Saturday, February 1, 2025

Kepintaran Buatan di Malaysia

 Kepintaran Buatan di Malaysia

Revolusi Industri Ke-empat (IR4) berada di sekeliling kita. Ia menerangkan suasana semasa dan membangun di mana teknologi seperti robot, realiti maya dan kepintaran buatan mengubah cara kita hidup dab bekerja. Kelihatan seperti futuristil tetapi ia sudah menjadi sebahagian dari kita. Contohnya pembantu maya seperti Alexa, Siri dan Cortana.

Menurut Azmi dalam webnya, Kepintaran Buatan ialah proses oleh jentera terutamanya sistem komputer. Proses ini termasuk pembelajaran, memberi sebab dan pembetulan sendiri. contohnya sistem pakar, pengecaman suaran dan penglihatan maya.

Kementerian Digital meletakkan pesedaran Kepintaran Buatan sebagai agenda utama untuk 2024. Menterinya, Gobind Singh Deo juga menekankan keselamatan siber. Menteri Gobind menyatakan ia penting untuk pastikan anak-anak memahami potensi teknologi dan bagaimana ia membaiki kehidupan kita. Beliau merancang untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian tinggi untuk memperkenalkan inisiatif berfokus Kepintaran Buatan kepada pelajar. Ia termasuklah sekolah dan university dilengkaokan dengan infrastruktur yang menyokong Kepintaran Buatan.

Kemunculan Malaysia sebagai hub Kepintaran buatan mendapat momentum yang signifikan, dijana oleh minat pemain industri global. Pada 2 Mei 2024 pengerusi Microsoft ke Kuala Lumpur untuk Forum Kepimpinan AI Kebangsaan untuk mempromosi penghasilan Kepintaran Buatan.

Pelaburan Microsoft di Malaysia termasuk membina infrastruktur dan awam Kepintaran Buatan. Ia juga akan mengukuhkan keupayaan keselamatan siber di Malaysia.

Pelaburan dalam infrastruktur digital dan pembangunan kemahiran sangat penting untuk mengurangkan jurang digital dan mengukuhkan perniagaan rakyat dan pembangun industry untuk memasarkan teknologi baru. ia juga akan membuka peluang untuk pekerjaan baru kepada rakyat.

Dalam laporan dalam Open Gov Asia, dijangka 500,000 jawatan memerlukan kemahiran Kepintaran Buatan menjelang 2030.

Kesihatan

Pengamal perubatan mula menggunakan Stethee Pro ( hasil kolaborasi MIDA, TDG, dan CREST yang membolehkan analisis lebih tepat dan boleh direkod ke telefon pintar melalui teknologi Bluetooth. Malaysia juga terlibat dalam inisiatif Remedis AI untuk mengesan barah paru-paru.

Menurut Serena Fuai Sinn, jururawat pusat peruatan Sunway mengintegrasikan kepintaran buatan lama tugas seharian. Peranti pengesan pesakit yang diguna memudahkan jururawat memantau pesakit di wad.

Fesyen

Jenama pakaian dalam talian Custlr menggunakan Kepintaran Buatan untuk mengurus inventori, kadar jualan dan sasaran pelanggan. Rakan niaganya, Sarafix pula mengukur saiz badan pelanggan dalam masa beberapa saat untuk mencadangkan pakaian yang sesuai.

Suntikan Kepintaran Buatan dalam fotografi fesyen membolehkan jurufoto tidak perlu fikirkan semua aspek fotogtafi, kerana sudah bersifat automatik, dengan bantuan Kepintaran Buatan, ia meluaskan kreativiti dan estetika fotografi.

Perundangan

Pusat Bantuan Perundangan Digital Sabah

Pusat bantuan perundangan yang pertama di Malaysia menggunakan teknologi digital di Telipok, Sabah. Pusat ini memberi nasihat undang-undang dan perkhidmatan computer yang memberi pengguna akses ke status, kes perundangan, buku teks, perjanjian dan borang.

