Tempat sunyi atau bingar; mana lebih produktif?
Menurut satu artikel dalam satu majalah , menyudahkan
dokumen di kedai kopi lebih baik. Bunyi mesin pembancuh membantu untuk
meningkatkan produktiviti kerja. Suasana bunyi yang terkawal, sama seperti
bunyi radio yang perlahan dan mesin fotostat sebenarnya ada kesan dalam mood
untuk terus bekerja.
Cara kita bekerja sebenarnya pelbagai. Kebanyakan orang
tidak kisah pun dengan bunyi-bunyi ringan seperti radio terpasang, mesin
fotostat, printer dan mesin air. Cuma dalam kerja yang memerlukan perhatian
lebih, kita perlukan suasana yang betul-betul senyap.
Yang peliknya, ada juga yang aku jumpa, suka buat kerja
dalam keadaan ‘meriah’. Sempat juga bertanya, “tak pening ke dengan bunyi
sekeliling ni?” Dan, ya mereka tak kisah pun bahkan lebih cepat siapkan kerja
kerana ingin lari dari kesibukan bunyi yang ada. Sebenarnya, boleh pakai juga
motivasi mereka ini untuk siapkan kerja lebih cepat. Kalau aku sendiri, mungkin
tak. Takut kepala sakit dek kebisingan, kerja tak juga siap.
No comments:
Post a Comment