Rasulullah SAW ada
melarang kita dari tidak bertegur sapa lebih dari 3 hari kerana bergaduh.
Ya, yang jelas ialah tidak
bercakap kerana bergaduh. Tetapi macam mana pula kerana ‘malas’?
Kenapa saya ambil topik
ini? Senang saja, kerana ramai antara kita, tinggal serumah tapi tidak saling
bercakap. Tidak bergaduh pun, tapi masing masing sibuk dengan hal sendiri.
Sedar sedar saja, kita tak tahu pun apa yang jadi dalam rumah kita. Perasan
tidak, sesetengah dari kita, walau berkumpul ramai-ramai, tidak bercakap. Sudah
jadi trend, masing-masing menghadap gadget, televisyen.
Ini bahana yang kita
jarang sangat sedar.
Ya, dulu ada kempen ‘Di
mana anak anda?’ yang menyeru ibubapa ambil tahu di mana anak dan anak buah
mereka. Tapi, tahu sahaja di mana mereka tanpa tahu keadaan mereka, tidak
menjadi juga. Sebahagian besar akan cakap “Tahu... adik saya ada di rumah.
Balik sekolah pukul....” “Anak saya ada dalam bilik dia...buat kerja rumah”
Tapi bila ditebak “dalam
seminggu ni, apa cerita terkini?” Saya yakin jawapan yang kerap dapat
ialah “Entah, dia tak cakap pun” atau
“Entah, tak tahu pulak..” Silap hari, ada juga yang tak tahu kesihatan anak
buah sendiri, atau masalah yang sudah lama mereka simpan.
Mungkin kita ada alasan
sendiri, untuk terlepas pandang ambil tahu hal dalam rumah sendiri. Tapi, baiki
keadaan sebelum terlambat. Kenapa saya kata sebelum terlambat?
Jangan kerana kita malas
berbual dengan orang yang dekat dengan kita, masalah mereka yang asalnya boleh
diselesaikan jadi tak dapat diselesaikan. Tak semua orang, akan bercerita jika
tidak ditanya. Jadi, mulakan dari
sekarang, berbual perkembangan masing-masing.
Masalah kita sendiri,
kadang kadang, ya kita malas nak bercerita jika tidak ditanya. Kadang-kadang
malas nak minta bantuan ahli serumah sebab tidak yakin. Tapi tanpa sedar, belum
tentu menyepi itu lebih baik.
No comments:
Post a Comment