Pendidikan

Harian Metro melaporkan kerajaan Malaysia mensasarkan sejuta rakyat mempunyai pengetahuan asas berkenaan Kepintaran Buatan. Melalui proses pembelajaran kendiri di portal www.ai.gov.my, terdapat dua program iaitu AI Aware dan AI Appreciate. Kedua dua modul ini terdapat dalam bahasa Melayu,Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Pada tahun 2023, UTM menjadi pemula dalam menubuhkan Fakulti Kepintaran Buatan di kampus Kuala Lumpur. Ini diikuti oleh 20 universiti dan kolej awam lain sebagai sebahagian dari pelan pembangunan kepintaran buatan di Malaysia.

Rujukan

  1. Azmi. Overview of Artificial Intelligence in Malaysia. https://www.azmilaw.com/insights/overview-of-artificial-intelligence-in-malaysia-2/
  2. Alita Sharon, 6 Januari  2025. Malaysia: AI Awareness, Cybersecurity for a Future-Ready Nation. https://opengovasia.com/2025/01/06/malaysia-ai-awareness-cybersecurity-for-a-future-ready-nation/
  3. Amir Abd Hamid, 16 Januari 2024. Sasar sejuta rakyat Malaysia ada pengetahuan asas mengenai AI https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1051046/sasar-sejuta-rakyat-malaysia-ada-pengetahuan-asas-mengenai-ai
  4. Mohd Nazri Mahrin, 15 Disember 2023.Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan: Apa Impak kepada Malaysia? https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/12/1189309/penubuhan-fakulti-kecerdasan-buatan-apa-impak-kepada-malaysia
  5. Unleashing AI’s full potential: the next catalyst for digital growth. https://www.mida.gov.my/unleashing-ais-full-potential-the-next-catalyst-for-digital-growth-2/
  6. Suzalina Halid, 16 Disember 2024. 20 universiti diarah tubuh fakulti AI. Laman web Berita Harian.
  7. Yusaini Fitri, 28 Januari 2025.Suntikan AI pada Fotografi Fesyen.
  8. Berita harian, 15 Jun 2024. Teknologi AI Bantu Tugas Jururawat Pantau Pesakit. https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2024/1258941/teknologi-ai-bantu-tugas-jururawat-pantau-pesakit.
  9. Mashitah Abu, 25 Disember 2023. AI sektor Kesihatan bawa cabaran besar. Htttps:/www.bharian.com.my/rencana/komentar/2023/12/1192603/ai-sektor-kesihatan-bawa-cabaran-besar.

1

 

 

 

 

Lapangan Kepintaran Buatan

 Lapangan Kepintaran Buatan

Kepintaran Buatan mempunyai kelebihan untuk membantu kerja kita lebih cepat dan tepat.

Kesihatan dan perubatan

Aplikasi Kepintaran Buatan dalam perubatan. Dalam kajian perubatan, Kepintaran Buatan adalah perkakasan penting untuk memproses dan mengintegrasi data besar. Ia penting untuk pembangunan kejuruteraan tisu dan organoid yang menggunakan pengimejan mikroskopi untuk teknik fabrikasi.

2021 – AlphaFold 2 menunjukkan keupayaan dalam masa beberapa jam berbanding berbulan-bulan untuk membuat struktur protein 3 dimensi.

2023 – penemuan ubat berbantu Kepintaran Buatanmembantu untuk mencari jenis antibiotik untuk membunuh bakteria kebal ubat.

2024 – penyelidik menggunakan pembelajaran jentera untuk mencepatkan proses mencari rawatan penyakit Parkinson. Tujuan mereka untuk mengecam kompaun yang menghalang pelompok, atau merangsang alpha-synuclein (protein yang membentu penyakit Parkinson).

Seksual

Aplikasi Kepintaran Buatan seperti penjejak kesuburan dan haid boleh menganalisa data pengguna untuk menganggar masa kesuburan dan haid, dalam bahan pendidikan seks dan pornografi.

