Monday, August 31, 2026

MODEL KEPIMPINAN BERFUNGSI ( FUNCITIONAL LEADERSHIP MODEL)

Teori pemimpin berfungsi ialah teori yang memfokuskan tabiat pemimpin yang menyumbang kepada keberkesanan organisasi. Ia dicadangkan oleh Hackman & Walton (1986) dan McGrath (1962). Teori ini juga dipanggil kepimpinan berasaskan tindakan.

 

Berbeza dengan pendekatan lain, model ini tidak mencadangkan cara atau tindakan ideal seperti Teori Pemimpin Situasi atau Pemimpin Kontigensi, Teori ini fokus kepada tindakan pemimpin yang berkesan.

 

Teori ini dikembangkan dengan mengkaji kejayaan pemimpin dan mengenalpasti tindakan dan tabiat yang mereka lakukan.

 

 Pada tahun 1970, John Adair mencadangkan model Pemimpin Berpusatkan Tindakan, yang mempunyai 3 komponen utama: Tugasan, Pasukan dan Individu. Model Adair ini mencabar teori trait yang berfokus kepada pemimpin saja.

 

Model dari Adair

Tugasan - selesaikan tugasan atau cabaran yang kumpulan hadapi,

 

Pasukan - cipta akan kekalkan kesatuan kumpulan dan tanggungjawab bersama, di mana ahli menyokong satu sama lain untuk mencapai tujuan dan pemimpin letakkan tujuan kumpulan lebih dari keperluan sendiri.

 

Individu - pastikan setiap individu dalam kumpulan dapat mencapai keperluan psikologi dan fizikal. Walaupun pemimpin pastikan kumpulan ada identiti bersama, mereka pastikan ahli cukup keperluan individu juga.

 

Walaupun mendapat kritikan, Angkatan Tentera British masih menggunakan model ini.

 

8 fungsi pemimpin Adair

 

1. Perincikan tugasan.

2. Merancang tugasan

3. Memberi penjelasan kepada ahli kumpulan.

4. Mengawal apa yang berlaku

5. Menyelia hasil.

6. Memotivasikan ahli

7. Mengurus ahli

8. Menunjukkan contoh yang baik.

 

8 fungsi dari Adair, ditambah baik oleh James Kouzes dan Barry Posner selepas meninjau pengalaman orang ramai berkenaan pemimpin.

Antaranya, mencabar proses. Pemimpin boleh menhadi ejen perubahan dan mencipta peluang

Kedua, memberi inspirasi misi bersama.

Ketiga, benarkan ahli bertindak untuk berkongsi maklumat dan kolaborasi.

Keempat, menunjuk cara.

Kelima, menggalakkan ahli dari hati, bukan hanya di kertas.

 

Pautan

 

Teori Kepimpinan

Gaya Kepimpinan

Kualiti Pemimpin

Pemimpin vs Pengurus

Pemimpin Autokratik

Pemimpin Demokratik

Pemimpin Laissez-Faire

Pemimpin Transaksional

Pemimpin Perubahan

Model Kepimpinan Fiedler

 

 

 

 

Rujukan

 

Functional Leadership Model. Wiki.

Functional Leadership. https://www.aicura.com/eleadership/leadership-fundamentals/functional-leadership

 

Thursday, August 27, 2026

PEMIMPIN TRANSAKSIONAL


Kepimpinan transaksional ialah gaya pengurusan yang berfokus struktur, ganjaran dan tugasan.  Istilah kepimpinan transaksional mula diguna oleh James MacGregor Burns  dan James Downton pada tahun 1978. Dalam bukunya, Burns menerangkan berkenaan teori organisasi antara ketua dan anak buah.

 

Pemimpin yang guna gaya ini akanada sasaran dan harapan jelas kepada kumpulannya. Hasilnya, pemimpin ini akan menawarkan ganjaran jika tercapai.

 Gaya ini berkesan dalam proses yang telus dan hasil yang senang diukur.

 

 

Siapa yang sesua guna gaya pemimpin ini?

a) Pengurusan atasan organisasi.

b) Syarikat yang berstruktur jelas.

c) Kumpulan jualan.

 

Ciri ciri pemimpin transaksional

1. Pengurusan mikro. Pemimpin akan pantau tugasan harian dan pastikan peraturan diikut. Mereka akan meneliti semua supaya terkawal

2. Pendekatan pasif. Pemimpin biasanya akan terlibat jika ada kesilapan atau prestasi kerja kurang bagus. Selagi kerja berjalan, pemimpin akan biarkan operasi seperti biasa.

3. Tidak mencegah. Pemimpin begini suka bertindakbalas dengan masalah berbanding mencegah masalah.

4. Penyelesaian praktikal. Pemimpin begini fokus kepada penyelesaian jelas dan nyata untuk capai sasaran. Mereka akan pilih kaedah yang terbukti berbandin ambil risiko idea baru.

