Tuesday, May 13, 2025

Teori Motivasi Harapan Vroom

 Teori Motivasi Harapan Vroom

Zajda (2023) berpendapat teori kognitif motivasi melibatkan tingkahlaku, gaya pemikiran dan tindakan individu adalah hasil dari proses dalaman otak.

3 model popular yang terpakai di persekitaran kita termasuk

·         Teori motivasi pencapaian; bagaimana kita bertindak berdasarkan keperluan pencapaian, kuasa dan perhubungan.

·         Teori keazaman diri; kehendak kita untuk memuaskan keperluan asas psikologi.

·         Teori motivasi harapan

Pada tahun 1964, di Yale School of Management, psikologis Kanada membangunkan teori harapan. Beliau mencadangkan tingkahlaku manusia termotivasi dengan keterlibatan hasil atau akibat, dan kekerapan kerja digerakkan oleh persepsi bahawa usaha akan membawa kepada hasil yang dimahukan.

Sama seperti teori tingkahlaku, teori Vroom mengiktiraf kepentingan kesan dalam motivasi tindakan. Menurut Vroom, kita akan cenderung lebih berkembang jika kita yakin akan diiktiraf dan dihargai.

Dalam beberapa tahun kebelakangan, ada beberapa perkembangan dalam teori asal. Ada pengesahan lanjutan bahawa tumpuan pekerja kerap lebih dari hasil yang dikaitkan dengan kerja, termasuk dengan bakal haski disebabkan tabiat kerja – baik atau buruk – seperti kepuasan kerja, promosi dan mungkin, diberhentikan (Riggo, 2015)

Tiga komponen dalam teori harapan

Teori Vroom melibatkan 3 komponen, juga dikenal sebagai teori VIE.

1.    Valence : bagaimana kehendak (atau bukan kehendak) sebagai hasil ke atas individu?

2.    Instrumentailty: kekuatan yang diterima dalam hubungan antara tabiat dan hasil yang dikehendaki?

3.    Expectancy: kekuatan yang diterima dalam hubungan antara usaha dan prestasi tabiat?

Ketiga-tiga komponen ini boleh dibentang sebagai kemungkinan yang boleh diukur dalam suasana kajian dan apabila menggunakan teori ini dalam situasi dunia sebenar.

Dalam dunia sebenar, individu boleh memilih untuk kemungkinan rendah mencapai hasil yang dikehendaki, walau mereka berprestasi pada tahap yang diperlukan, membuatkan motivasi mereka rendah. Jika kemampuan untuk mencapai sasaran adalah sederhana, motivasi masih akan terus tinggi.

Kritikan dan kekurangan

Perlu diingat motivasi sangat kompleks dengan pelbagai punca yang melibatkan pelbagai suasana.

Teori tanggapan ini popular untuk memahami dan meningkatkan motivasi, khususnya di temat kerja. Bagaimanapun ada kritikan dan beberapa kekurangan:

·         Bagaimana kita mengukur tanggapan dengan tepat? Apakah cara terbaik?

·         Apa cara terbaik untuk aplikasikan teori – dalam banyak situasi?

Kritikan juga menunjukkan:

·         Setiap orang tidak mempunya rasional yang sama. Ia berbeza mengikut tahap rasional dan kekerapan bertindak tidak rasional.

·         Walaupun ketika bertindak rasional, kita berbeza dalam memproses maklumat.

·         Kita tidak sentiasa sedar setiap masa.

·         Kita tidak sedar memproses semual maklumat yang kita dapat.

Edward Lawler berpendapat, pekerja akan meningkatkan hasil jika ganjaran yang dijanjikan itu berbaloi. Lawler mencadangkan model yang baru a) jika ada beberapa kemungkinan, individu akan menjadi salah satu dari kemungkinan itu. b) ada kemungkingan individu akan menghasilkan apa yang mereka mahu . c) apa-apa hasil yang diingini mengikut tindakan individu tersebut. d) tindakan yang terhasil berdasarkan tanggapan individu.

Dengan gerak hati yang betul, usaha yang meningkat terhadap tugasan akan menghasilkan hasil yang diingini – punca yang memandu tabiat yang lebih kompleks dan pelbagai berbanding tabiat asal

Aplikasi Teori Tanggapan dalam susunan sasaran

Fikirkan setiap sasaran dalam komponen Teori Tanggapan:

1.    Selaraskan matlamat dengan kuasa

Bekerja dengan klien untuk menetapkan matlamat yang sesuai dengan nilai dan kehendak dalaman mereka. Pastikan matlamat memang dimahukan dan jelas. Hasil perlu boleh dijangka dan dinilai.

2.    proses dalam mencapai matlamat

Pastikan klien faham sepenuhnya kaitan antara usaha mereka dengan pencapaian, menaikkan keyakinan dalam proses tindakan mereka

3.    kuatkan motivasi melalui kemahiran

kenalpasti lompang kemahiran yang mungkin menghalang pencapaian matlamat, kemudian buat strategi untuk bangunkan kemahiran.

 pautan

Model Kepimpinan Fiedler

Pengurusan vs Kepimpinan

Gaya Kepimpinan


Rujukan

1.    Jeremy Sutton, 14 Feb 2024. Victor Vroom’s Expectancy Theory Of Motivation. https://positivepsychology.com/expectancy-theory/

2.    Wikipedia. Expectancy Theory