Wednesday, January 1, 2025

Apa itu pembelajaran operan (operant conditioning)?

 

Apa itu pembelajaran operan (operant conditioning)?

Pembelajaran operan juga dikenali dengan pembelajaran insrtrumen atau pembelajaran Skinnerian. Ia satu kaedah yang menggunakan kaedah hadiah dan denda untuk membaiki tabiat. Melalui kaedah operan, tabiat yang menghasilkan hadiah atau ganjaran akan berulang dan tabiat yang dikenakan denda akan kurang berulang.

Contohnya, apabila kita diberi ganjaran di tempat kerja seperti bonus. Kita akan buat lebih baik dan berulang.

 

Bagaimana pembelajaran operan berfungsi?

Pembelajaran Operan dicadangkan oleh ahli psikologi B.F Skinner berasaskan dua jangkaan. Pertama, Tindakan manusia berdasarkan keadaan sekeliling. Kedua, kesan dari tabiat akan menentukan ia akan berulang atau tidak.

Teori Skinner, dipengaruhi oleh Edward Lee Thorndike, 1905 yang dipanggil ‘Law of Effect’ atau hukum kesan. Individu lain yang mempengaruhi Skinner ialah John B. Watson, untuk mengawal tingkah laku individu. Asalnya, Skinner ingin mengetahui bagaimana Tindakan individu mempengaruhi akibat Tindakan tersebut.

 

Melalui kajiannya, Skinner senaraikan tiga keadaan

·         Respon biasa. tindakbalas dari keadaan yang tiada perangsang. Kebarangkalian untuk berulang tidak meningkat atau menurun.

·         Peneguhan. Tindakbalas yang meningkatkan menungkinan untuk berlaku lebih kerap. Sama ada positif atau negative.

·         Dendaan. Operan negative yang akan mengurangkan kemungkinan untuk berulang

 

Peneguhan atau dendaan boleh jadi positif ata negative.  Jom lihat

·         Peneguhan positif. Untuk menggalakkan tabiat, sesuatu akan diberi. Contohnya, gaji akan diberi jika kita pergi bekerja.

·         Peneguhan negative. Untuk menggalakkan sesuati tabiat, sesuatu akan diambil, contohnya, jam loceng akan berhenti berbunyi jika kita terus bangun dari katil.

·         Dendaan positif. Untuk mengurangkan sesuatu tabiat, sesuatu ditambah. Contohnya jika tidak siapkan kerja rumah, kerja akan ditambah sebagai denda.

·         Dendaan negative. Untuk mengurangkan sesuatu tabiat, sesuatu akan diambil. contohnya pelajar tidak dibenarkan main jika tidak menyiapkan kerja sekolah

Jenis Tindakan operan

Tindakan responden. tindakan yang di luar kawalan. Ujian yang Skinner lakukan kepada seekor anjing. Ketika mendengar loceng, anjing mengeluarkan air liur. ia terjadi tanpa kawalan.

Tindakan operan. Ini ialah Tindakan terkawal, yang dilakukan sukarela. Biasanya kerana kita tahu apa akan terjadi jika dibuat atau tidak dibuat

 

Sumber:

Matt McMillen, WebMD Editorial Contributor. December 27, 2023. Operant Conditioning: What It Is and How It Works.

Kendra Cherry, MSED. July 10, 2024. Operant Conditioning in PsychologyWhy being rewarded or punished affects how you behave

Tuesday, December 17, 2024

pengaruh dan aplikasi pembelajaran pemerhatian

 

Pengaruh pembelajaran pemerhatian

1.       1. Kesamaan dengan model

kita cenderung meniru orang yang ada persamaan dengan kita. Contonya, jantina, bangsa atau kerakyatan.

2.    2.    Identity model

Dalam kes ini, motivasi kita ialah kualiti model yang kita mahukan.

3.    3.   Tindakan berganjaran

Jika ada ganjaran, kecenderungan untuk meniru atau mengikut akan lebih tinggi. Ia berbeza dengan hukuman, kita akan mengelak Tindakan itu jika ada hukuman.

