Dalam hidup, kita ada keperluan sendiri untuk terus hidup. Ada dua teori
yang melibatkan keperluan : Teori Keperluan Mcclellan dan Teori Keperluan
Maslow.
Teori Keperluan Maslow ·
Susunan
keperluan dalam Teori Maslow dibahagi 5 aras, kerap ditunjuk dalam bentuk
piramid. ·
5
aras berkenaan: fisiologi, keselamatan, sayang/kepunyaan, esteem/yakin diri
dan penyempurnaan diri. ·
Aras
paling bawah ialah keperluan asas seperti makan-minum dan keselamatan sebelum
disempurnakan oleh keperluan aras atas. ·
Sesetengah
orang sudah mencapai tahap penyempurnaan diri, tetapi sebenarnya semua orang
ada situasi berada di tahap tertinggi. ·
Susunan
aras, sebenarnya tidak tetap. Sesetengah orang, estim lebih ke arah
kasihsayang, yang lain lebih kepada kesempurnaan diri berbanding kemiskinan.
Tindakan kita, biasanya dimotivasi oleh pelbagai keperluan serentak. ·
Aplikasi
teori ini terpakai dalam dunia bekerja, pendidikan, kaunseling dan kesihatan. |
Teori Keperluan Mcclellan ·
MCClelland
membahagi teori keperluan kepada 3 motivasi: keperluan untuk mencapai
sesuatu, keperluan untuk bergabung dan keperluan untuk berkuasa. ·
Setiap
orang mempunyai sifat berbeza, mengikut motivasi yang kuat (dominan). ·
Ketiga-tiga
motivasi in, boleh dipelajari. ·
Menurut
McClelland, tanpa mengira jantina, budaya atau umur, kita mempunyai ketiga-tiga
pencetus motivasi, dan salah satu akan menjadi dominan. Ia banyak berpunca
dari budaya dan pengalaman hidup. |
Teori Keperluan dari Maslow perincikan dari keperluan asas fizikal hingga
keperluan psikologi dalam diri. Manakala McClelland, berfokus kepada keperluan
psikologi. Secara terperinci, kita akan
lihat satu demi satu.
Keperluan asas fizikal (fisiologi)
Keperluan paling asas untuk hidup – udara, air,makanan, pakaian, tempat
tinggal. Jika fasa ini dipenuhi, motivasi manusia akan berkembang untuk ke
peringkat seterusnya. Makhluk hidup tidak dapat berfungsi sepenuhnya jika
keperluan fisiologi asas ini tidak dipenuhi.
Keperluan keselamatan
Manusia mahu pengalaman hidup yang dijangka dan boleh dikawal. Keperluan
peringkat ini, boleh dipenuhi apabila manusia berada dalam kumpulan atau
masyarakat – punya kawalan polis, hospital, sekolah dan perniagaan (kedai-kedai
kelengkapan).
Keperluan perasaan
Merujuk kepada keperluan emosi dan hubungan, menjadi sebahagian dari
kumpulan atau anggota masyarakat. Dalam Teori Keperluan McClelland, keperluan
ini dinamai keperluan affiliasi. Bagi McClelland, manusia memerlukan sokongan
komuniti untuk berkongsi perasaan dan menjadi sebahagian dari kumpulan. Sambungan
dari teori Maslow, McClelland menambah, sesetengah individu meletakkan
kerjasama (atau melengkapi ahli kumpulan) lebih dari pertandingan ( atau
perbandingan).
Keperluan esteem
Peringkat tinggi dalam teori Maslow. Termasuk nilai diri, pencapaian dan
rasa hormat. Maslow meletakkan keperluan esteem dalam 2 kumpulan : esteem diri
( pencapaian, kemahiran dan kebebasan) dan kehendak reputasi atau hormat dari
orang lain (status atau prestij).
Dalam teori yang dicadangkan McClelland, keperluan pencapaia
Keperluan aktualisasi diri
Paringkat tertinggi dalam teori keperluan Maslow. Pada aras ini, seseorang
itu mencapai tahap yang beliau ingini dan memenuhi semua yang dimahukan. Peringkat
ini, McClelland menggelar sebagai keperluan mencapai sesuatu dan keperluan
kuasa. Setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza dalam peringkat ini,
sesetengah orang hanya akan sasarkan tugasan yang senang dan berisiko rendah,
asalnya pencapaiannya, bagus dalam setiap tugasan. Ada juga orang yang sasarkan
tugasan mencabar kerana pencapaiannya berbeza jika mampu siapkan tugasan yang
susah. Keperluan kuasa pula,melibatkan pangkat dan gelaran
Rujukan
1. Saul
McLeod, PhD. January 24, 2024. Maslow’s
Hierarchy of Needs
2. https://www.simplypsychology.org/maslow.html
3.
McClelland's Human Motivation
Theory. https://www.mindtools.com/aznjntj/mcclellands-human-motivation-theory