Thursday, March 19, 2026

Perkhidmatan pelanggan

 Perkhidmatan pelanggan (bahasa Inggeris: Customer Service) ialah bantuan dan nasihat/cadangan dari satu perniagaan kepada pelanggan yang membeli perkhidmatan atau barangan mereka. Khidmat pelanggan selalu diamalkan sebagai satu cara untuk menggambarkan nilai dan tahap dalam sesuatu industri. Khidmat pelanggan yang bagus biasanya diukur melalui interaksi pelanggan. Kejayaan khidmat pelanggan bergantung kepada pekerja yang menyesuaikan diri dengan pelanggan.

 

Dari laman web Velaro, khidmat pelanggan ialah sokongan yang disediakan sebelum, semasa dan selepas pelanggan membeli barangan atau perkhidmatan. Ia membantu pelanggan mendapat pengalaman yang baik dalam interaksi jual beli. Secara asas, khidmat pelanggan ialah memenuhu keperluan pelanggan dan menunjukkan mereka diterima dan dihargai.

 

Dalam sesetengah kes, khidmat pelanggan ialah sebahagian aset tidak alih syarikat dan boleh dibezakan mengikut industri. Satu pengalaman khidmat pelanggan yang baik boleh mengubah persepsi yang pelanggan percaya terhadap organisasi berkenaan. Dijangka chatbot menggunakan AI akan memberi kesan kepada khidmat pelanggan dan pusat panggilan dan akan meningkatkan hasil secara langsung. Sudah banyak organisasi menggunakan chatbot untuk membaiki pengalaman pelanggan mereka.

 

75 peratus pelanggan mengatakan mereka akan terus membeli bersama satu-satu kedai, walau ada kesilapan, jika khidmat pelanggan kedai itu bagus. Ini menunjukkan bahagian ini penting untuk mengekalkan pelanggan.

 

Biasanya syarikat akan adakan satu polisi atau piawaian utnuk membantu pegawai khidmat pelanggan mereka untuk ikuti pakej perkhidmatan. Ini kerana evolusi yang ada sudah dapat kenalpasti keperluan pelanggan. Pakej perkhidmatan ini, ialah gabungan ciri mudah alih dan tidak mudah alih untuk mengendali pelanggan.

 

Automasi

Khidmat pelanggan boleh dibuat secara perorangan (wakil jualan) atau secara automasi, seperti kiosk, laman web dan aplikasi. Kelebihan automasi ialah capaian 24 jam sehari, yang melengkapkan khidmat secara perorangan.

Melalui teknologi, khidmat pelanggan sudah kurang kosnya.contohnya, menggunakan kepintaran buatan (AI, artificial intelligence). kaedah seperti bantuan dalam talian seperti avatar dan chatbot sudah banyak digunakan dalam laman web jualan, sekarang.

 

 Sumber

1. wikipedia

2. Velaro, https://velaro.com/blog/the-complete-guide-to-customer-service