Menjana pendapatan melalui kemahiran dan minat
Dalam kebanyakan pengalaman aku pergi seminar usahawan,
seminar kerjaya atau seumpamanya memang ada slot kemahiran menjana wang.
Kemahiran mencari sumber pendapatan penting tapi mendapat sumber pendapatan melalui
minat dan kemahiran kadang kadang kita terlepas pandang.
Aku tak nak bincangkan isu kemahiran menjana wang di sini
sebab ia lebih sesuai dibincang oleh motivator usahawan. Tapi untuk jadikan
kemahiran dan minat menjadi sumber pendapatan, aku ada pandangan sendiri. Aku
berani cakap, ramai yang bekerja tapi kurang minat dalam pekerjaan tersebut.
Ramai juga yang mempunyai kemahiran tertentu tetapi terhenti setakat itu
sahaja.
Persoalan yang mungkin ada dalam kepala ramai orang; macam
mana nak jadikan minat satu sumber pendapatan? Bagi yang dah bekerja, soalan
dia dah lain; macam mana nak minat kerja?
Pendapat jujur aku, bila kita kerja dalam bidang yang kita
minat dan mahir, kita akan usahakan sesungguh hati dan penuh tumpuan. Beranding
dengan bidang yang bukan major (bukan
kepakaran utama) kita. Untuk tukarkan minat dan bakat menjadi sumber pendapatan
rasanya tak sesusah yang disangka . Permulaan untuk dapatkan tempat dalam
industri, sama seperti kita minta kerja lain. Tetapi kesungguhan dalam kerja yangmembezakannya.
Iklankan saja bakat anda, menjadi perkhidmatan dan servis
kepada orang lain. Contoh paling senang, masak. Ramai kenalan aku pakar dalam
bab memasak dan mengambil upah katering dan bakeri. Aku sendiri, bekerja
sebagai tutor melalui iklan yang aku buat.
Bagi sesetengah orang yang serius dalam bab ini, mungkin
aggressive marketing perlu diambil kira tetapi sebagai permulaan untuk test
market, mulakan dengan segera, walaupun dengan langkah kecil.
No comments:
Post a Comment