Supermum?
Tengah tengah tertekan dengan kerja, aku kemas meja dan
capai satu majalah. Satu artikel menarik aku baca; supermum perlu jaga diri.
Huh? Dari satu sisi, kita nampak supermum ni mesti hebat habislah. Semua kerja
dibuat sendiri, lagi lagi kalau yang bekerja. Bagi anak sedikit, mungkin boleh
dikawal. Tapi, kena yang anak ramai atau anak yang lasak, alamak.!!
Sindrom supermum mungkin sudah jadi trend sekarang, bila
para ibu bukan lagi surisumah sepenuh masa. Keperluan ekonomi yang mendesak,
buat perempuan sama naik dengan lelaki untuk bekerja. Perempuan pula, rasanya
semua orang faham kalau yang cerewet tu bagaimana lagaknya. Serba serbi mahu
sempurna. Dalam kes supermum ni, kerjaya mahu dicapai, keluarga pun mahu dijaga
baik.
Menjadi supermum tidak lah salah bagi aku, sebab semua orang
mahu jadi super. Kita sentiasa mahukan yang terbaik tapi, janganlah sampai
membebankan diri. Bagi aku, kalau
supermum tak terfikir hal diri sendiri, agak bahaya. Sebabnya kalau ditakdirkan
dia tak ada atau, mungkin sakit, tak ada orang nak ambil alih. Melainkan
ada orang sekeliling sanggup menjadi
pengganti sementara.
Sebahagian dari artikel itu, aku bawa ke sini;
a)
Sayangi diri sendiri. Logiknya orang yang tak
sayangkan diri sendiri memang tak mungkin sayangkan orang lain. Mungkin
superwoman atau supermun lebih sayangkan kareer atau anak lebih dari dirinya
tapi dia masih perlu sayangkan diri sendiri.
b)
Dapatkan untuk diri dahulu. Kalau orang yang
pernah naik kapal terbang, anda dinasihatkan dapatkan oksigen untuk anda dahulu
sebelum diberi kepada anak atau orang di sebelah. Kerana hanya orang ang
selamat sahaja dapat menyelamatkan orang lain. Sama juga anda, setelah
keperluan anda cukup, anda mampu memenuhi keperluan keluarga.
aku suka gambar ni, kucing pun dodoikan anak :)