Permainan

Program permainan digunakan sejak 1950 untuk menunjuk dan menguji Kepintaran Buatan.

Mei 1997 - Deep Blue menjadi permainan catur pertama yang mengalahkan juara catur Garry Kasparov.

2011 – dalam pertandingan Jeorpady, Watson (dibangunkan oleh IBM) mengalahkan juara Brad Rutter dan Ken Jennings.

Mac 2016 – AlphaGo memenangi 4 dari 5 permainan Go, bertanding dengan juaga Lee Sedol.

2019 – AlphaStar DeepMind mencapai tahap grandmaster dalam StarCraft II, mencabar permainan strategi masa maya yang melibatkan pengetahuan yang tidak lengkap berkenaan peta.

2021 – ejen Kepintaran Buatan bertanding dalam PlayStation Gran Turismo, menang kepada empat pemandu Gran Turismo menggunakan pembelajaran peneguhan mendalam.

2024 – DeepMind Google memperkenalkan SIMA, jenis Kepintaran Buatan yang mampu bermain sembilan permainan video dengan hanya melihat output skrin.

Kepintaran Buatan penghasilan gambar

Aplikasi yang menghasilkan gamnar, video atau teks. Model ini belajar melalui pola dan struktur yang diberi dan menghasilkan benda baru berdasarkan maklumat yang diberi (dipanggil prompt)

Kepintaran Buatan penghasilan diguna meluas dalam industri, termasuk pembangunan perisiam. Kesihatan, kewangan, hiburan, khidmat pelanggan, jualan dan pemasaran, seni, penulisan, fesyen dan rekabentuk produk. Bagaimanapun, kerisauan meningkat berkaitan peluang salah guna seperti jenayah siber.

Ejen

Ejen Kepintaran Buatan ialah entiti perisian yang dicipta untuk melihat persekitaran perisian, membuat keputusan dan mengambil tindakan automatik untuk mencapai tujuan tertentu. Ejen nin boleh berinteraksi dengan pengguna, persekitarannya atau ejen lain. Ejen Kepintaran Buatan seperti pembantu maya, chatbot dan robot industri.

Bidang lain

Dalam pertanian, Kepintaran Buatan membantu peladang mengesan kawasan yang perlu pengairan, baja, rawatan perosak atau peningkatan tuaian. Kepintaran Buatan sudah diguna untuk menjangka masa tumbuhan ranum, menyelia lembapan tanah dan mengkelas ternakan dan lain-lain.

Bidang kajiangkasa menggunakan Kepintaran Buatan untuk menganalisa peningkatan amaun dan data yang ada. Contohnya meramal aktiviti matahari dan cuaca.

 

Kelebihan Kepintaran Buatan

Kepintaran Buatan menawarkan kelebihan dalam pelbagai industri. Antaranya

·         Tugas berulang dan automasi

·         Pemahaman data lebih cepat dan banyak

·         Mengukuhkan keputusan yang dibuat

·         Kurang ralat manusia

·         Tersedia setiap masa

·         Mengurangkan risiko fizikal

Tugas berulang dan automasi

Kepintaran Buatan boleh mengautomasi kerja rutin, berulang dan menjemukan – termasuk kerja digital seperti mengumpul, memasukkan dan memproses data.

Mengukuhkan keputusan yang dibuat

Sama ada menyokong keputusan atau sepenuhnya membuat keputusan, Kepintaran Buatan membuatkan keputusan dibuat berdasarkan fakta lebih cepat dan pantas. Digabung dengan automasi, Kepintaran Buatan membolehkan perniagaan bertindak atas peluang dan memberi maklumbalas kepada krisis yang dihadapi dalam masa nyata tanpa bantuan manusia.

Kurang ralat manusia

Kepintaran Buatan mengurangkan ralat manusia dalam pelbagai bentuk, dari membantu oran melalui langkah teratur untuk proses, menunjukkan potensi ralat sebelum terjadi dan proses automasi tanpa bantuan manusia. Ia penting terutamanya dalam industri penjagaan kesihatan seperti robot bedah untuk ketepatan yang tetap.