4.      4.  Status model

Kebiasaan orang akan meniru Tindakan model yang sama status atau status lebih tinggi dari kita.

5.      5.  Peneguhan

Peneguhan boleh jadi negative atau positif.  Juhga luaran atau dalaman. Contohnya seorang gadis diberi izin keluar malam. Peneguhan dalamannya ialah emosi dan peneguhan luarannya ialah kebenaran yang diberi.


Aplikasi dunia sebenar

 dalam proses belajar, anak anak akan memerhati dan meniru tingkahlaku orang dewasa, Tindakan penjaga atau orang tua mempengaruhi mereka.(Mardiana, 2021).

Antaranya:

1.                   Seorang anak melihat orangtuanya melipat pakaian. Dia juga akan ambil dan mencuba untuk melipat.

2.                   Sepasang anak muda masuk ke satu restoran. Mereka memerhati pelanggan lain membuat tempahan dan makan menggunakan alatan di restoran. Mereka akan cuba meniru pelanggan yang masuk awal tadi.

3.                   Seorang pelajar melihat rakannya mempunyai masalah selepas menumbuk rakan lain, Dia belajar untuk tidak menumbuk orang kerana tidak mahu mempunyai masalah yang sama.


Belajar melalui pemerhatian (Observational Learning)

Pembelajaran melalui pemerhatian ialah  proses pembelajaran dengan cara memerhati dan meniru tndakan model. Model boleh jadi guru, kaum keuarga, rakan atau kejiranan.

Konsep asas pembelajaran pemerhatian

Orang yang belajar secara pemerhatian akan memerhati dan mengikut tindakan dan ekspresi orang lain. Ahli psikologi Amerika, Albert Bandura menerangkan individu akan belajar melalui tingkahlaku dan mengikutinya. Ada empat langkah dalam pembelajaran pemerhatian iaitu; perhatian, pengekalan, pengulangan dan motivasi.

Perhatian

Jika seseorang mahu belajar dari model, dia perlu bagi perhatian kepada tindakan model itu. Jika kurang perhatian, kemungkinan untuk belajar akan menurun.

Pengekalan

 Langkah kedua dalam proses belajar melalui pemerhatian. Ia adalah kemampuan untuk memerhati tindakan.

Pengulangan

Pada tahap ini, ia berkait dengan kemampuan fizikal dan mental untuk meniru tindakan model, bila diperlukan. Contohnya, seorang lelaki akan melayan isterinya dengan baik jika dia selalu melihat ayahnya melayan ibunya semasa dia kecil.

Motivasi

Tahap terakhir, tapi juga penting. Motivasi untuk meniru tindakan. Jika seseorang belajar Tindakan atau tingkahlaku tetapi tidak melakukannya, mungkin kerana tiada motivasi. Mungkin kerana tahu akibatnya. Contoh, anak seorang kaki botol. Tidak semua anak kaki botol akan menjadi kaki botol juga. Kerana mereka sudah melihat kesan dan akibat mempunyai tabiat yang sama.

 

Bandura mengkelaskan tiga model utama proses ini. 1. Model hidup/ model langsung. 2. Model bunyi/ verbal.  3. Model symbol. Dalam model langsung, eksperimen patung Bobo. Dalam eksperimen ini, anak kecil didedahkan dengan orang sebenar melakukan beberapa aksi, anak kecil yang terdedah dengan aksi ganas cenderung untuk memberontak. Dan, peniruan kerap berlaku apabila diberi ganjaran berbanding hukuman.

Dalam model verbal, kita akan bertindak berdasarkan arahan untuk menyiapkan tugasan. Model memberi arahan sambal menunjuk kalan, dan kita lakukan terus.

. Model simbolik pula mencadangkan kita akan belajar melalui media seperti buku, televisyen dan lain lain sebagai contoh. Pemberi arahan sebenar tak perlu sentiasa ada di sebelah kita untuk memberi maklumat.