Tuesday, December 28, 2010

Kenapa pendam? Luahkan semuanya.

Kenapa pendam?   Luahkan semuanya.

Apabila kecewa, sedih dan tidak puas hati, ramai antara kita yang pendamkan saja rasa dalam hati. Mendiamkan diri menjadi pilihan dengan pelbagai alasan dengan yang paling popular; tidak mahu menambah masalah. Tetapi, benarkah tidak menambahkan masalah?

Memendam perasaan tidak selamanya menyelesaikan masalah. Kesan pendam perasaan antaranya:
a)      mengubah tabiat pemakanan =>memburukkan masalah kesihatan
b)      jadi pemurung
c)      perasaan terpendam yang berat, boleh menjadi dendam


Perasaan yang terpendam ada baiknya luahkan saja. Mungkin saja ramai yang terfikir, kenapa mesti luahkan? Bagaimana, di mana dan kepada siapa mahu luah?

Kenapa mesti luahkan perasaan?
a)melegakan ketegangan minda.
b)berkongsi perasaan boleh menjadi ruang berkongsi pengalaman
c)ruang menyelesaikan masalah lebih luas dan lebih senang mencari jalan terbaik.

Bagaimana mahu luahkan perasaan?
a) kenalpasti masalah dan perasaan kita.
b) kenalpasti bagaimana anda selama in memendam perasaan
c) cari ruang untuk luahkan perasaan. Sekurang kurangnya luahkan atas kertas (lukisan atau catatan)
d) bersosial. Cari teman yang boleh dipercayai untuk luahkan perasaan, sambil keluar makan atau ke panggung.


Kepada siapa mahu luahkan perasaan?
a)      pertama sekali, jangan luahkan perasaan kepada makanan. Ini tidak membantu.
b)      Haiwan peliharaan. Kajian sudah menunjukkan pemilik haiwan kesayangan kurang mengalami depress melampau dan risiko mendapat serangan jantung yang rendah. Jadi, berbaiklah dengan kucing atau pet sekarang.
c)      Teman yang dipercayai. Memang diakui susah percayai orang,tapi tak mungkin semua orang khianat terhadap kita. Pasti ada, seorang yang boleh membantu kita.
d)      Kaunselor. Pilihan ada untuk kita bersemuka dengan kaunselor, atau melalui talian (telefon, internet dsb)