Algoritma pembelajaran jentera akan berterusan membaiki ketepatan dan terus mengurangkan ralat kerana terdedah dengan data yang lebih banyak dan ‘belajar’ melalui pengalaman.

Tersedia sepanjang masa dan konsisten

Kepintaran Buatan biasanya tersedia dan melaksana dengan konsisten setiap masa. Perkakasan seperti pembantu maya meringankan tugas khidmat pelanggan.

Mengurangkan risiko fizikal

Dengan mengautomasi kerja berbahaya -  seperti mengawal haiwan, mengurus bahan mudah meletup, kerja di laut dalam - Kepintaran Buatan boleh menghindar keperluan manusia mengambil risiko cedera.

Perkhidmatan pelanggan, sokongan dan pengalaman pelanggan

Syarikat boleh menggunakan chatbot dan pembantu maya yang dikuasakan oleh Kepintaran Buatan untuk mengurus permintaan pelanggan. Perkakasan ini menggunakan pemprosesan bahasa natural dan keupayaan penghasilan Kepintaran Buatan untuk memahami dan memberi maklumbalas kepada soalan pelanggan berkenaan status tempahan, perincian produk dan polisi kembalian barangan.

Pembantu maya dan chatbot menyediakan soalan kerap ditanya, bebas ejen manusia untuk fokus ke tugasa lebih penting dan memberi pelanggan perkhidmatan yang cepat dan lebih konsisten.

Mengecam penipuan

Bpembelajaran jentera dan algoritma pembelajaran mendalam boleh menganalisa pola transaksi dan kelainan seperti perbelanjaan luarbiasa atau lokasi log masuk, yang menunjukkan transaksi meragukan. Ini mebolehkan rganisasi untuk bertindakbalas dengan lebih cepat dan mengurangkan kesan , memberi mereka dan pelanggan kelapangan hati.

Pemasaran peribadi

Jabatan pemasaran syarikat menggunakan Kepintaran Buatan untuk peribadikan pengalaman pelanggan dan kempen pemasaran yang menggiurkan pelanggan dan membaiki jumlah jualan. Berdasarkan data dari sejarah pembelian dan tabiat pelanggan, algortm boleh mencadangkan produk dan perkhidmatan yang pelanggan mungkin mahukan, dan boleh menghasilkan tawaran peribadi dalam masa nyata.

Sumber manusia

Platform pengambilan pekerja menggunakan Kepintaran Buatan boleh nemapis resume, memadankan calon dengan tugasan kerja dan mungkin temuduga pertama menggunakan analisis video. Ini boleh mengurangkan timbulan kerja pengurusan yang melibatkan calon yang ramai. Ia juga boleh mengurangkan masa tindakbalas dan masa untuk ambilan pekerja, membaiki pengalaman calon; sama ada mereka diterima atau tidak.

Penyelenggaraan berjangka

Model pembelajaran jentera boleh menganalisa data dari pengesan untuk menjangka bila selenggara perlu dilakukan dan menjangka kegagalan peralatan sebelum terjadi. Penghalang penyelenggaraan  yang dibantu Kepintaran Buatan membantu untuk elakkan masa rosak dan membolehkan anda untuk kekal di hadapan dalam isu rantaian bekalan sebelum ia memberi kesan.

Cabaran dari risiko Kepintaran Buatan

  1. ·  Risiko data
  2. ·iRisiko model
  3. · Risiko operasi
  4. · Risiko perundangan
  5. · Risiko etika

Rujukan

1.    Cole Stryker & Eda Kavlakoglu . What is artificial intelligence (AI)? https://www.ibm.com/think/topics/artificial-intelligence

2.    Gordon Scott January 28, 2025. What Is Artificial Intelligence (AI)? https://www.investopedia.com/terms/a/artificial-intelligence-ai.asp