Tersenyum, memegang tangan dan merenung tajam antara bahasa tubuh yang selalu kita buat semasa berbual. Menjadi satu keperluan untuk kita berinteraksi, dan menjadi satu kelebihan andai kta dapat menguasai bahasa tubuh dengan baik.
Kajian mendapati 70-80 % isyarat dihantar melalui pergerakan badan kita semasa berbual berbanding hanya 7-10 % sahaja melalui percakapan. Ini menunjukkan betapa pentingnya kita memahami bahasa tubuh.
Penulis buku The Pinciples of Psychology, William James berpendapat bahawa bahasa tubuh sangat penting. Menurutnya, ada 4 jenis bahasa tubuh yang secara umum menerangkan fikiran dan perasaan seseorang.
- Bahasa tubuh terbuka
Keadaan yang selesa dalam perbualan dan tenang
- Bahasa tubuh tertutup
Sikap yang terarah ke belakang.Bukan membeakangi lawan bicara tetapi menoleh ke arah lain. Sikap ini menunjukkan seperti rasa bosan dan dingin.
- Bahasa tubuh expansif
Biasanya boleh kelihatan dalam posisi berdiri tegak dan dagu mendongak.Sikap ini mencerminkan rasa bangga dan percaya dirinya cukup tinggi.
- Bahasa tubuh tegang
Riak muka yang berkerut,mata tidak bertentang dengan lawan bicara.Sikap ini menunjukkan rasa kecewa,sedih dan geram.
Memahami bahasa tubuh
Prestasi penyampaian kita tidak hanya dipengaruhi oleh pertuturan atau pakaian anda.Tanpa sedar,bahasa tubuh membongkar rasa hati anda tanpa anda ucapkannya. Tips di bawah mungkin membantu anda.
1.Posisi ketika berbual
Posisi anda dan lawan ketika berbual sama ada duduk atau berdiri. Biasanya perbualan berdua kedudukannya adalah bertentangan, berbanding bercakap dalam kumpulan, yang berbicara akan menghadap pendengar.
2.Bertenang
Bertenang saat berbicara,Jangan terlalu mendatar atau terlalu bersemangat. Semasa bercakap,elakkan menyeluk tangan ke dalam poket seluar atau menyembunyikan tangan di belakang, kerana ini menunukkan anda takut. Sebagai pendengar pula, kurangkan pergerakan seperti mengetuk meja atau mengintai ke arah lain dengan kerap, kerana ini menunjukkan anda gelisah dan tidak selesa.
3.pakaian yang sesuai
Pakaian di atas tubuh kita melambangkan bagaimana kita bergaul. Pakaian ke kamar tidur tidak harus sama dengan pakaian ke majlis rasmi atau separuh rasmi. Berpakaian biarlah sesuai dengan budaya dan keadaaan tempat yang anda ingin pergi. Pakaian yang terlalu tebal di bawah panas matahari boleh menghilangkan fokus anda kepada topik utama perbualan anda.
4.Jarak dengan lawan bicara
Ada sesetenah orang agak sensitif dengan jarak semasa berbual,membezakan orang yang rapat atauarang yang baru dikenali secara peribadi. Dalam sesi temuduga juga, terdapat penemuduga meletakkan jarak tertentu untuk menemubual calon. Hal berkaitan temuduga tidak kita bincangkan di sini.
Bahasa tubuh
|
makna
|
Berjalan cepat
|
Yakin diri
|
Berdiri dengan tangan di peha
|
Bersedia
|
Duduk dengan kaki bersilang
|
Bosan
|
Duduk,kaki terbuka
|
Tenang
|
Memeluk tubuh
|
Defensif
|
Berjalan dengan tangan di poket,bahu bongkok
|
Muram,sugul
|
Tangan di dagu
|
berfikir
|
Menyentuh hidung
|
Ragu-ragu, berbohng
|
Menggosok mata
|
Ragu ragu
|
Tangan bersilang di belakang
|
Marah,khuatir,bimbang
|
Menggosok tangan
|
Menyertai
|
Duduk,tangan di belakang kepala
|
Yakin diri,unggul
|
Tapak tangan terbuka
|
Ikhlas
|
Mata tertutup,memicit hidung
|
Penilaian negatif
|
Mengetuk jari
|
Tidak sabar
|
Menyentuh rambut
|
Tidak yakin
|
Mengangguk kepala
|
Berminat
|
Melihat ke bawah,muka berpaling
|
Tidak percaya
|
Menggigit kuku
|
Tidak selamat,gelisah
|
Menyentuh telinga
|
Tidak tahu membuat keputusan
|
Bahasa tubuh dengan pasangan
a) ketika berbicara
Mata tidak dapat lari dari membawa makna tertentu ketika berbual. Mata yangfokus membuktikan anda serius terhadap sesuatu. Gerakan mata yang tidak konsisten menunjukkan penutur sedang berbohong atau tidak yakin dengan butir bicaranya.
Jarak dengan lawan bicara juga penting. Sesetengah orang agak sensitif dengan jarak. Orang jenis ini tidak akan berdiri dan berbual dengan jarak dekat dengan lawan bicara yang kurang dikenalinya.
b) ketika bertengkar
Dalam keadaan ini emosi mungkin tinggi,namun hakikatnya pasangan anda tidak mahkan perbalahan. Berlainan jika pasangan anda menggertak sambil menuding jari ke arah anda, ia maksudkannya.Apabila pasangan anda pergi begitu sahaja, bererti dia sudah tidak mempedulikan anda lagi apa yang anda ingin katakan.
c) ketika berjalan bersama
Pasangan yang baik akan berjalan beriringan dan seirama. Anda perlu berasa bimbang apabila pasangan anda terkehadapan,ini mungkin petanda kekuasaan atau hilangnya komunikasi.
No comments:
Post a Comment