengintegrasi data besar. Ia penting untuk pembangunan kejuruteraan tisu dan
organoid yang menggunakan pengimejan mikroskopi untuk teknik fabrikasi.
2021 – AlphaFold 2 menunjukkan keupayaan dalam masa
beberapa jam berbanding berbulan-bulan untuk membuat struktur protein 3
dimensi.
2023 – penemuan ubat berbantu Kepintaran Buatanmembantu
untuk mencari jenis antibiotik untuk membunuh bakteria kebal ubat.
2024 – penyelidik menggunakan pembelajaran jentera untuk
mencepatkan proses mencari rawatan penyakit Parkinson. Tujuan mereka untuk
mengecam kompaun yang menghalang pelompok, atau merangsang alpha-synuclein
(protein yang membentu penyakit Parkinson).
Seksual
Aplikasi Kepintaran Buatan seperti penjejak kesuburan dan
haid boleh menganalisa data pengguna untuk menganggar masa kesuburan dan haid,
dalam bahan pendidikan seks dan pornografi.
Permainan
Program permainan digunakan sejak 1950 untuk menunjuk dan
menguji Kepintaran Buatan.
Mei 1997 - Deep Blue menjadi permainan catur pertama yang
mengalahkan juara catur Garry Kasparov.
2011 – dalam pertandingan Jeorpady, Watson (dibangunkan
oleh IBM) mengalahkan juara Brad Rutter dan Ken Jennings.
Mac 2016 – AlphaGo memenangi 4 dari 5 permainan Go,
bertanding dengan juaga Lee Sedol.
2019 – AlphaStar DeepMind mencapai tahap grandmaster
dalam StarCraft II, mencabar permainan strategi masa maya yang melibatkan pengetahuan
yang tidak lengkap berkenaan peta.
2021 – ejen Kepintaran Buatan bertanding dalam
PlayStation Gran Turismo, menang kepada empat pemandu Gran Turismo menggunakan
pembelajaran peneguhan mendalam.
2024 – DeepMind Google memperkenalkan SIMA, jenis Kepintaran
Buatan yang mampu bermain sembilan permainan video dengan hanya melihat output
skrin.
Kepintaran Buatan penghasilan gambar
Aplikasi yang menghasilkan gamnar, video atau teks. Model
ini belajar melalui pola dan struktur yang diberi dan menghasilkan benda baru
berdasarkan maklumat yang diberi (dipanggil prompt)
Kepintaran Buatan penghasilan diguna meluas dalam
industri, termasuk pembangunan perisiam. Kesihatan, kewangan, hiburan, khidmat
pelanggan, jualan dan pemasaran, seni, penulisan, fesyen dan rekabentuk produk.
Bagaimanapun, kerisauan meningkat berkaitan peluang salah guna seperti jenayah
siber.
Ejen
Ejen Kepintaran Buatan ialah entiti perisian yang dicipta
untuk melihat persekitaran perisian, membuat keputusan dan mengambil tindakan
automatik untuk mencapai tujuan tertentu. Ejen nin boleh berinteraksi dengan
pengguna, persekitarannya atau ejen lain. Ejen Kepintaran Buatan seperti
pembantu maya, chatbot dan robot industri.
Bidang lain
Dalam pertanian, Kepintaran Buatan membantu peladang
mengesan kawasan yang perlu pengairan, baja, rawatan perosak atau peningkatan
tuaian. Kepintaran Buatan sudah diguna untuk menjangka masa tumbuhan ranum,
menyelia lembapan tanah dan mengkelas ternakan dan lain-lain.
Bidang kajiangkasa menggunakan Kepintaran Buatan untuk
menganalisa peningkatan amaun dan data yang ada. Contohnya meramal aktiviti
matahari dan cuaca.
Kelebihan Kepintaran Buatan
Kepintaran Buatan menawarkan kelebihan dalam pelbagai
industri. Antaranya
·
Tugas berulang dan automasi
·
Pemahaman data lebih cepat dan banyak
·
Mengukuhkan keputusan yang dibuat
·
Kurang ralat manusia
·
Tersedia setiap masa
·
Mengurangkan risiko fizikal
Tugas berulang dan automasi
Kepintaran Buatan boleh mengautomasi kerja rutin,
berulang dan menjemukan – termasuk kerja digital seperti mengumpul, memasukkan
dan memproses data.