5. Struktur hierarki. Struktur pemimpin, arahan dari atas ke bawah.

 

 

Kelebihan pemimpin transaksional

1. Keberkesanan. Ketua akan pastikan semua ahli akan capai matlamat.

2. Motivasi. Habuan akan membuatkan ahli bekerja bersungguh sungguh.

3. Pencapaian sasaran. Sasaran besar yang dipecahkan kepada beberapa arahan, senang diikuti ahli.

4. Matriks kejayaan jelas.

5. Struktur dan peranan, jelas.

 

 

Cabaran

1. Moral jatuh. Moral jatuh jika hasil tak bagus.

2. Kos kesalahan. Bila ketua tunggu untuk baiki kesalahan berbanding mencegah, akan menambah kos.

3. Tak sesuai untuk sasaran jangka panjang.

4. Bergantung kepada arahan ketua.

5. Konflik dalaman. Habuan akan menjadi perlumbaan antara ahli kumpulan.

6. Kurang kerjasama. Apabila masing-masing mahu habuan.

7. Inovasi terhad kerana menunggu arahan.

 

 

 

Perbezaan pemimpin transaksional, pemimpin perubahan dan pemimpin autokratik

 

 

Pemimpin transaksional.

 

n Tugasan dan sasaran jangka pendek.

n Motivasi dari denda dan habuan. (Carrot and Stick)

n Arahan dari pemimpin.

n Hampir tiada perubahan dibuat.

 

Pemimpin perubahan

 

n Sasaran jangka panjang

n Motivasi dari dalam dan karisma.

n Keputusan bersama.

n Perubahan disebabkan cabaran dan keadaan.

 

Pemimpin autokratik

n Kawalan penuh dari pemimpin

n Motivasi ahli kumpulan ialah takut kepada pemimpin.

n Arahan dari pemimpin, tanpa atau sangat sedikit maklumat dari ahli kumpulan.

n Tiada habuan kepada ahli kumpulan

 

 

Pautan

Kualiti pemimpin

Gaya kepimpinan

Pemimpin Vs Pengurus

Kempimpinan Demokratik

Kepimpinan Autokratik

Kepimpinan Laissez-Faire

Model Kepemimpinan Fiedler

Teori Kepimpinan

 

 

Rujukan

 

What is Transactional Leadership: Key Traits, Pros and Cons. https://www.oakwoodinternational.com/blog/what-is-transactional-leadership

 

Kendra Cherry, 2 Julai 2026.How a Transactional Leadership Style Works. https://www.verywellmind.com/what-is-transactional-leadership-2795317

 

Julia  Martins, 31 Julai 2026. Transactional Leadership: Pros, cons,, examples  & use. https://asana.com/resources/transactional-leadership

 

 

 

Wednesday, August 26, 2026

PEMIMPIN GAYA LAISSEZ FAIRE

Pemimpin Laissez Faire ialah pemimpin jenis praktikal, maknanya beliau membenarkan ahli kumpulan membuat keputusan sendiri. Perkataan Laissez-Faire, datang dari Perancis. Ia membawa makna biarkan orang buat seperti mereka pilih. Pemimpin gaya ini, berlawanan dengan pengurusan mikro.

 

Pemimpin Laissez-Faire memberi autonomi kepada ahli kumpulan. Beliau memberi sokongan, panduan dan latihan bila diperlukan.

 

Cara ini berkesan kepada ahli yang mahir dan bermotivasi tinggi. Bagaimanapun, cara ini tidak berkesan jika ahli kumpulan ramai yang tidak mahir dan sangat bergantung harap kepada orang lain.

 

Ciri ciri pemimpin Laissez-Faire

1. Praktikal

2. Pemimpin memberi panduan dan latihan untuk ahli buat sendiri

3. Pemimpin beri kepercayaan kepada ahli kumpulan

4. Ahli kumpulan membuat keputusan untuk kumpulan

 

 

Kelebihan pemimpin gaya Laissez Faire

 

· Menggalakkan perkembangan individu.  Ahli kumpulan dibenarkan bebas berkarya dan peluang memiliki hak dalam masa dan idea.

· Menggalakkan inovasi dalam kumpulan .

· Membolehkan ahli membuat keputusan dengan cepat. Terutamanya jika ketua ada kecemasan

 

Tetapi, untuk dapat kelebihan ini, ketua perlu pastikan ahli kumpulan memang mahir dan berpengalaman dalam tugasan mereka.

 

Kekurangan pemimpin gaya Laissez Faire

 

· Kurang penjelasan peranan. Bila ketua tidak banyak beri maklumat, ahli perlu bergerak sendiri dan alami kekurangan maklumat.  

· Kurang keterlibatan dalam kumpulan. Ketua seolah olah tidak terlibat. Nampak seperti bukan satu pasukan.

· Akauntabiliti rendah.

