Bekerja di rumah, senang ke?
Sejak minggu lepas, aku sibuk susun satu sudut rumah untuk
SOHO (Small Office Home Office).
Sebab aku nak susun ruang tu, untuk keperluan perniagaan aku dan suami. Suami
aku,bekerja sendiri tapi masih perlukan ruang untuk simpan, siapkan dan
merencana kerjanya. Untuk aku, keperluan ruang untuk itu juga ada.
Satu hal kadang kadang bermain dalam kepala, Small Office HomeOffice ni, tempatnya
satu ruang di rumah. Maknanya, kerja di rumah. Bukan suri rumah tapi kerja di
rumah. Senang ke kalau berpejabat di rumah? Bagi kebanyakan orang yang tidak
pernah bawa balik kerja langsung ke rumah atau tidak pernah terdedah dengan hal
ini akan cakap; alah senang la kerja di rumah. Tak payah keluar untuk bekerja.
Tapi betul ke?
Bagi aku yang sudah lama dengan keadaan bawa balik kerja ke
rumah, bekerja di rumah tak sesenang disangka. Betul, kita tak perlu keluar
untuk ke pejabat kerana pejabat sudah ada di rumah atau paling tidak pun,
sebelah pintu rumah. Tapi, masuk kerja tetap perlu sama seperti pejabat jauh
dari rumah. Maknanya, makan pagi dan urusan rumah tangga perlu disiapkan
sebelum waktu mula bekerja, sama seperti orang yang perlu keluar bekerja .
“ Eleh.. tak la susah pun…”
Anda pasti tak susah pun?
Walau kita boleh atur masa kerja sendiri atau sesetengah orang panggil flexible, sebenarnya kerja jika pejabat
di luar perlukan masa kerja sebanyak 8 jam sehari, bekerja di rumah juga 8 jam
sehari. Jika fleksibiliti yang anda bincangkan, tahukan anda masa yang dicuri
kerana rehat lebih atau buat kerja lain perlu diganti? Jika kerja di tempat
lain, anda tidak ada masalah untuk mengganti masa yang digunakan untuk kerja
lain. Cukup masa sudah boleh balik.
Tapi aku tak tolak kelebihan small office home office. Bagi orang yang perlu menjaga orang sakit
atau ada anak kecil, bekerja di rumah adalah penyelesaian yang baik. Kalau
tidak, pening juga kepala. Nak keluar
rumah, terfikirkan orang yang perlukan perhatian.