Mengukuhkan keputusan yang dibuat
Sama ada menyokong keputusan atau sepenuhnya membuat
keputusan, Kepintaran Buatan membuatkan keputusan dibuat berdasarkan fakta
lebih cepat dan pantas. Digabung dengan automasi, Kepintaran Buatan membolehkan
perniagaan bertindak atas peluang dan memberi maklumbalas kepada krisis yang
dihadapi dalam masa nyata tanpa bantuan manusia.
Kurang ralat manusia
Kepintaran Buatan mengurangkan ralat manusia dalam
pelbagai bentuk, dari membantu oran melalui langkah teratur untuk proses,
menunjukkan potensi ralat sebelum terjadi dan proses automasi tanpa bantuan manusia.
Ia penting terutamanya dalam industri penjagaan kesihatan seperti robot bedah
untuk ketepatan yang tetap.
Algoritma pembelajaran jentera akan berterusan membaiki
ketepatan dan terus mengurangkan ralat kerana terdedah dengan data yang lebih
banyak dan ‘belajar’ melalui pengalaman.
Tersedia sepanjang masa dan konsisten
Kepintaran Buatan biasanya tersedia dan melaksana dengan
konsisten setiap masa. Perkakasan seperti pembantu maya meringankan tugas
khidmat pelanggan.
Mengurangkan risiko fizikal
Dengan mengautomasi kerja berbahaya - seperti mengawal haiwan, mengurus bahan mudah
meletup, kerja di laut dalam - Kepintaran Buatan boleh menghindar keperluan
manusia mengambil risiko cedera.
Perkhidmatan pelanggan, sokongan dan pengalaman pelanggan
Syarikat boleh menggunakan chatbot dan pembantu maya yang
dikuasakan oleh Kepintaran Buatan untuk mengurus permintaan pelanggan.
Perkakasan ini menggunakan pemprosesan bahasa natural dan keupayaan penghasilan
Kepintaran Buatan untuk memahami dan memberi maklumbalas kepada soalan
pelanggan berkenaan status tempahan, perincian produk dan polisi kembalian
barangan.
Pembantu maya dan chatbot menyediakan soalan kerap
ditanya, bebas ejen manusia untuk fokus ke tugasa lebih penting dan memberi
pelanggan perkhidmatan yang cepat dan lebih konsisten.
Mengecam penipuan
Bpembelajaran jentera dan algoritma pembelajaran mendalam
boleh menganalisa pola transaksi dan kelainan seperti perbelanjaan luarbiasa
atau lokasi log masuk, yang menunjukkan transaksi meragukan. Ini mebolehkan
rganisasi untuk bertindakbalas dengan lebih cepat dan mengurangkan kesan ,
memberi mereka dan pelanggan kelapangan hati.
Pemasaran peribadi
Jabatan pemasaran syarikat menggunakan Kepintaran Buatan
untuk peribadikan pengalaman pelanggan dan kempen pemasaran yang menggiurkan
pelanggan dan membaiki jumlah jualan. Berdasarkan data dari sejarah pembelian
dan tabiat pelanggan, algortm boleh mencadangkan produk dan perkhidmatan yang
pelanggan mungkin mahukan, dan boleh menghasilkan tawaran peribadi dalam masa
nyata.
Sumber manusia
Platform pengambilan pekerja menggunakan Kepintaran
Buatan boleh nemapis resume, memadankan calon dengan tugasan kerja dan mungkin
temuduga pertama menggunakan analisis video. Ini boleh mengurangkan timbulan
kerja pengurusan yang melibatkan calon yang ramai. Ia juga boleh mengurangkan
masa tindakbalas dan masa untuk ambilan pekerja, membaiki pengalaman calon;
sama ada mereka diterima atau tidak.
Penyelenggaraan berjangka
Model pembelajaran jentera boleh menganalisa data dari pengesan
untuk menjangka bila selenggara perlu dilakukan dan menjangka kegagalan
peralatan sebelum terjadi. Penghalang penyelenggaraan yang dibantu Kepintaran Buatan membantu untuk
elakkan masa rosak dan membolehkan anda untuk kekal di hadapan dalam isu rantaian
bekalan sebelum ia memberi kesan.
Cabaran dari risiko
Kepintaran Buatan
Rujukan
1. Cole Stryker & Eda
Kavlakoglu
. What is artificial intelligence (AI)? https://www.ibm.com/think/topics/artificial-intelligence
2. Gordon Scott January 28, 2025. What
Is Artificial Intelligence (AI)? https://www.investopedia.com/terms/a/artificial-intelligence-ai.asp
No comments:
Post a Comment