Thursday, October 17, 2013

Program cuti sekolah hujung tahun


Cuti sekolah bermula bulan November nanti. Ada beberapa agenda sudah aku susun untuk cuti sekolah dan boleh dibawa hingga buka sekolah tahun depan.

Antara agenda yang sudah direncana seperti berikut;

1. Youth and kids’ English Camp

    Ini memang spesifik untuk agenda hujung tahun. Bagi kids darjah 4,5 dan 6, ini tempat yang baik untuk belajar English terutamanya Grammar dan Public Speaking. Bagi youth dari umur 13 hingga 19, ini adalah peluang terbaik untuk belajar dan ulangkaji balik grammar dan speaking skill yang dah terlupa dan tertinggal.

2. SPM and exam preparation class 2014

     Untuk yang menduduki peperiksaan tahun 2014, sebulan lebih cuti sekolah ni menjadi platform untuk ulangkaji silibus lepas. Bulan Januari masuk sekolah, dah akan jumpa silibus baru.

3. Kelas intensif bahasa Inggeris

    Khusus untuk lepasan PMR dan SPM, kursus jangka pendek ini untuk anda. Kem di (1) mungkin tak mencukupi untuk anda, kursus sebulan ini menampung keperluan anda. Kursus termasuk grammar skill, writing skill dan speaking skill. Bagi pelajar STPM, Kursus intensif berupaya menyediakan pelajar menduduki MUET.




Sunday, September 29, 2013

Gula : Sumber Tenaga Vs Punca Terlebih Aktif (hyperactive)



Gula….. hmmm…. Tak ada gula, tak sedap minuman dan kek. Tapi, terlebih gula, parah juga. Kena pulak kalau kanak-kanak, gula-gula dan jajan jadi makanan kegemaran.

Penyakit bawaan gula ni, mungkin doctor lebih layak ulas berbanding aku. Cuma aku nak kongsi sedikit cerita berkaitan gula. Kaitan gula dengan tingkah laku. Umum sudah tahu, gula penyebab kencing manis (diabetis), kegemukan dan sakit gigi. ‘Adik beradik’ penyakit penyakit ni pun banyak. Tapi, ramai tak sedar kesan gula pada tingkah laku.

Sekitar tahun 2006-2007, aku pernah sembang dengan seorang doktor berkaitan gula. Paras gula ku rendah masa tu. Ya, tak cukup gula pun masalah juga sebenarnya. Badan jadi lemah, tak cukup tenaga.
Spontan aku tanya “Kalau terlebih gula boleh jadi terlebih tenaga ke?”

Dan jawapannya, “Ya, boleh jadi. Orang yang consume banyak gula boleh jadi energetic, hyperactive. Kalau kanak-kanak  yang diagnose as hyperactive, kita pantau jajan yang dia makan..”

Masa tu, aku tak ambil kisah sangat sebab tak ada kaitan dengan aku.Aku sendiri tak pernah urus budak-budak aktif. Tapi sekarang, sejak jadi private tutor, banyak yang aku jumpa budak-budak lasak. Belum tahap hyper lagi tapi, agak uji kesabaran. Dan, aku soal selidik apa yang diorang makan dan minum tiap tiap hari.

Memang betul macam doktor tu cakap… Terlebih ambil gula buatkan budak budak ni tak tahu duduk diam. Paling parah bila aku sorang saja trainer. Kalau aku pergi bilik air sekejap, diorang hilang. Risau juga kalau kena culik dek orang budak budak ni.

Bagi parents, mungkin kita boleh check apa anak anak kita makan. Betul, jajan dan kanak-kanak tak boleh berpisah. Kita pun suka manis manis ni. Tapi, hadkan. Terlebih aktif sebab gula, kita boleh kawal melalui makanannya.


Aku pernah uji dengan seorang murid ni. Aku tanya emaknya, betul tak budak ni suka ambil air manis dan jajan? Dan emaknya mengaku, anak ini suka sangat air gas dan mi segera. Aku cuma minta kerjasama, kita kawal apa yang dia makan. Alhamdulillah, bila ada kawalan pada pengambilan gula, kurang sikit kekecohan yang murid ni buat.



KLIK SINI untuk kursus bahasa Inggeris di Terengganu

Sihat tanpa berbelanja lebih


Sekarang sudah jadi tren, ambil makanan tambahan untuk berdiet dan hidup sihat. Tapi ramai yang lupa, sebelum ambil suplemen, jaga dulu apa yang kita makan dan minum. Cuba periksa, kita ada tak ikut panduan ni, sebelum mencari suplemen diet;


Perkara larangan keras:
1.       Rokok
2.       Minuman beralkohol
3.       Bertukar pasangan tidur
4.       Ubat-ubatan terlarang (dadah)
5.       Makanan kotor, terdedah, tamat tempoh


Perkara perlu kurangkan:
1.       Makanan proses (mi segera, jajan,makanan dalam tin dll..)
2.       Makanan segera
3.       Minuman manis
4.       Makan di depan tv
5.       Makan di meja kerja


Amalan lain

1.       Makan buah dahulu (appetizer) sebelum makanan berat. Kita selalu terbalik buat.
2.       Biasakan sayur sebagai lauk dan daging/ayam/ikan sebagai hidangan sampingan.
3.       Minum banyak air mineral atau air masak
4.       Lebih baik makan nasi 1-2 senduk bersama lauk + air masak berbanding energy bar + isotonic drink. Nampak banyak tapi lebih sihat.
5.       Makan kerap tak ada masalah, selagi kita jaga saiz hidangan.
6.       Banyakkan bergerak. Jangan tunggu saiz badan dah besar baru nak bersenam.
7.       Jika kerja kita tidak ada syif, jangan jadi ‘kelawar’. Waktu malam, waktu badan kita berehat.
8.       Setialah kepada pasangan. Bagus untuk hati dan otak, kerana tidak perlu simpan rasa bersalah. Bagus untuk badan kerana tiada akses penyakit berjangkit.

9.       Waktu kerja untuk kerja, waktu cuti untuk cuti.