Sunday, August 30, 2015

Susu kambing baik untuk kulit

Banyak produk kosmetik sekarang sudah mula guna bahan semulajadi untuk kulit. Antara yang popular; susu kambing.

Antara kebaikan susu kambing untuk kulit :
a) melembabkan kulit
b) mencerahkan kulit
c) mengurangkan gatal dan jerawat
d) untuk kulit sensitif, susu kambing pilihan yang baik


Walaupun dah banyak kosmetik dicampur dengan susu kambing, yang paling baik kalau kita minum atau makan. Ia lebih baik berbanding sapu di kulit. Sebabnya? Biarlah zat yang kita dapat dari susu kambing, mula dari dalam badan kita.


Nak cari susu kambing yang tak hamis? Klik SINI

Tuesday, July 28, 2015

Tukar produk kulit, ada masalah tak?

Bab kulit, terutamanya muka; ramai yang risau. Sebabnya orang senang nampak either elok atau tak.

Ramai je yang suka suka tukar produk untuk kulit ni. Cuma, ada masalah tak? Ramai yang tak ada masalah tapi yang  berkulit sensitif, memang masalah.

 Apa yang perlu dibuat bila mahu menukar produk kecantikan?


Kulit kita sentiasa berubah mengikut umur, cuaca dan keadaan membuatkan kadang kadang kita perlu menukar jenis produk. Jika dulu kulit kita jenis berminyak, hampir saja ke umur 40an, ia hampir kepada kering. Begitu juga ketika mula bekerja dengan keadaan yang tidak sama ketika belajar. Kalau jenis kulit sensitif, bertambah lah,ketelitian memilih. Berikut adalah panduan memilih atau ingin menukar produk
a)teliti jenis kulit (berminyak, kering, normal atau jika ada alahan tertentu)
b)pilih produk mengikut jenis kulit. teliti juga bahan yang ada jika anda mempunyai kulit sensitif. walaupun produk itu manyatakan ia jenis lembut, jika anda alah pada bahan dalam produk itu, ia bukan untuk anda
c)ketika ingin menukar produk atau jenama, 'rehatkan' kulit dari memakai apa apa produk dalam masa seminggu. ia untuk mengelakkan kejutan pada kulit.
d) peringatan kepada pemilik kulit sensitif, jangan campur jenama produk bagi mengelakkan masalah kulit. ( contoh campur jenama ialah guna pencuci mula jenama A, tapi guna pelembab jenama B kemudian guna pelindung matahari jenama C)


Sunday, April 19, 2015

Software Review: Snappy invoice

Dah 3 tahun kot aku tinggal dunia software testing. Walau masih dalam dunia komputer, aku test website sendiri je. Kali ni just nak kongsi software untuk invoicing (buat invoice).

Biasa kalau bisnes kecil kecil, contohnya tuisyen, kita keluarkan resit tapi nak update, kena isi manual dalam form: siapa yang dah bayar dalam bulan ni.

Sejak aku guna Snappy invoice system, dah diupdate terus dalam rekod, bila kita buat invoice/resit. cuma, kena print invoice ni untuk bagi kat customer. Maklumat harga produk dan customer, kita boleh kemaskini dalam software ni.



Ini, antara software interface. Gambar kedua, gambar invoice sebelum kita print. Kalau ikutkan, selain print, ada button untuk email kepada customer. 

Kekurangan, masalah tak rajin print saja, untuk aku setakat ni. As for now, kategori baik lagi.