Sekarang sudah jadi tren, ambil makanan tambahan untuk
berdiet dan hidup sihat. Tapi ramai yang lupa, sebelum ambil suplemen, jaga
dulu apa yang kita makan dan minum. Cuba periksa, kita ada tak ikut panduan ni,
sebelum mencari suplemen diet;
Perkara larangan keras:
1.
Rokok
2.
Minuman beralkohol
3.
Bertukar pasangan tidur
4.
Ubat-ubatan terlarang (dadah)
5.
Makanan kotor, terdedah, tamat tempoh
Perkara perlu kurangkan:
1.
Makanan proses (mi segera, jajan,makanan dalam
tin dll..)
2.
Makanan segera
3.
Minuman manis
4.
Makan di depan tv
5.
Makan di meja kerja
Amalan lain
1.
Makan buah dahulu (appetizer) sebelum makanan
berat. Kita selalu terbalik buat.
2.
Biasakan sayur sebagai lauk dan daging/ayam/ikan
sebagai hidangan sampingan.
3.
Minum banyak air mineral atau air masak
4.
Lebih baik makan nasi 1-2 senduk bersama lauk +
air masak berbanding energy bar + isotonic drink. Nampak banyak tapi lebih
sihat.
5.
Makan kerap tak ada masalah, selagi kita jaga
saiz hidangan.
6.
Banyakkan bergerak. Jangan tunggu saiz badan dah
besar baru nak bersenam.
7.
Jika kerja kita tidak ada syif, jangan jadi
‘kelawar’. Waktu malam, waktu badan kita berehat.
8.
Setialah kepada pasangan. Bagus untuk hati dan
otak, kerana tidak perlu simpan rasa bersalah. Bagus untuk badan kerana tiada
akses penyakit berjangkit.
9.
Waktu kerja untuk kerja, waktu cuti untuk cuti.
No comments:
Post a Comment