· Pasif. Ketua terlihat pasif

 

 

Bila sesuai guna

· Dalam dunia kreatif. Seperti bidang fesyen dan pengiklanan

· Jika ahli kumpulan boleh bergerak sendiri (autopilot)

· Semasa permulaan gerak kerja.

 

Bila tak sesuai guna kaedah Laissez Faire

· Jika keutamaan kepada keberkesanan dan produktiviti perlu tinggi.

· Jika perhatian dan ketepatan keputusan diperlukan.

· Ketika ahli belum cukup mahir atau belum berpengalaman.

 

Contoh pemimpin Laissez-Faire, Warren Buffet dan Steve Job

 

 

 

 

 

 

 

Pautan

 

Kualiti pemimpin

Gaya kepimpinan

Pemimpin Vs Pengurus

Kempimpinan Demokratik

Kepimpinan Autokratik

Model Kepemimpinan Fiedler

Teori Kepimpinan

 

 

Rujukan

 

Kendra Cherry, 30 April 2026. The Pros and Cons Laissez-Faire Leadership? https://www.verywellmind.com/what-is-laissez-faire-leadership-2795316

 

13 Julai 2022. What is Laissez-Faire Leadership? https://www.nsls.org/blog/what-is-lassiez-faire-leadership

Eleanor Myers, 29 Januari 2024. Laissez-Faire Leadership Style. https://www.simplypsychology.org/characteristics-of-laissez-faire-leadership.html

 

 

 

 

 

KEPIMPINAN AUTOKRATIK

Kepimpinan autokratik atau autotitarian berfokus kepada ketua yang membuat keputusan sepenuhnya dengan sedikit maklumat, dan senario yang bertekanan tinggi. Pemimpin autokratik selalu mengambil keputusan bersadarkan pandangan sendiri, jarang mengambil pendapat ahli lain. Gaya pemimpin jenis ini, mengawal kumpulan hampir sepenuhnya. Menurut Flynn (2019), pemimpin autokratik terhasil dari ancaman, dendaan, arahan dan peraturan .

 

Dalam kes tertentu, seperti dalam operasi keselamatan (polis, tentera), gaya autokratik memang diperlukan.

 

Ciri ciri utama pemimpin autokratik

· Memberi peluang sedikit atau tiada langsung ahli memberi pendapat.

· Perlukan ketua membuat hampir semua keputusan

· ketua berupaya memutuskan kaedah dan proses kerja

· membuatkan ahli kumpulan rasa tidak dipercayai untuk membuat keputusan atau urusan penting

· suasana akan menjadi sangat berstruktur dan kaku

· menghalang kreativiti dan pemikiran luar kotak.

· peraturan jelas dimaklumkan dan diberitahu

· Pendengar yang lemah

 

 

Ada tiga jenis pemimpin autokratik: mengarah (sangat kaku), permisif (agak anjal/fleksibel) dan paternalistik ( tegas tetapi seimbang dengan sifat ambil berat)

 

Autokratik mengarah: Gabungan buat keputusan sehala dan pengurusan mikro.  Ketua membuat pilihan, dan memberi arahan satu per satu dan sangat ketat

 

Autokratik permisif: Masih ketua membuat semua keputusan tetapi cara melaksanakan ada sedikit kelonggaran.

 

Autokratik paternalistik: Gabungan kaedah kepimpinan kuasa mutlak dan melindungi seperti ayah melindungi anak.

 

Kelebihan pemimpin autokratik

· cepat membuat keputusan terutamanya dalam keadaan genting

· arahan atau pandangan jelas dari satu arah

· berkesan bila perlukan pemimpin yang tegas dan berwibawa

· Berkesan jika pemimpin berpengetahuan

 

Kekurangan pemimpin autokratik

 

· Tak menggalakkan ahli berkongsi maklumat

· Mengganggu moral dan membuatkan ada ahli terguris hati.

· Mengabaikan penyelesaian kreative dan kepakaran ahli kumpulan atau orang bawahan.

· Ahli kumpulan dang orang bawahan akan kelam kabut jika ketua tiada (tak hadir atau kecemasan)

 

 

Contoh pemimpin autokratik: Stalin, Hitlet, Pol Pot


Pautan

Kualiti pemimpin

Gaya kepimpinan

Pemimpin Vs Pengurus

Kempimpinan Demokratik

Kepimpinan Laissez Faire

Teori Kepimpinan

Model Kepemimpinan Fiedler

 

Rujukan

 

Kendra Cherry, 18 June 2026. What Is Autocratic Leadership?. https://www.verywellmind.com/what-is-autocratic-leadership-2795314

 

Charlotte Nickerson, 13 Mac 2026.Autocratic Leadership Style. https://www.simplypsychology.org/autocratic-leadership.html

Laura Corddry, 30 Disember 2021. What Is Autocratic Leadership. https://www.nsls.org/blog/what-is-autocratic-leadership