Bercuti terapi minda dan badan.
Dalam setahun, berapa hari kita dapat cuti? Cuti hujung
minggu, perayaan dan cuti umum. Campur tolak, lebih kurang sebulan. Cuti MC
jangan kira, itu kes lain. Daripada cuti yang anda dapat, adakah ia memberi
manfaat, atau saja saja (saja jer) cuti tersebut ?
Kalau dapat cuti, gunakan sepenuhnya. Biar bagi manfaat,
jangan biar cuti yang ada menjadi saja je dapat cuti tapi tak berguna. Macam
mana nak buat cuti tu beri manfaat?
Bercuti majikan bagi untuk pulihkan semangat kita bekerja.
Semangat badan, semangat minda. Kalau kita biarkan saja, sia sia jadinya. Pergi
kerja balik hari Isnin, masih blurr macam Jumaat last week juga. Kalau bos
restrict cuti, kita pulak mengeluh tak dapat cuti. Habis, dah tak guna cuti
yang ada, nak mengeluh bagai pun tak mengubah keadaan jugak. Betul tak?
Pergi lah bercuti, bersantai. Cuti, bukan setakat tak masuk
kerja. Aku faham, nak berjalan every week, ramai yang tak upaya. Tak upaya
masa, tak upaya kos. Tapi, sekali sekala, keluarlah berjalan. Pergi pantai ke,
main bola pantai. Kalau pantai yang ada aktiviti lain, join saja. Naik bot ke,
kuda ke kalau ada. Tak suka tempat berair, rumah inap desa (homestay) banyak
yang tawarkan pakej ke dusun buah, ke sawah dan pakej pakej lain. Join saja.
Bagi budak moden, kalian tak merasa buah dari pokok kalau tak join aktiviti
homestay tu. Ke sawah, lagi la…. Makan nasi lajulah. Betul tak?
Bila bercuti, buat
benda yang bukan rutin kita, baik untuk badan dan minda kita. Berterusan hadap
benda rutin, benda baru buat kita teruja dan bersemangat. Ada benda baru yang
buat kita dapat ilham dan ilmu baru. Dan ya, kadang kadang ia datang dengan
senyuman baru.
Bila datang dengan semangat, ilham, ilmu dan senyuman baru
ke pejabat, sebenarnya memberi kita tenaga untuk terus bekerja dengan baik.
Dengan motivasi kita, ia sebenarnya beri pengaruh baik kepada teman sekerja,
bos dan jangan terkejut jika mempengaruhi gaji kita.
No comments:
Post a Comment