Friday, August 7, 2026

KEPINTARAN INTERPERSONAL


Kepintaran interpersonal ialah kepintaran seseorang untuk berhubung dengan orang lain. Individu jenis ini senang berinteraksi dengan orang sekeliling dan mempengaruhi orang lain. Senang cerita, orang yang pintar interpersonal ni, orang yang agak ekstrovert.

 

Howard Gardner memberi contoh Anne Sullivan , guru yang mengajar Helen Keller, seorang yang pekak dan buta berusia 7 tahun.Sullivan seorang yang separuh buta dan mendapat pendidikan asas mengajar pendidikan khas.  Sullivan menunjukkan kemahiran interpersonal yang tinggi ketika berurusan dengan Keller. Dengan bantuannya, Keller menjadi seorang penulis dan pensyarah yang dikenali pada abad ke 20.

 

Antara individu popular yang mahir kepintaran interpersonal ialah

1. Mahatma Gandhi

2. Mother Teresa

3. Oprah Winfrey

4. Bill Clinton

 

 

Antara ciri orang yang mahir interpersonal.

l Empati.

l Kesedaran sosial tinggi.

l Kemahiran komunikasi

l Kemahiran mengadaptasi

l Boleh bekerja dalam kumpulan

l Bakat kepemimpinan

l Mahir mengurus konflik

 

 

Kelebihan orang yang ada kemahiran interpersonal

1. Hubungan rapat dengan individu lain

2. Kurang ketakutan sosial

3. Lebih minda terbuka

4. Lebih senang berurusan

5. Kerjaya lebih berkembang

 

 

 

Ada perbezaan, antara kemahiran interpersonal dan intrapersonal.

Kemahiran Interpersonal

l Fokus kepada interaksi dengan individu lain.

l Menekankan bina hubungan sosial

l Termasuk kemahiran seperti empati, mendengar dengan aktif dan komunikasi

l Ketua dan ahli kumpulan yang bagus

l Menyumbang kepada permbangunan sosial

 

 

Kemahiran intrapersonal

l Fokus kepada memahami diri sendiri

l Menekankan penerokaan dan refleksi diri

l Penekanan kepada motivasi diri dan berdikari

l Termasuk kemahiran mengawal emosi dan membuat keputusan

l Melibatkan pembangunan diri

 

 

 

 

Pautan

Kepintaran Pelbagai

Kepintaran Alam

Kepintaran Bahasa

Kepintaran kinestetik

Kepintaran Visual

Kepintaran Logik-matematik

Kepintaran Muzik

 

Rujukan

CFI Team, 12 November 2018. Interpersonal Intelligence. https://corporatefinanceinstitute.com/resources/management/interpersonal-intelligence/

Sanjana Gupta, 1 Julai 2026. How to Develop Interpersonal Intelligence. https://www.verywellmind.com/interpersonal-intelligence-8640261

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment