Jangan susahkan benda yang senang
Dalam banyak hal, aku tak ada masalah untuk ikut peraturan
dan normal masyarakat. Cuma, dalam sesetengah hal aku kurang suka dalam cara
kita bertindak. Banyak kes, yang bagi orang itu normal tapi sebenarnya
menyusahkan.
Kenapa suka buat susah?
Ok, ramai yang belum jelas alasan aku buat entri ni.Aku
orang yang suka bersukan, dan ya, aku bertudung dan baju aku longgar. So, ada
masalah?
Memang ada, bila ada orang suka buat susah. Aku pergi gym,
ada yang tegur aku, “ adik, takkan nak main gym pakai baju macam ni?” Aku pergi
jog, ada yang tanya “kak, kenapa baju longgar,?”
Oh no…
Wahai wanita,
Kalian bersukan untuk berpeluh dan sihat ke nak tunjuk
badan? Jangan buat susah dengan benda benda remeh ni. Aku masih pakai baju
sukan bila bersukan cuma tak melekat di badan. Ya, di kedai ada jual sports bra
untuk pakai tapi itu untuk di dalam. Di luar, masih sport shirts dan sport
shoes.
Tudung, ada masalah ke? Aku pakai ok je. Sekarang dah moden
la, tudung khusus untuk sukan kan ada.
Anda tidak akan bersukan dengan heels, betul tak? Cara yang sama aku guna untuk
tudung.
Takut terbang? Pinkan sajalah.
Tak cantik? Baby brooch yang cantik cantik kan banyak
terjual…
Wahai lelaki,
Maaf kalau terkasar. Kalau berkongsi gym, tak payah lah nak
complaint ustazah tak layak untuk bersenam. Kami juga layak untuk sihat seperti
mana anda mahu sihat. Kami juga mahu badan kurus seperti anda tidak mahu
buncit.
Dan maaf kalau anda tidak selesa kami tidak menjamu anda
dengan pendedahan yang menggiurkan kerana ia hak kami untuk menutupnya .
Bersukan untuk sihat hak semua orang, jadi maaf jika aku
tidak bertelanjang untuk bersukan.
No comments:
Post a Comment