Bukan sekadar ilmu
Proses kehidupan manusia, melalui proses belajar; sejak
dalam kandungan ibu kita sebenarnya. Ketika kita belajar, bukan hanya ilmu itu
kita dapat. Ilmu itu yang akan mempengaruhi tingkah laku kita.
Ambil motivasi dari bayi, bila ia belajar berjalan. Dari merangkak,
bertatih sehingga berlari. Dalam proses ini, banyak kali jatuh dan bangun
kembali tapi baginya, tidak boleh putus asa. Tetapi, apabila dewasa kita lupa
naikkan semangat belajar etika bayi untuk tidak patah semangat. Sekali jatuh,
jarang benar kita mahu bangun kembali.
Bagi saya, kita bertindakmengikut ilmu dan maklumat yang
kita dapat. Contonhya jika kita tahu satu satu tempat itu bahaya, kita cuba
elakkan tempat itu. Juga dalam pekerjaan kita, bila kita terpaksa lakukan
sesuatu diluar kepakaran kita, semangat itu kurang.
Saya terperasan, orang yang berpengetahuan lebih, kadang
kadang cerewet dalam kerja. Seperti kawan saya pernah cakap; “ bila kita tahu
sikit, kita buat sikit. Tapi sekarang kita tau banya, banyak salah kita nampak.”
Mungkin betul…
Kawan,
Jangan berhenti untuk belajar benda baru. Kita akan
tua jika tidak belajar. Belajar adalah satu proses bertesudan untuk hidup.
No comments:
Post a Comment