Haji merupakan rukun Islam ke 5. Wajib bagi
yang mampu. Dalam hal ni, ramai yang tak terfikir untuk ada satu dana untuk
tunaikan haji. Nak tunggu duit cukup sekaligus, memang tak, sebenarnya. Tapi
kita boleh buat simpanan khas untuk tujuan ni.
Etiqa, melalui pelan Takaful Mabrur, kita
bukan setakat menyimpan, tetapi mendapat manfaat perlindungan medical,
kemalangan dan manfaat manfaat lain. Dalam Takaful Mabrur, sebahagian daripada
wang yang kita carum, akan dimasukkan ke Tabung Haji. Bagi yang belum ada akaun
Tabung Haji, pihak Etiqa akan uruskan dan tolong daftarkan haji untuk kita.
Lagi? Selepas 5 tahun, jika kita terpilih
untuk menunaikan haji, ada manfaat yang kita dapat:
-
Elaun Persediaan Haji : RM1000
untuk urusan persediaan menunaikan haji
- Elaun Penjagaan anak-anak: RM1000
umntuk menguruskan anak anak yang ditinggalkan di tanah air. Contohnya upah
pengasuh dan sebagainya
- Manfaat Badal Haji: RM3000. Jika
tidak dapat memunaikan haji, RM3000 diberikan untuk urusan upah haji.
-
- Manfaat Insar Haji: sehingga RM1000.
Jika terdapat dam yang perlu dibuat, peserta boleh menuntut sehingga RM1000
untuk urusan berkenaan, sekembalinya ke tanah air.
Manfaat perlindungan kita akan dapat seperti
biasa, sehingga tempoh matang (tempoh takaful berjalan). Perlindungan termasuk:
- Manfaat kematian – jika orang dilindungi
meninggal dunia atau sebab semulajadi, perbelanjaan pengkebumian dan nilai
terkumpul dalam Dana Peserta termasuk keuntungan dalam Dana Peserta akan
dibayar.
-
- Manfaat hilang upaya kekal - jika orang dilindungi mengalami hilang upaya
menyeluruh dan kekal, amaun jumlah dilindungi ditambah semua nilai dalam Dana
Peserta akan dibayar.
-
- Manfaat Tambahan – rider Ultra Medic (medical
card), Rider Tambah Nilai Tetap (kemudahan untuk tambah nilai pelaburan), Rider
Manfaat Tunai Hospital (manfaat tunai harian jika dimasukkan ke hospital).
Untuk maklumat terperinci, boleh hubungi
Agen: Wan Nazihah
Lokasi: Kuala Terengganu
Atau agen terdekat anda.