Gula….. hmmm…. Tak ada gula, tak sedap minuman dan kek.
Tapi, terlebih gula, parah juga. Kena pulak kalau kanak-kanak, gula-gula dan
jajan jadi makanan kegemaran.
Penyakit bawaan gula ni, mungkin doctor lebih layak ulas
berbanding aku. Cuma aku nak kongsi sedikit cerita berkaitan gula. Kaitan gula
dengan tingkah laku. Umum sudah tahu, gula penyebab kencing manis (diabetis),
kegemukan dan sakit gigi. ‘Adik beradik’ penyakit penyakit ni pun banyak. Tapi,
ramai tak sedar kesan gula pada tingkah laku.
Sekitar tahun 2006-2007, aku pernah sembang dengan seorang doktor
berkaitan gula. Paras gula ku rendah masa tu. Ya, tak cukup gula pun masalah
juga sebenarnya. Badan jadi lemah, tak cukup tenaga.
Spontan aku tanya “Kalau terlebih gula boleh jadi terlebih
tenaga ke?”
Dan jawapannya, “Ya, boleh jadi. Orang yang consume banyak
gula boleh jadi energetic, hyperactive. Kalau kanak-kanak yang diagnose as hyperactive, kita pantau
jajan yang dia makan..”
Masa tu, aku tak ambil kisah sangat sebab tak ada kaitan
dengan aku.Aku sendiri tak pernah urus budak-budak aktif. Tapi sekarang, sejak
jadi private tutor, banyak yang aku jumpa budak-budak lasak. Belum tahap hyper
lagi tapi, agak uji kesabaran. Dan, aku soal selidik apa yang diorang makan dan
minum tiap tiap hari.
Memang betul macam doktor tu cakap… Terlebih ambil gula
buatkan budak budak ni tak tahu duduk diam. Paling parah bila aku sorang saja
trainer. Kalau aku pergi bilik air sekejap, diorang hilang. Risau juga kalau
kena culik dek orang budak budak ni.
Bagi parents, mungkin kita boleh check apa anak anak kita
makan. Betul, jajan dan kanak-kanak tak boleh berpisah. Kita pun suka manis manis
ni. Tapi, hadkan. Terlebih aktif sebab gula, kita boleh kawal melalui
makanannya.
Aku pernah uji dengan seorang murid ni. Aku tanya emaknya,
betul tak budak ni suka ambil air manis dan jajan? Dan emaknya mengaku, anak
ini suka sangat air gas dan mi segera. Aku cuma minta kerjasama, kita kawal apa
yang dia makan. Alhamdulillah, bila ada kawalan pada pengambilan gula, kurang
sikit kekecohan yang murid ni buat.
KLIK SINI untuk kursus bahasa Inggeris di Terengganu