Tuesday, April 8, 2025

Model kepimpinan Fiedler

 Model kepimpinan Fiedler

Model kepimpinan Fiedler juga disebut Teori Luar Jangka Fiedler. Teori yang dibangun pada 1960an oleh ahli psikologi Austria, professor Fred Fiedler. Teori ini menetapkan, tiada cara khusus untuk memimpin.

 Beliau mengkaji personaliti dan ciri-ciri pemimpin, lalu merumus jenis kepimpinan. Sebagaimana personality dibentuk melalui pengalaman hidup, ia agak sukar diubah, tapi tidak mustahil. Fiedler percaya bahawa pemimpin yang betul perlu dipilih berdasarkan kerja yang mereka mahir dan keperluan keadaan semasa. Demi menjadi pemimpin terbaik, setiap pemimpin mesti fahami cara mereka memimpin. Seterusnya, mereka boleh menilai sama ad acara mereka sesuai atau tidak. Secara ringkas, Fiedler berpendapat keupayaan pemimpin melalui cara pemimpin semulajadi dan kesesuaian keadaan.

 

Cara pemimpin

Untuk mengetahui cara anda memimpin, Fiedler membangunkan skala teman sekerja paling kurang diminati (Least Preferred Coworker - LPC). Skala ini memerlukan anda menyifatkan teman sekerja yang paling kurang anda gemar bekerja bersama.

Lebih baik skala LPC yang anda tanda dalam pelbagai kriteria, orientasi-hubungan anda adalah lebih baik. Jika kurang skala yang anda beri, anda boleh jadi orientasi-kerja. Secara asas,

·         Jika anda adalah ketua LPC tinggi, anda adalah ketua berorientasi hubungan.

·         Jika anda adalah ketua LPC rendah, anda adalah ketua berorientasi kerja.

Ketua berorientasi hubungan bagus dalam membina hubungan, menyediakan sinergi kumpulan dan mengurus konflik antara anak buah.  Ketua berorientasi kerja cenderung mahir mengurus projek dan kumpulan untuk menyiapkan tugasan dengan cekap dan berkesan.

Situasi Sokongan Dalam Teori Fiedler

Situasi sokongan, juga dipangil situasi kawalan. Menurut Dr Naomi Ben-Ami (Williamsburg Therapy Group), dalam teori Fiedler, situasi sokongan merujuk kepada situasi yang membenarkan ketua mempunyai pengaruh dalam kumpulannya.

Tiga punca yang mengkuhkan situasi sokongan:

·         Hubungan ketua-ahli, terkait dengan kepercayaan antara ahli kumpulan dan ketua. Lebih yakin ahli kepada ketua, situasi sokongan lebh kuat.

·         Struktur tugas, terkait dengan sejelas manakah tugas diperlukan untuk menyiapkan projek yang disiapkan. Lebih jelas tugasan dimaklumkan dan ditingkatkan, situasi sokongan lebih kukuh.

·         Kuasa posisi, merujuk kepada kuasa khusus ketua untuk mengawal kumpulan. Ketika ketua mempunyai kuasa lebih tinggi, ketua boleh memberi denda atau habuan, seterusnya membuatkan situasi kebih disokong.

 

Kelebihan teori Fiedler

1.    Teori Fiedler menyediakan cara senang untuk mengesahkan kemahiran kepimpinan yang paling banyak kesan dan paling kurang kesan.

2.    Menggalakkan ketua untuk mempunyai kesedaran kendiri; kualiti membuat keputusan untuk kumpulan.

3.    Mengambilkira keadaan, yang memecahkan banyak teori kepimpinan yang hanya berfokus kepada ketua sahaja.

Kekurangan teori Fiedler

1.    Agak ketat . jika pemimpin tak mampu mengawal keadaan, teori ini mencadangkan ketua untuk turun pangkat.

2.    Ada bahagian yang tidak jelas dalam LPC.

3.    Ujian kendiri tidak sentiasa sesuai. Sesekali, timbul isu berat sebelah dan ego.

4.    Teori ini boleh melemahkan pemimpin yang membuat kerja dengan baik. Terutamanya jika cara memimpin mereka agak ganjil, walaupun sebenarnya bagus.

 

Teori Sumber Kognitif

Teori sumber kognitif (CRT) mengubahsuai asas model kontigensi Fiedler dengan menambah trait ketua.CRT cuba mengkelaskan syarat yang mana ketua dan ahli kumpulan akan menggunakan sumber kepintaran, kemahiran dan pengetahuan dengan cekap. Semasa kita menjangka ketua yang lebih pintar dan lebih berpengalaman, jangkaan ini tidak disokong oleh Fiedler

 

Contoh dalam teori ini

Contoh 1

·         Hubungan ketua-ahli lemah. Pengurus yang baru masuk akan tersekat dengan tiada kepercayaan dan persetujuan.

·         Lemah struktur tugas. Bagi organisasi baru, struktur tugas masih lemah. Semua orang akan buat semua perkara bersama-sama.

·         Lemah kuasa ketua. Arahan ketua tidak dilayan sepenuhnya oleh anak buah.

Dalam kes ini, senario ini dipanggil kepemimpinan berorientasi tugas. Bagi ketua yang berorientasi hubungan, sangat sukar untuk menembusi sistem ini dan sukar untuk pastikan semua tugasan sempurna mengikut masa.

 

Contoh 2

·         Hubungan ketua-ahli bagus. Anda membina hubungan yang kukuh dengan pasukan beberapa tahun – dan mereka mahukan anda untuk banyak mengambil tugas-tugas senior.

·         Struktur tugas nampaknya tinggi. Ketika pasukan anda mempunyai kawalan kreatif yang tinggi ke atas produk mereka, ejensi  beroperasi seperti biasa, jai tugas dan proses dijadualkan dengan agak jelas.

·         Kedudukan kuasa pemimpin, lemah. Anda dinaikkan pangkat menjadi senior di mana anda lebih baik membantu pasukan dengan kepakaran, tetapi anda masih bukan dalam pasukan pengurusan yang mampu mengambil ahli baru atau membuang ahli.

Dalam Teori Kentigensi Fiedler, senario ini dipanggil kepemimpinan berorientasi hubungan. Situasi ini diminati secara sederhana tetapi ketua belum cukup kuasa untuk mengawal perubahan yang ketara.

 

Kita boleh lihat, dalam kedua-dua contoh, jenis kepemimpinan yang berbeza diperlukan mengikut keadaan. Teori Fiedler menggalakkan ketua untuk menggunakan kesedaran diri sebagai bahan penting.

 

Artikel berkaitan

Teori Kepimpinan

Gaya Kepimpinan

Kualiti Pemimpin


Rujukan

1.    Cynthia Vinney, PhD. July 31, 2024. The Fiedler Contingency Model: Matching Leadership Style to the Situation

2.    Team Asana May 24th, 2024. Fiedler’s Contingency Theory: Why leadership isn’t uniform