Kepintaran intrapersonal ialah keupayaan mengenalpasti pemikiran, emosi dan motivasi diris endiri. Ia melibatkan kesedaran diri melalui refleksi dan kendali diri. Menurut Courtney Morgan, kepintaran intrapersonal menerangkan bagaimana kita memahami diri sendiri dan menggunakan kesedaran diri untuk mengawal hidup. Ia termasuklah emosi, sistem kepercayaan, nilai teras dan motivasi di sebalik tindakan kita.
Individu yang ada kepintaran intrapersonal akan rasa terikat dengan emosi sendiri dan lebih tahu apa yang dikehendaki. Antara orang terkenal dengan Kepintaran Intrapersonal ialah Virginia Woolf dan Albert Einstein.
Ciri orang yang ada kepintaran intrapersonal
1. Tinggi kesedaran tinggi
2. Mahir dalam refleksi dalaman
3. Tinggi kesedaran emosi
4. Berpengetahuan kendali diri
5. Intuitif
6. Berdikari
7. Senang bekerja sendiri
8. Introvert
Kepintaran Intrapersonal agak berbeza berbanding dengan kepintaran interpersonal
1. Kepintaran intrapersonal lebih kepada mengenali diri sendiri, manakala interpersonal pula berintaraksi dengan orang lain.
2. Kepintaran Intrapersonal lebih introvert berbanding Interpersonal lebih ekstrovert.
3. Maklumbalas emosi dan kendali diri individu pinta intrapersonal dari dalam diri. Manakala individu interpersonal, maklumbalas emosi dan kendali diri datang dari orang lain.
Pautan
Rujukan
Kendra Cherry, MSEd, March 27, 2026. Intrapersonal Intelligence: A Comprehensive Guide. https://www.verywellmind.com/intrapersonal-intelligence-8610181
Melissa Kelly, April 30, 2025. The Best Examples of Intrapersonal Intelligence. https://www.thoughtco.com/intrapersonal-intelligence-profile-8092
Diana Waring . Self Smart — Intrapersonal Intelligence. https://www.dianawaring.com/self-smart-intrapersonal-intelligence/
No comments:
Post a Comment