Saturday, February 1, 2025

Kepintaran Buatan di Malaysia

 Kepintaran Buatan di Malaysia

Revolusi Industri Ke-empat (IR4) berada di sekeliling kita. Ia menerangkan suasana semasa dan membangun di mana teknologi seperti robot, realiti maya dan kepintaran buatan mengubah cara kita hidup dab bekerja. Kelihatan seperti futuristil tetapi ia sudah menjadi sebahagian dari kita. Contohnya pembantu maya seperti Alexa, Siri dan Cortana.

Menurut Azmi dalam webnya, Kepintaran Buatan ialah proses oleh jentera terutamanya sistem komputer. Proses ini termasuk pembelajaran, memberi sebab dan pembetulan sendiri. contohnya sistem pakar, pengecaman suaran dan penglihatan maya.

Kementerian Digital meletakkan pesedaran Kepintaran Buatan sebagai agenda utama untuk 2024. Menterinya, Gobind Singh Deo juga menekankan keselamatan siber. Menteri Gobind menyatakan ia penting untuk pastikan anak-anak memahami potensi teknologi dan bagaimana ia membaiki kehidupan kita. Beliau merancang untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian tinggi untuk memperkenalkan inisiatif berfokus Kepintaran Buatan kepada pelajar. Ia termasuklah sekolah dan university dilengkaokan dengan infrastruktur yang menyokong Kepintaran Buatan.

Kemunculan Malaysia sebagai hub Kepintaran buatan mendapat momentum yang signifikan, dijana oleh minat pemain industri global. Pada 2 Mei 2024 pengerusi Microsoft ke Kuala Lumpur untuk Forum Kepimpinan AI Kebangsaan untuk mempromosi penghasilan Kepintaran Buatan.

Pelaburan Microsoft di Malaysia termasuk membina infrastruktur dan awam Kepintaran Buatan. Ia juga akan mengukuhkan keupayaan keselamatan siber di Malaysia.

Pelaburan dalam infrastruktur digital dan pembangunan kemahiran sangat penting untuk mengurangkan jurang digital dan mengukuhkan perniagaan rakyat dan pembangun industry untuk memasarkan teknologi baru. ia juga akan membuka peluang untuk pekerjaan baru kepada rakyat.

Dalam laporan dalam Open Gov Asia, dijangka 500,000 jawatan memerlukan kemahiran Kepintaran Buatan menjelang 2030.

Kesihatan

Pengamal perubatan mula menggunakan Stethee Pro ( hasil kolaborasi MIDA, TDG, dan CREST yang membolehkan analisis lebih tepat dan boleh direkod ke telefon pintar melalui teknologi Bluetooth. Malaysia juga terlibat dalam inisiatif Remedis AI untuk mengesan barah paru-paru.

Menurut Serena Fuai Sinn, jururawat pusat peruatan Sunway mengintegrasikan kepintaran buatan lama tugas seharian. Peranti pengesan pesakit yang diguna memudahkan jururawat memantau pesakit di wad.

Fesyen

Jenama pakaian dalam talian Custlr menggunakan Kepintaran Buatan untuk mengurus inventori, kadar jualan dan sasaran pelanggan. Rakan niaganya, Sarafix pula mengukur saiz badan pelanggan dalam masa beberapa saat untuk mencadangkan pakaian yang sesuai.

Suntikan Kepintaran Buatan dalam fotografi fesyen membolehkan jurufoto tidak perlu fikirkan semua aspek fotogtafi, kerana sudah bersifat automatik, dengan bantuan Kepintaran Buatan, ia meluaskan kreativiti dan estetika fotografi.

Perundangan

Pusat Bantuan Perundangan Digital Sabah

Pusat bantuan perundangan yang pertama di Malaysia menggunakan teknologi digital di Telipok, Sabah. Pusat ini memberi nasihat undang-undang dan perkhidmatan computer yang memberi pengguna akses ke status, kes perundangan, buku teks, perjanjian dan borang.

Pendidikan

Harian Metro melaporkan kerajaan Malaysia mensasarkan sejuta rakyat mempunyai pengetahuan asas berkenaan Kepintaran Buatan. Melalui proses pembelajaran kendiri di portal www.ai.gov.my, terdapat dua program iaitu AI Aware dan AI Appreciate. Kedua dua modul ini terdapat dalam bahasa Melayu,Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Pada tahun 2023, UTM menjadi pemula dalam menubuhkan Fakulti Kepintaran Buatan di kampus Kuala Lumpur. Ini diikuti oleh 20 universiti dan kolej awam lain sebagai sebahagian dari pelan pembangunan kepintaran buatan di Malaysia.

Rujukan

  1. Azmi. Overview of Artificial Intelligence in Malaysia. https://www.azmilaw.com/insights/overview-of-artificial-intelligence-in-malaysia-2/
  2. Alita Sharon, 6 Januari  2025. Malaysia: AI Awareness, Cybersecurity for a Future-Ready Nation. https://opengovasia.com/2025/01/06/malaysia-ai-awareness-cybersecurity-for-a-future-ready-nation/
  3. Amir Abd Hamid, 16 Januari 2024. Sasar sejuta rakyat Malaysia ada pengetahuan asas mengenai AI https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1051046/sasar-sejuta-rakyat-malaysia-ada-pengetahuan-asas-mengenai-ai
  4. Mohd Nazri Mahrin, 15 Disember 2023.Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan: Apa Impak kepada Malaysia? https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/12/1189309/penubuhan-fakulti-kecerdasan-buatan-apa-impak-kepada-malaysia
  5. Unleashing AI’s full potential: the next catalyst for digital growth. https://www.mida.gov.my/unleashing-ais-full-potential-the-next-catalyst-for-digital-growth-2/
  6. Suzalina Halid, 16 Disember 2024. 20 universiti diarah tubuh fakulti AI. Laman web Berita Harian.
  7. Yusaini Fitri, 28 Januari 2025.Suntikan AI pada Fotografi Fesyen.
  8. Berita harian, 15 Jun 2024. Teknologi AI Bantu Tugas Jururawat Pantau Pesakit. https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2024/1258941/teknologi-ai-bantu-tugas-jururawat-pantau-pesakit.
  9. Mashitah Abu, 25 Disember 2023. AI sektor Kesihatan bawa cabaran besar. Htttps:/www.bharian.com.my/rencana/komentar/2023/12/1192603/ai-sektor-kesihatan-bawa-cabaran-besar.

1

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment