Tuesday, December 17, 2024

Belajar melalui pemerhatian (Observational Learning)

Pembelajaran melalui pemerhatian ialah  proses pembelajaran dengan cara memerhati dan meniru tndakan model. Model boleh jadi guru, kaum keuarga, rakan atau kejiranan.

Konsep asas pembelajaran pemerhatian

Orang yang belajar secara pemerhatian akan memerhati dan mengikut tindakan dan ekspresi orang lain. Ahli psikologi Amerika, Albert Bandura menerangkan individu akan belajar melalui tingkahlaku dan mengikutinya. Ada empat langkah dalam pembelajaran pemerhatian iaitu; perhatian, pengekalan, pengulangan dan motivasi.

Perhatian

Jika seseorang mahu belajar dari model, dia perlu bagi perhatian kepada tindakan model itu. Jika kurang perhatian, kemungkinan untuk belajar akan menurun.

Pengekalan

 Langkah kedua dalam proses belajar melalui pemerhatian. Ia adalah kemampuan untuk memerhati tindakan.

Pengulangan

Pada tahap ini, ia berkait dengan kemampuan fizikal dan mental untuk meniru tindakan model, bila diperlukan. Contohnya, seorang lelaki akan melayan isterinya dengan baik jika dia selalu melihat ayahnya melayan ibunya semasa dia kecil.

Motivasi

Tahap terakhir, tapi juga penting. Motivasi untuk meniru tindakan. Jika seseorang belajar Tindakan atau tingkahlaku tetapi tidak melakukannya, mungkin kerana tiada motivasi. Mungkin kerana tahu akibatnya. Contoh, anak seorang kaki botol. Tidak semua anak kaki botol akan menjadi kaki botol juga. Kerana mereka sudah melihat kesan dan akibat mempunyai tabiat yang sama.

 

Bandura mengkelaskan tiga model utama proses ini. 1. Model hidup/ model langsung. 2. Model bunyi/ verbal.  3. Model symbol. Dalam model langsung, eksperimen patung Bobo. Dalam eksperimen ini, anak kecil didedahkan dengan orang sebenar melakukan beberapa aksi, anak kecil yang terdedah dengan aksi ganas cenderung untuk memberontak. Dan, peniruan kerap berlaku apabila diberi ganjaran berbanding hukuman.

Dalam model verbal, kita akan bertindak berdasarkan arahan untuk menyiapkan tugasan. Model memberi arahan sambal menunjuk kalan, dan kita lakukan terus.

. Model simbolik pula mencadangkan kita akan belajar melalui media seperti buku, televisyen dan lain lain sebagai contoh. Pemberi arahan sebenar tak perlu sentiasa ada di sebelah kita untuk memberi maklumat.


No comments:

Post a Comment