Tuesday, June 11, 2013

Jangan susahkan benda yang senang

Jangan susahkan benda yang senang

Dalam banyak hal, aku tak ada masalah untuk ikut peraturan dan normal masyarakat. Cuma, dalam sesetengah hal aku kurang suka dalam cara kita bertindak. Banyak kes, yang bagi orang itu normal tapi sebenarnya menyusahkan.

Kenapa suka buat susah?
Ok, ramai yang belum jelas alasan aku buat entri ni.Aku orang yang suka bersukan, dan ya, aku bertudung dan baju aku longgar. So, ada masalah? 

Memang ada, bila ada orang suka buat susah. Aku pergi gym, ada yang tegur aku, “ adik, takkan nak main gym pakai baju macam ni?” Aku pergi jog, ada yang tanya “kak, kenapa baju longgar,?”

Oh no…

Wahai wanita,
Kalian bersukan untuk berpeluh dan sihat ke nak tunjuk badan? Jangan buat susah dengan benda benda remeh ni. Aku masih pakai baju sukan bila bersukan cuma tak melekat di badan. Ya, di kedai ada jual sports bra untuk pakai tapi itu untuk di dalam. Di luar, masih sport shirts dan sport shoes.

Tudung, ada masalah ke? Aku pakai ok je. Sekarang dah moden la, tudung khusus untuk  sukan kan ada. Anda tidak akan bersukan dengan heels, betul tak? Cara yang sama aku guna untuk tudung.

Takut terbang? Pinkan sajalah.
Tak cantik? Baby brooch yang cantik cantik kan banyak terjual…

Wahai lelaki,

Maaf kalau terkasar. Kalau berkongsi gym, tak payah lah nak complaint ustazah tak layak untuk bersenam. Kami juga layak untuk sihat seperti mana anda mahu sihat. Kami juga mahu badan kurus seperti anda tidak mahu buncit.  

Dan maaf kalau anda tidak selesa kami tidak menjamu anda dengan pendedahan yang menggiurkan kerana ia hak kami untuk menutupnya .

Bersukan untuk sihat hak semua orang, jadi maaf jika aku tidak bertelanjang untuk bersukan.


Saturday, June 1, 2013

Sambung belajar ketika sudah bekerja

Sambung belajar ketika sudah bekerja 

Ramai antara kita cuma terfikir untuk sambung belajar selepas SPM, STPM, siji atau matrikulasi. Sebaik mendapat diploma atau ijazah pertama, kita lupakan niat menyambung belajar. Sebaik mendapat kerja, memang dilupakan terus hal sambung belajar ini. Macam macam alasan diberi jika ada yang bertanya. Komitmen kerja, alasan paling kerap kita beri sebab munasabah. Tapi ada lagi satu alasan paling kerap saya dengar, MALU.

Ya, ketika ramai yang bergelar pelajar ketika usia muda, kita yang sudah bekerja mahu berpatah balik, terasa malu. Ketika mengendalikan kursus untuk pelajar dewasa, ya, inilah alasan yang saya terima. Jangan malu, terutamanya jika ada peluang belajar. Sepenuh masa, mungkin tidak. Tetapi jika ada kursus hujung minggu seperti kursus bahasa atau kemahiran lain, mungkin sesuai untuk kita.

 Perasaan malu itu normal tetapi fikirkan kesan baik apabila kita habis kursus itu nanti.Kebanyakan pekerja mendapat kenaikan gaji selepas mempelajari kemahiran baru. Ada yang mendapat pendapatan tambahan selepas tamat kursus hujung minggu.

 Sambung belajar tidak semestinya kita kejar sijil atau sarjana tetapi ilmu yang kita dapat dialam kelas berkenaan.

KLIK SINI

Sunday, May 12, 2013

Attention seeking personality


Siapa yang tidak suka diberi perhatian, betul tak? Tapi, macam mana nak dapatkan perhatian tu? Disebabkan demam politik belum habis, kita boleh ambil contoh itu. Walaupun bukan semua, tapi ada yang namanya diberi perhatian kerana kekecohan yang dibuat. Orang beri perhatian jugalah, walaupun mungkin tidak minat.  

Cuma, ada antara kawan kawan aku di laman Facebook mengingatkan aku tentang seorang kawan lama. Ya, dia sama macam orang lain, mahukan perhatian. Caranya agak ‘menarik’ bagi aku sebab, memang menjadi perhatian pun….

Cuma, as someone that used to be close to her, aku agak terkilan. The reason is, cari la perhatian dalam bentuk yang bersopan sikit. Yes, I am not perfect. Aku pun dulu budak nakal yang diperhatikan oleh guru disiplin. Tapi, agak agak la.

Orang yang aku suka label as attention seeking personality ni, di mana mana. SIkap diorang yang mahukan perhatian mungkin disebabkan masalah dalaman. Rata rata yang mahu perhatian sampai make chaos ni, either tak yakin dengan diri sendiri or ada konflik dengan orang sekeliling.

Tak yakin dengan diri, sebab rasa diri tak sebagus orang lain.

 “Asyik orang lain je naik stage ambil piala/hadiah. Asyik orang lain saja cikgu/bos puji. Puji la aku sikit, sebut la nama aku juga…”
Itu ayat biasa yang pernah ak
u dengan orang yang mahu diberi perhatian ni.